A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Mahathir, Najib mencipta masalah dalam Umno

Mahathir, Najib mencipta masalah dalam Umno PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 22 October 2008 18:25

SAFAR JUMAAT, HARAKAH

KETIKA kebimbangan mendatangi Dr Mahathir Mohamad, dengan membuat dakwaan mengatakan ada orang Umno cuba menyekat kemaraan Najib Tun Razak untuk jadi PM (lihat Harakah Bil 1383 20-23 Oktober 2008), tidak ramai yang ingat, dialah orangnya yang 'menyebabkan Najib sampai hari ini masih belum menjamah kerusi Perdana Menteri.

Disebabkan Dr Mahathir berkeyakinan penuh, orang-orang Melayu (dalam Umno) mudah lupa, maka, ayat itu keluar dari mulutnya sedangkan sepatutnya, orang-orang yang menyokong Najiblah sepatutnya mengatakan, "Dr Mahathirlah orangnya yang menyebabkan Najib tidak jadi PM."

Apa tidaknya, ketika Najib tidak pernah tewas dalam semua pertandingan Umno, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi gagal mempertahankan kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1993, akibat serangan 'team wawasan' yang diketuai Anwar Ibrahim, - apabila berlaku kekosongan kerusi Timbalan Perdana Menteri, ekoran pemecatan Anwar, Dr Mahathir melantik Abdullah yang baru sahaja menang semula kerusi Naib Presiden, itupun, di belakang Najib.

Kebiasannya, penyandang kerusi Naib Presiden ketiga, lebih beruntung dari penyandang kerusi nombor satu dan dua, tetapi ketika Dr Mahathir melantik Anwar, Anwar adalah Naib Presiden nombor satu, manakala Abdullah dan Sanusi Junid, Naib Presiden nombor dua dan tiga.

Ketika itu, ramai juga meramalkan Dr Mahathir akan melantik Sanusi sebagai timbalannya, tetapi disebabkan Sanusi juga dating dari Kedah, di mana negeri itu juga datangnya Dr Mahathir, maka Dr Mahathir menamakan Anwar.

Ramai juga yang menjangkakan, Abdullah memang patutnya diketepikan dari kerusi Naib Presiden, kerana kenaikkan Anwar dalam hirarki Umno, sekaligus akan mengenepikan peluang Abdullah yang kebetulan, dating dari Pulau Pinang, di negeri di mana datangnya Anwar.

Seperti satu kebetulan, apabila Dr Mahathir tidak mahukan Anwar, diambilnya Abdullah, yang satu negeri dengan Anwar.

Samalah seperti apa yang dilakukan Tun Razak Hussein, apabila Tun Dr Ismail Abdul Rahman meninggal dunia. Razak melantik Hussein Onn, orang dari Johor bagi menggantikan Dr Ismail yang juga dari Johor.

Ini hanya kebetulan dan tidak menjadi undang-undang atau syarat perlantikan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Justeru, pemecatan Anwar dari Umno dan kerajaan, sepatutnya tempatnya diisi Najib tetapi disebabkan Dr Mahathir mungkin mahukan orang Pulau Pinang mengantikan Anwar, maka Abdullah dinamakannya.

Padahal ketika itu, Najib adalah Naib Presiden yang paling kanan dan tidak pernah kalah, sedangkan Abdullah, menduduki kerusi nombor dua, dan baru sahaja kalah, dalam pertandingan sebelum itu.

Dari sudut ini, Dr Mahathirlah yang menyekat peluang Najib dan bukan orang lain.

Bayangkan kalau Abdullah tidak menamakan Najib sebagai timbalannya sebaik sahaja menggantikan Dr Mahathir dalam tahun 2003, bukan sahaja Najib terkeluar malahan, tidak mustahil, Najib sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan dan parti, sekarang.

Satu kelebihan Dr Mahathir, setiap tulisan dan percakapannya, seolah-olah dia tidak pernah buat silap dan salah selama dia menjadi Perdana Menteri.

Dia pernah memainkan peranan memenangkan seseorang yang disukainya dan dia juga pernah memainkan peranan untuk mengalahkan seseorang yang dibencinya.

Namun, masing-masing bergaduh sama-sama sendiri, Dr Mahathir tidak dipersalahkan.

Ketika Dr Mahathir 'menyokong' Musa Hitam dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno dalam tahun 1981, Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan Naib Presiden kanan ketika itu, betul-betul teraniaya.

Bila Tengku Razaleigh tewas, Dr Mahathir masih mengekalkannya dalam kabinet, sedangkan dia tahu, langkahnya itu menyulitkan Musa.

Tengku Razaleigh berterusan 'bergaduh' dengan Musa, tetapi Dr Mahathir tidak dilihat sebagai puncanya.

Apabila Tengku Razaleigh melawannya (Dr Mahathir), selepas dua kali tewas di tangan Musa, Tengku Razaleigh dianggap tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri dan pelbagai gambaran buruk disaluti ke batang tubuh Tengku Razaleigh.

Begitu juga Musa, apabila dia meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, akhirnya citranya diburuk-burukkan. Bukan oleh Dr Mahathir sahaja, malahan, seluruh jentera kerajaan menjalankan tugas merosakkan Musa.

Akhirnya Musa tewas di tangan Ghafar Baba dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden.

Inilah kelebihan Dr Mahathir, ketika dia 'melakukan halangan' untuk Najib menjadi Perdana Menteri dengan melantik Abdullah, dia masih boleh bercakap bahawa ada orang Umno yang lain (Dr Mahathir sudah keluar dari Umno) menyekat Najib.

Dalam suasana politik yang tidak menyebelahi Abdullah sekarang, orang mempercayai apa-apa sahaja yang buruk mengenai Abdullah. Jika berlaku kerugian dalam industri Proton, Abdullah dipersalahkan. Jika ekonomi negara buruk, itu kelemahan Abdullah.

Jika saham merudum, Abdullah dikatakan gagal - sedangkan Dr Mahathir meninggalkan 'corak dan sistem' yang sudah rosak teruk, yang tidak termampu Abdullah memperbaikinya dalam masa yang singkat. Kebetulan, Abdullah memang kurang cekap.

Sebenarnya, setiap kali berlaku pertembungan seperti ini, walaupun atas nama pelan peralihan kuasa atau pertandingan merebut jawatan, Umno terpaksa mengakui mereka akan kehilangan beberapa 'potensi'.

Ketika Tengku Razaleigh tewas, orang-orangnya termasuk Rais Yatim, Manan Osman dan Marina Yusof terkorban walaupun Rais berjaya dikitar semula.

Ketika Musa berbalah dengan Dr Mahathir, Shahrir Samad dan Ajib Ahmad 'terkorban' hingga Umno Johor terpaksa merelakan Mohamed Rahmat dan Mustaffa Mohamed sahaja menjadi Menteri dalam kabinet Dr Mahathir.

Ketika Anwar bermasalah dengan Dr Mahathir, Zahid Hamidi, Rahim Ghaouse, Saifuddin Nasution dan Mohd Ezam Mohd Nor 'terkorban'.

Dr Mahathir ingat ini semua, kerana dia mungkin jenis Melayu yang mudah lupa tetapi, sekat Najib untuk jadi PM sebenarnya tidak boleh dilakukan oleh orang-orang di bawah, kecuali atas permintaan Dr Mahathir yang Abdullah rasakan masih mahu dan berminat menjadi 'pengarah pemilihan Umno' dalam musim ini.

Memetik kata-kata Dr Mahathir, bukan pembangkang, tetapi golongan tertentu di dalam Umno sendiri yang kini sedang berusaha untuk menghalang Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden Umno.

Ketika mendedahkan perkara ini, Dr Mahathir menyifatkan apa yang dihadapi Najib itu sama dengan pengalaman dia sendiri yang pernah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan setelah bersara, Oktober 2003 untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadapnya.

Dalam perkembangan yang sama, ada pula pihak mendakwa, pihak yang menyekat Najib adalah dirinya sendiri selain isterinya.

Dakwaan-dakwaan kebelakangan ini terhadap kegelojohan Najib meluluskan projek besar bernilai RM11.31 billion sebaik sahaja menjadi Menteri Kewangan tanpa melalui proses tender dan isu pembelian Eurocopter, sebenarnya adalah 'langkah menyekat' dirinya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri.

Malahan, ada dakwaan mengatakan isterinya berbelanja berjuta-juta ringgit di luar Negara juga menjadi bahan perbualan, yang sedikit sebanyak menjadi 'penyekat' kemaraannya ke kerusi Perdana Menteri, selain dakwaan mengaitkan mereka suami isteri dengan kes wanita Mongolia.

Comments (10)Add Comment
...
written by ahmadneil, October 22, 2008 18:32:29
'I will leave quietly' but till today this old man haven't shut up.What is it that he wants,pulling strings to attract attention.I think he has dementia.
report abuse
disagree 1
agree 29
...
written by MyBUDAK, October 22, 2008 18:53:47
TDM ever said he don't want like someone already left the govt. but still collect pay check and disturb the generation running the country smilies/grin.gif

yet, what is he doing now..???
helping a suspect "murderer" to be the next leader in my motherland...

now is not Melayu in Dilemma, is TDM in Dilemma... smilies/wink.gif
report abuse
disagree 2
agree 18
...
written by Dongra Dude, October 22, 2008 19:32:29
Mahathiu memang tahu bahawa penyerahan kuasa kepada Najis adalah suatu tindakan yang bodoh kerana isterinya yang mengerakkan Najis. Selain itu Najis juga terlibat dengan pelbagai skandel melibat artis tempatan dan juga sogokkan dalam pembelian peralatan Tentera sebagai Menteri Pertahanan. Dia hendak Najis menebus krediblitinya sebelem ambilalih dari AAB yang sepatutnya menerajui sebagai PEE Em untuk satu penggal sahaja. Tetapi Paklah dengan nasihat dari budak-budak Tkt 4 telah mencantas impian Mahathieu yang beraggapan AAB akan menjadi boneka nya. Jika Najis ambil alih, munkin BN akan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum yang lepas. Rakyat masih percaya kepada pimpinan Paklah dan impian Reformasinya. Sekarang AAB dah tahu kroni-kroni Mahatieu yang cuba menyinkirnya dari menunaikan janji-janji beliau kepada Rakyat yang tidak akan dilaksanakan oleh Najis apabila menjadi PEE EM kelak. Teruskan pejuangan mu Paklah.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by asguard, October 22, 2008 20:41:43
Mahathir mahupun Najis kedua pun sama sahaja daripada segi skandal, banyak sogokan dalam perbagai jenis tranksi daripada dahulu sehingga sekarang..
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by future, October 22, 2008 21:24:44
Apalah sangat yang boleh dibanggakan dari UMNO setelah 50 tahun memerintah negara.Keburukan yang telah dilakukan melebihi kebaikan dan hanya orang2 yang ada kepentingan sahaja mengatakan UMNO adalah baik untuk rakyat Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by bn haramjadah, October 22, 2008 23:10:19
Actually this back-stabbing culture is not something new, this is as old as hikayat Hang Tuah, it is all about the greed for power and money. this is why the malays have never been able to acheive much with the exceptions of a few noteworthy people. Those who went on and acheived sucess without the back stabbing culture are those who turned their backs against the Malay culture of fitnah mefitnah dan tikam belakang. Sad to say the Malays will never amount to much if this goes on, but now there has been a new awakening, the Malays are slowly waking up, they are getting more principled, WHY?, THEY DON'T LISTEN TO THE PROPOGANDA OF UMNO ON THE MSM AND NEWS MEDIA. They are maturing to be responsible for their own actions, before they would not sound because they will be blacklisted and shunned like Pariahs, now there are other options for the Malays in the form of Pakatan, keadilan and Pas. They don't need to be branded hypocrates or traitors to their race, they can relate to being principled and uncorrupt, how long can the corruption go on, like a overburdened tree branch, something has to give, and that branch broke in the 4 years of the badawi rule especially with all the empty promises of cleaning up the corruption. This is calling a 'spade what it really is, A SPADE' The reality check is here there is nomore free rides, oil is running out, our farmers, HAVE BEEN RAPED AND MURDERED IN THE NAME OF PRIVATISATION TO CRONIES WITH THE likeS of BERNAS, majuikan, felda(don't think there has been no scandals, there are a lot, only thing is because the good times are here and the market is booming, but come the fall of the palm oil prices you will see the fall of these same fela farmers like the Malaysian indian rubber tappers- marginalised and forming hindraf and makhal sakhti. SO the choise is here for the malays to choose, do they continue with the makan hingga habis, buaya- membuaya, duit kopi, under-counter payments, inflated tenders, ali baba tenders, Islam is my religion but it is okay to accept bribes in the form of girls and sedekah, drink alcohol- grab butts, and all the other behaviour of moronic hyprocysm. Wake up and smell the tea or drown in misery, one day the law will catch up with you. Look at the CEO OF NAZA, where is he, DEAD AT 55, ALL THAT AP WEALTH, WHAT GOOD IS IT DOING TO HIM?
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by yy88, October 23, 2008 00:38:03
If Najis ever become the PM, I can foresee how pathetic and spineless he can be. On one side, he would have his left ball squeeze by Rosmah, and on the other hand, he would have his right ball strangle by the Kerala Mamak master.
Physically he will be drained of all his enegy and spiritually Atlantuya will haunt him forever. Najis,what is the use of becoming a PM where you can't have ownership of your body and soul.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by onnetline, October 23, 2008 00:53:58
Long live Mahatahi ......... the living dead !
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by antiilluminati, October 23, 2008 13:53:18
Najis is doomed and so is Mamak Kutty, reason being the grave is cally them.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by durianmangko, October 23, 2008 22:49:39
sampai bilakah melayu/ammeno diperbodohi oleh simamak seko ni
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM