A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Politik wang dalam Umno: Rais Yatim dipelawa sertai PAS

Politik wang dalam Umno: Rais Yatim dipelawa sertai PAS PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 22 October 2008 18:18

Roy Rasul, Harakah

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Dato' Seri Dr Rais Yatim, sewajarnya keluar terus daripada partinya jika beliau seorang yang berprinsip, bermoral dan beretika, saran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa. 

Katanya, apa lagi yang ditunggu Rais jika masalah politik wang dalam Umno tidak boleh dihapuskan.

Katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini, PAS membuka seluas-luasnya pintu kepada Rais.

"Jika beliau betul-betul meletakkan perjuangan yang bermoral dan beretika dan menentang segala bentuk politik wang, kita ajak dia masuk PAS kerana dalam PAS tiada amalam politik wang, jadi silakan." pelawanya.

Katanya, tujuan mengajak beliau menyertai PAS supaya beliau pelajari apa erti parti bersih daripada politik wang.

Beliau berkata, rintihan Rais yang diluahkan semalam mengenai politik wang dalam pemilihan Umno sehingga meminta dibuat bidaan menggambarkan beliau tidak tahan lagi dengan gejala tersebut.

"Pelik juga kerana semasa Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mula naik dulu beliau berazam untuk perangi politik wang dan sebagainya tetapi sejak kenyataan itu Umno masih tidak berubah," katanya.

Memetik laporan sebuah akhbar hari ini, Rais berkata sukar untuk beliau membuat laporan mengenai salah laku pihak yang memintanya memberi imbuhan bagi mendapat sokongan pada pemilihan parti Mac depan.

Bahkan katanya, beliau rela untuk tidak mendapat pencalonan dariapda melakukan perbuatan menyalahi etika seperti itu.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, beliau banyak mendengar keluhan mengenai gejala politik wang antaranya, kes puteri Umno di Kedah dan juga luahan daripada Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin.

Sehubungan itu katanya, beliau mengingatkan perwakilan Umno mengambil berat masalah tersebut kerana Umno adalah parti tunggak Barisan Nasional yang memerintah negara.

"Bukan saya hendak sibuk mengenai parti mereka tetapi jika masalah itu tidak berdaya lagi diselesaikan ia menjadi kebimbangan kepada rakyat kerana sebagai parti terbesar yang memerintah hari ini ia akan memberi kesan kepada pentadbiran negara," tegasnya.

Jadi katanya, kerajaan itu sendiri akan dipenuhi dengan politik wang kerana kemenangan calon-calon dalam pemilihan nanti bakal membawa mereka memegang jawatan menteri dan sebagainya.

"Ini membahayakan negara dan oleh itu, saya memang memahami kenyataan Rais yang merupakan seorang veteran Umno yang kecewa dengan kegagalan Umno memulih dirinya daripada masalah politik wang yang sudah menjadi ketagihan dalam diri perwakilan-perwakilan Umno," katanya.

Perkembangan itu katanya menunjukkan mereka memilih calon bukan atas dasar kewibawaan ataupun kelayakan tetapi mereka memilih calon-calon yang memberikan mereka wang yang banyak.

Oleh itu katanya, jika Umno kemaruk sangat dengan politik wang dalam pemilihan nanti, mereka tidak perlu mentadbir negara lagi sebaliknya serahkan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbirnya.

"Kita tidak mahu apa yang ditonjolkan di persada pentadbiran negara terdiri daripada tokoh-tokoh menteri yang dipancing undi untuk pilihan mereka," tegasnya.

Comments (4)Add Comment
...
written by ahmadneil, October 22, 2008 18:29:32
umno will crumble under the weight of money politics.There is no way out.This party is finished.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by honestlypls, October 22, 2008 19:35:03
If Rais and others can blatantly speak about money politics so openly in public,
what more is there to say....how did Najib/Muhyuddin etc get that many
nominations...we wonder?And nothing is done about it....so frustrating lah.......
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Dongra Dude, October 22, 2008 19:50:46
In UMNO Money talks and gets nomination. Those Goons who are getting highest nomination has invested a great amount. ACA still sleeping eventhough they can smell that Money Politics is openly practiced in the UMNO nomination at Branch level. They will only catch the small fry just to show the public they mean business. The big game players they could not touch because when They win and become the top Excutive of the Government, they will be taken care of. Cakap tak serupa bikin. Malaysia Boleh. smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by YMA_kuantan, October 22, 2008 21:23:48
PAS tidak perlu terhegeh hegeh mempelawa orang itu dan orang ini untuk menyertainya. Janganlah menjadi parti murahan.
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM