A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Pemilihan Umno diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka

Pemilihan Umno diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 22 October 2008 10:42

(Bernama) Pemilihan Umno pada Mac depan diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka dengan pembida tertinggi mendapat jawatan dalam parti melalui amalan politik wang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sehingga kini amalan politik wang masih belum dapat dibanteras kerana ia telah berakar umbi, sekaligus menjadi budaya dalam parti.

"Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa.

"Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. Kalau begitu umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," katanya.

Menurut beliau, antara kekangan utama dalam membanteras gejala itu ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka.

"Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin. Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya.

Beliau juga berkata, cadangan supaya sistem kuota dikaji semula atau dihapuskan masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tertentu.

"Kalau tak hapuskan pun, mungkin bilangan yang terhad dikenakan tapi pada pandangan lain pula, kalau langsung tak ada syarat, ia mungkin disertai oleh beribu calon," katanya.

Umno jelas Rais, tidak mempunyai kebolehan yang cukup untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru adalah lebih wajar sekiranya ia diserapkan di bawah bidang kuasa undang-undang negara.

"Yang terbaik mungkin kita boleh lihat sahabat-sahabat kita dari MCA dan Gerakan. Mereka tidak ada syarat yang ketat tetapi secara dasarnya, mereka bebas dari semua amalan ini.

"Saya mungkin silap tetapi saya percaya ketelusan ialah guru yang baik dan kita perlu mengajar diri kita menerusi pengalaman yang lepas, apatah lagi pengalaman yang lepas itu tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya. 

Comments (12)Add Comment
...
written by smeagrooo, October 22, 2008 10:48:30
Looks like mini-crooks are favouring the papa crook to run the country (aground). Am sure got lots of habuan at stake if not no one with a sane mind will vote for such man with a tainted portfolio.

Do we hv anymore hope left?

I think i better start buying TOTO.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by arazak, October 22, 2008 10:55:28
The highest bidder for Eurocopter gets the business.

Likewise. . ., the UMNO candidate with the highest amount of money to offer to voters gets elected.

Ever wonder why UMNO members and leaders are so corrupted. . .? Because the UMNO General Assembly is a training institute for thieves and robbers. . .!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by DreamLady, October 22, 2008 11:27:03
It seems like UMNO have yet to get up from day-dreaming. The more they scramble to tender for the top posts, the lesser attention paid to the credibility of their own performance as rakyat's representative.

Come general election, they are definitely going to get the shock of their life time when UMNO shall be crushed badly, then it would too late for them to salvage a single hope of retaining whatever dignity they have..
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by biggun129, October 22, 2008 11:39:45
Rai, kalau 'Politik wang' sudah jadi Budaya UMNO, kan awak ni Melayu, ikutlah Budaya Melayu,sekiranya awak tak dapat menuruti 'Golden Rule' UMNO, kenapa masih nak jadi ahli, sayang nak tinggal 'KERUSI MENTERI'? Tak kan 'Padi makan Pagar', sandiwara awak?Nak dapat Undi Free di UMNO, jangan harap!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by DXB2008, October 22, 2008 12:18:08
Latest - RAsuah tidak haram macam makan babi bagi umno sebab itu kabaf anginnya...Rafidah aziz akan jadi pengerusi petronas http://1426.********.com/2008/...to-be.html
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Ben Nordin, October 22, 2008 12:57:29
No lah. Not Open Tender. It's ore like UMNO's verison of Negotiated Tender.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ibabonma, October 22, 2008 13:59:32
Untuk mengatasi problem ini mudah sahaja, Rais. Kuburkan UMNO! Jalan lain memang tak ada.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by exzonerator, October 22, 2008 14:19:00
Close tender, open tender, negotiated tender, arranged tender, .......no money no need to tender lah....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by CitizenBodohland, October 22, 2008 14:20:16

1. Najis dan Mah Mok Sdn. Bhd. - RM..... (isi sendiri) Pelancongan ke EURO menaiki helikopter Menyaksikan Private Show dengan artis Scorpion(ene).
2. Tok Mudin and Co. - RM .... (isi sendiri) Lawatan ke semua Trade show Antarabangsa selama 3 tahun berturut-turut dengan belanja tanggung beres.
3. Taukey Ketam Enterprise - RM 200.00 Bekalan ketam percuma untuk dapur selama setahun (tertakluk pada musim ketam sahaja).
4. Mat Tiub Sdn. Bhd. - RM 200.00 Ganti tiub tayar motosikal percuma(sekali dalam setahun).
5. Hisap Puting Resources - RM 200.00 Keris Percuma (Untuk kegunaan perhiasan pengantin sahaja).
6. Kera Jantan Enterprise - RM 500.00 Khidmat panjat pokok kelapa secara percuma (terhad kepada 100 batang pokok sahaja).
7. Sapi and Dal Enterprise - RM 100.00 Voucher membeli belah di Hypermarket Harga Rendah sebanyak RM50.00.
8. Shit Albab Sdn. Bhd. - RM 300.00 Produk Penjagaan Rambut Percuma bernilai RM20.00.
9. Rice and Yati Enterprise - RM0.00 Lawatan percuma ke Muzium Bodohland (Hari Isnin sahaja).
10. Toyo Cosmetic Enterprise - RM100.00 Rawatan Botox percuma (terhad untuk di hidung sahaja).
11. Pidah and Sons Enterprise - RM200.00 Sebuah kereta MPV import percuma.
12. LinaBoy Sdn. Bhd. - RM150.00 Penggetar percuma (untuk perempuan sahaja).
13. Muflis Sdn. Bhd. - RM1000.00 Lawatan ke India untuk dua orang.
14. Musang Amanda Enterprise - RM200.00 Percutian di Hong Kong untuk dua orang.
15. Nena Reezel Sdn. Bhd. - RM1500.00 Percutian ke India untuk 10 orang.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by CitizenBodohland, October 22, 2008 14:21:37
Ralat:

Tajuk senarai di atas:

Senarai Penender untuk Kontrak Pembelian Kerusi Empuk dalam Kapal Titanic.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by asguard, October 22, 2008 14:54:14
Sekarang rakyat dekat bandar samada ataupun diluar bandar boleh dengar cerita sebenar keadaan UMNO ....duit boleh menbeli apa-apa ....termasuk pencalonan ahli ..
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by YMA_kuantan, October 22, 2008 21:33:13
Pemilihan Umno pada Mac depan diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka... Jadikanlah ia seperti tender tertutup....
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM