A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Media internet gugat kuasa Umno/BN?

Media internet gugat kuasa Umno/BN? PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 21 October 2008 13:34

Suhaimi Taib, Harakah

Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai niat tertentu khususnya terhadap media internet kerana parti itu percaya media tersebut mempunyai pengaruh terbesar mencetuskan idealisme rakyat hari ini sehingga mencapai tahap menggugat kuasa politik parti itu. 

Kemenangan besar parti-parti yang kini masih dianggap pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu sebagai bukti antara lain cetusan kempen media internet memberi kesan secara tidak langsung terhadap kemenangan tersebut.

Justeru Kabinet Kerajaan BN merasa bimbang dengan perkembangan ini sejak dari awal lagi sehingga antara lain mengambil tindakan terhadap pengendali-pengendali blog popular seperti Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain atas dakwaan kononnya tulisan mereka mengancam keselamatan negara.

Dipercayai idea penubuhan Majlis Media Kebangsaan satu fenomena ketakutan BN terhadap perkembangan tersebut.

Idea dan komitmen majlis berkenaan dikatakan akan menjurus ke arah mencari jalan bagaimana media internet boleh dikawal secara efektif dengan apa cara sekalipun, sehingga tidak ada lagi media internet bermusuh dengan BN/Umno (kalau boleh).

Dilihat secara umumnya idealisme ini agak mustahil boleh berlaku kerana ruang siber terbuka luas bagaikan langit membumbungi bumi, tidak ada siapa yang boleh membuat sekatan.

Jika ada sekatan dibuat terhadap blog atau web yang dikendalikan oleh mereka terbabit sekalipun, ada jalan lain boleh diperolehi untuk membebaskan diri daripada halangan tersebut.

Adalah diharapkan pembentukan majlis media kebangsaan itu suatu idea positif ke arah mengiktiraf kebebasan media termasuk mengizinkan kritikan dibuat kepada mana-mana pertubuhan politik sama ada berorientasikan kerajaan ataupun pembangkang sebagai 'second opinion' untuk dikaji dan dinilai parti-parti terbabit.

Tidak dinafikan tulisan atau pandangan berbentuk perkauman dan subversif seharusnya dibendung melalui akta-akta tertentu dan ia menjadi etika kepada media terbabit.

Ertinya media sama ada internet, bercetak atau elektronik tidak lepas dari tanggungjawab menjaga atau turut menyumbang kepada keselamatan dan ketenteraman awam lebih dari segala-galanya. Ia adalah antara kontrak sosial yang perlu dijaga dan dipatuhi bersama untuk mengekal keharmonian negara dan rakyat berpanjangan.

Yang penting majlis media kebangsaan yang ingin dibentuk itu memberi kebebasan sepatutnya kepada media berinteraksi dan melontarkan idea untuk tatapan umum selagi ideanya tidak melangkaui batas undang-udang.

Etika kewartawan seharusnya digunapakai secara berkesan dalam melakari idea dan lontaran pemikiran serta menerbitkan maklumat untuk tatapan umum. Dipercayai terdapat blog atau web tertentu yang pengendalinya tidak berlatarbelakangkan bidang kewartawanan, tidak menitikberatkan soal etika tersebut.

Pemilik blog atau web seharusnya mengetahui etika berkenaan agar segala tidak tanduknya tidak dipertikaikan dari segi undang-undang atau dengan kata lain mereka terlepas daripada tindakan undang-undang jika ada orang tidak berpuas hati dengan isi kandungannya.

Comments (7)Add Comment
...
written by Bandit, October 21, 2008 14:15:54
Nak control internet pulak? Look what you UMNO morons did to Utusan. Its a brainless paper suitable for toilet use. You UMNO putras have issues to hide and given the modern technology you are always caught with your hands in the cookies jar. You want to control the internet?? Knock yourselves out Morons. Like Confusious say...Man who sleep with itchy backside (*******), will wake up with a smelly finger... smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 21
...
written by willove, October 21, 2008 14:44:03
MEDIA INTERNET TIDAK gugat kuasa UMNO/BN,
PENYALAHGUNA KUASA yang gugat kuasa UMNO/BN!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Steven Tan, October 21, 2008 15:24:14
Dear Brother and Sisters,

Jika sesebuah kerajaan tidak kira samada ianya kerajaan Malaysia atau pun kerajaan negara lain LURUS, JUJUR, BERSIKAP TERBUKA dan ADIL terhadap rakyatnya maka ianya tidak perlu risau terhadap perkembangan INTERNET, media dan lain-lain sumber berita.

Tetapi sekiranya kerajaan tersebut tidak mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan di atas maka memanglah mereka perlu risau terhadap segala-galanya termasuk bayang-bayang mereka sendiri kerana mereka risau rakyat akan tahu segala putar belit dan penipuan mereka yang sememangnya memegang sesuatu jawatan penting dengan alasan membela nasib rakyat tetapi menggunakan menyalahgunakan jawatan tersebut untuk mencari kekayaan dengan cara yang salah. Itu sahaja, kata orang "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH" smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by asguard, October 21, 2008 15:51:17
Tengok kepakaran BN umno iaitu sedang cari jalan untuk menyekat perkembangan ruang internet melalui macam - macam undang yang akan dilaksanakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat hanya nak menjaga kepentingan mereka sendiri BN...
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by ASK4u, October 21, 2008 16:08:17
Etika kewartawan seharusnya digunapakai secara berkesan dalam melakari idea dan lontaran pemikiran serta menerbitkan maklumat untuk tatapan umum. Dipercayai terdapat blog atau web tertentu yang pengendalinya tidak berlatarbelakangkan bidang kewartawanan, tidak menitikberatkan soal etika tersebut.


Suhaimi...
Are you hitting out at RPK and other fiery bloggers like him. I suggest, for a start you go and tell this to Ch@mil @/l Utus@n. Another m0le.

report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by malaysian, October 21, 2008 18:27:04
The UMNO controlled media tell lies to the public.

The truth about UMNO and the sorry state of Malaysia is out there on the Internet.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by mahendra5, October 22, 2008 21:31:28
Why is Mahathir getting involved with the Malaysian Politics when he is no more the Prime Minister. He appears to cause alot of problems to our low-to-earth
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. It is time that the Government use the ISA on Mahathir to keep his mouth shut.
Our PM Abdullah should not allow this Mathir to carry on bullying him. Use the ISA now so that he be silenced with the 4 walls of the Kamunting Prison and have the meals with the Hindraf 5, Raja Petra and the many who are in the Kamunting. Mahathir should be taught a very hard lesson. So PM do not fear him, just use the ISA and put him in. Your days till March 2009 will at least be a peaceful transition.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM