A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Sultan tegur kerajaan pusat lambatkan projek pembangunan di Kelantan

Sultan tegur kerajaan pusat lambatkan projek pembangunan di Kelantan PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 21 October 2008 08:22

Salmh Mat Husain, Harakah

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa projek kerajaan Persekutuan yang belum dilaksanakan di Kelantan.

Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu.

Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan.

"Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum ini ketibaan baginda disambut Speaker Dewan Undangan Negeri, Ustaz Nasurudin Daud, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Baginda juga memeriksaan perbarisan anggota pasukan Gerak Am dari Batalion ke-8, Pengkalan Chepa.

Titah baginda projek-projek lain yang dalam pelaksanaan seperti pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli juga perlu diambil perhatian.

"Oleh yang demikian beta menyeru agensi yang terlibat memantau pelaksanaan projek yang dirancang supaya berjalan mengikut jadual.

"Beta juga mendapat maklum Kelantan adalah di antara negeri yang disenaraikan dengan projek hub halal dalam RMK-9 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM17 juta, bagaimanapun ia juga belum dilaksanakan," titah baginda.

Sehubungan itu baginda menyarankan kerajaan negeri memberi penekanan ke atas pelaksanaan hub halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal di negeri ini.

Baginda turut menyarankan kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu � Kuala Krai dan pelebaran jalan Gua Musang � Kuala Lipis.

Menurutnya pembangunan tersebut begitu penting bagi memastikan segala program yang dirancang di bawah Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Tumur (ECER) berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

Tambahnya dalam pelan induk ECER, kerajaan pusat telah merancang untuk melaksanakan sebanyak 53 projek utama di Kelantan.

Bagaimanapun baginda mempertikaikan mengapa pelabuhan tidak disenaraikan sebagai salah satu projek infrustruktur di bawah ECER walaupun kerajaan negeri telah meluluskan tiga projek pelabuhan.

"Beta berharap kerajaan pusat boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi Kelantan pada masa akan datang," titah baginda.

Comments (6)Add Comment
...
written by miwaki, October 21, 2008 08:37:35
Nak buat macam mana Tuanku Ismail,kerajaan pusat mana ada orang yang cekap dan rajin ? semua cari makan saje.Tukar kerajaan pusat adalah satu satu cara untuk mempercepatkan pembinaan project project tersebut.Kalau nak tunggu BN,pelan pelan diapa akan buat.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by DreamLady, October 21, 2008 09:04:58
Your royal highness, thank you very much for speaking up. It is about time our rulers get involved actively in the rakyat's life least they are being bulied and suppressed by the irresponsible politicians. Your frequent inquiry into the irregularities shall some how or other help to curb the rampant corruption and unjust law that those people concerned inflicted on the innocence...

to be continued....
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by AUTAR, October 21, 2008 09:12:43
Tuanku, patik nak beritahu yang segala apa yang dirancang kerajaan sebelum ni hanyalah "BUNYI". Tahniah rakyat kelantan, tuan tuan semua boleh menilai apa dia,"BUNYI" dan apa dia "NYATA" semasa pilihanraya umum mac dulu. Kerajaan di bawah Ameno ini tak akan rasa malu sedikit pun pada janji janji mereka jika pun mereka gagal sebenarnya Tuanku. Ampun patik Tuanku.
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by asguard, October 21, 2008 09:30:17
Alasan yang kukuh kerana gagal dapatkan kelantan makna ...segala perancangan bagi kelantan ditangguh ataupun tidak dilaksanakan kerana diperintah oleh parti PAS dan bukan UMNO....
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Raizzen, October 21, 2008 09:49:42
Maybe sebab Kelantan takde highway kot, so all the fundings sampai lambat ? lol.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Dongra Dude, October 21, 2008 11:18:35
Tuanku, minta Kerajaan Pusat beri RM 1 Billion kepada Kerajaan Negeri. Semua projek impian Tuanku boleh di laksanakan. Ampun Tuanku.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM