A+ | A- | Reset

Kit Siang selar kenyataan Perdana Menteri PDF Print
Posted by admin   
Monday, 20 October 2008 19:25

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kenyataannya bahawa Umno bukan parti 'pembuli' dalam Barisan Nasional(BN).

"Di Perhimpunan Agung MCA Sabtu lalu, beliau telah menolak cadangan parti itu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disemak semula.

"Beliau juga katakan bahawa kerajaan tidak ada perancangan untuk itu (semakan), jadi bagaimana beliau dakwa Umno bukan parti dominan atau pembuli dalam BN?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Tambahnya lagi jika konsep perkongsian kuasa yang diamalkan dikalangan parti komponen BN telus dan bukan sekadar cakap kosong, BN sepatutnya mempertimbangkan cadangan setiap parti komponennya.

"Kerajaan seharusnya memberi perhatian serius mengenai resolusi yang dicapai dalam perhimpuan tahunan MCA dan Gerakan," katanya.

Sabtu lalu Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak mempunyai cadangan dalam tempoh terdekat untuk menyemak semula ISA bersesuaian dengan keadaan sekarang.

Minggu lalu Gerakan juga mengeluarkan resolusi yang sama iaitu meminta agar ISA disemak semula.

Dalam pada itu Lim juga mempersoalkan pendirian MCA dan Gerakan jika kedua-dua parti itu turut tidak menyokong usul mengenai ISA kerana perkara tersebut terkandung dalam resolusi perhimpunan tahunan mereka.

"Jika mereka (MCA dan Gerakan) tidak sokong usul ini, apa gunanya resolusi yang dicapai dalam perhimpunan mereka itu?" katanya.

Lim membangkitkan isu ini bagi mengajak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mahupun BN supaya sama-sama menyokong bagi meminta Perdana Menteri memberi pertimbangan agar usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengenai ISA diberi keutamaan.

Menerusi aturan mesyuarat dan usul-usul yang terkandung dalam sesi perbahasan hari ini, usul Teresa mengenai ISA merupakan usul paling akhir iaitu di kedudukan ke 41.

Menurut Lim lagi, jika proses undian dijalankan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN sama ada menyokong atau tidak agar ISA disemak semula, beliau percaya majoriti ahlinya akan menyokong untuk disemak.

"Saya jangkakan keputusan yang akan diperolehi sama ada 12-1 atau 11-2 yang akan menyokong supaya ISA disemak," katanya.

Beliau juga percaya majoriti 13 parti komponen BN akan menyokong agar semakan semula mengenai ISA perlu dilaksanakan.

Comments (5)Add Comment
...
written by bodohland_citizen, October 20, 2008 19:38:40
Boleh selar tapi janganlah sampai memaksa perdana menteri makan ikan selar pulak ! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 2
agree 11
...
written by Mawar Merah, October 20, 2008 20:16:05
In Malaysia boleh land all the BN accused's are they themselves the judiciary to pass their own innocence. Eg when MOD is accused of dubious deals, they come up to declare their own innocence. Wonder of wonders.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by educationist, October 20, 2008 20:32:01
As the head of govt., the PM can reject any suggestions to review the ISA.
Of course, this only goes to show his talks of reforms before he is forced to retire is only empty talk.
But, yes, let's see if Gerakan and MCA will stand up to be counted when the motion to review the ISA is tabled in Parliment.
I hope I'm proven wrong but I believe they will chicken out as they had done all this while as they can not stand up to big brother when it matters.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by AUTAR, October 20, 2008 21:10:51
YB LKS, saya percaya perubahan akta ISA tak akan belaku dalam tempoh yang dekat ni. Ini kerana mereka yang memerintah sekarang ni jugak takut kerana suatu ketika mereka akan berada di tempat yang sama di suatu masa kelak.

Jika mereka (pemerintah) yang ada sekarang ini berada mengantikan tempat sebagai balasan, saya nak memohon pada PR agar dapat mengencingkan kepala Najis dan Hamid botak, itu dah berbaloi buat saya sebagai rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by mob1900, October 20, 2008 22:02:06


Dollah aka Bedol Napoleon,
Tell it to EACH of those incarcerated under ISA, including RPK, face to face on why ISA should not be reviewed.
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM