A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Ghapur: RTM diminta siar kritikan anggota Parlimen BN

Ghapur: RTM diminta siar kritikan anggota Parlimen BN PDF Print
Posted by admin   
Monday, 20 October 2008 19:11

(mSTAR) Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menyiarkan maklum balas terhadap jentera kerajaan yang disuarakan anggota Parlimen, terutama daripada Barisan Nasional di Dewan Rakyat bagi memantapkan lagi perkhidmatan kerajaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh(BN-Kalabakan) berkata maklum balas antara anggota dan penyokong kerajaan kepada kerajaan amat membina, dan "kita mesti realistik" kerana maklum balas ini akan menambah nilai kerajaan BN.

Selain itu, RTM juga perlu memainkan peranannya dalam memberi penerangan kepada masyarakat mengenai sebarang kekeliruan yang timbul, katanya semasa membahas rang undang-undang Perbekalan 2009 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Ghapur turut mencadangkan agar program "Parlimen Hari Ini" yang disiar RTM setiap Isnin hingga Khamis sepanjang persidangan Dewan Rakyat diubah waktu siarannya dari 11.30 malam kepada 10 malam memandangkan pukul 11.30 malam itu terlalu lewat, dan kebanyakan orang sudah tidur.- BERNAMA

Comments (1)Add Comment
...
written by anakdesa, October 20, 2008 20:31:19
"RTM juga perlu memainkan peranannya dalam memberi penerangan kepada masyarakat mengenai sebarang kekeliruan yang timbul...."

NO NEED LAH...TAK PAYAH....BUANG DUIT RAKYAT SAJA! AFTERALL THE MEDIA WILL ONLY TELL THE WHOLE LIES NOTHING BUT LIES. THEY WILL ONLY TWIST THEIR WORDS AS THEY HAVE BEEN DOING FOR THE PAST 51 YEARS, TAKING THE PEOPLE FOR A RIDE. WHAT EVER THEY SAY OR DO IS ALL RIGHT. NOTHING IS WRONG. EVEN WHEN THAT GUY BUNG MOKTHAR'S LEWD GESTURE IS CORRECT, CORRECT, CORRECT FOR THE GOVERNMENT! http://anakdesa1108.*********....an-rakyat/
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM