A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Sekretariat Anak Muda akan buat laporan polis terhadap Najib

Sekretariat Anak Muda akan buat laporan polis terhadap Najib PDF Print
Posted by admin   
Monday, 20 October 2008 11:09

Wan Nordin Wan Yaacob, Harakah

Sekretariat Anak Muda Malaysia akan membuat satu laporan polis bagi mendedah dakwaan korupsi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut jurucakap sekretariat, Badrul Hisham Shaharin, laporan itu akan dibuat pada jam 1.00 petang esok (21 Oktober) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau menyeru anak muda dan golongan aktivis untuk sama-sama menyertai Sekretariat Anak Muda Malaysia membuat laporan terhadap Najib itu esok.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengiringi aktivis sekretariat untuk membuat laporan itu di IPD Dang Wangi esok diharap berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kabinet bersetuju supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.

Katanya, sekali pun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato' Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

"Dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," katanya pada 18 Oktober lalu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata PAC akan memperhalusi segala proses pembelian berhubung tender bagi pemerolehan helikopter Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri itu.

Sebelum ini, dalam suratnya kepada Najib, syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter dengan alasan ia "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Dato' Zahar Hashim berkata pihaknya difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter.

Isu berhubung penggantian helikopter Nuri itu bermula selepas mesyuarat Kabinet pada 18 Julai 2007 bersetuju agar Nuri ditukar berikutan rungutan beberapa ahli Parlimen dan masyarakat umum berhubung helikopter jenis itu sering terlibat dalam nahas udara yang mengorbankan anggota tentera.

Sejak digunakan 39 tahun lalu, sebanyak 14 buah helikopter Nuri dilaporkan terhempas dan mengorbankan 107 nyawa anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ekoran rungutan itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah menyediakan dokumen spesifikasi helikopter utiliti berkeupayaan mencari dan menyelamat (SAR) dan boleh dipertingkatkan keupayaan kepada SAR pertempuran.

Pada 10 Oktober 2007, Unit Perancang Ekonomi memberikan kelulusan untuk membeli pesawat baru menggantikan Nuri.

Satu tender terbuka antarabangsa telah diumumkan pada 7 November 2007 bagi membolehkan pembuat, pembekal dan ejen mengambil bahagian dalam tender tersebut.

Pada 3 September lalu, Kementerian Pertahanan telah menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan kementerian itu mengeluarkan Surat Niat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

Comments (9)Add Comment
...
written by michael chick, October 20, 2008 11:13:49
report abuse
disagree 2
agree 55
...
written by DXB2008, October 20, 2008 11:58:26
Janagan lupa bawak manifesto Hang Najib sekali http://1426.********.com/2008/...najib.html
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by ibabonma, October 20, 2008 11:58:51
Tengok gambar kaki jilat tu, macam nak menjilat je rupanya.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by DreamLady, October 20, 2008 12:03:04
Michael, you have another priceless art in your gallery. You are incredible! This one is hilarious!!!

This guy deserves to be in the jail, don't you disagree ?
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by arazak, October 20, 2008 12:20:28
"Dalam perkembangan berkaitan, kabinet bersetuju supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno."
------------------------------------------------------------------------
This is the best joke I heard this week. Najib is asking PAC to open his can of worms!

Believe me, PAC will do "cover up" excercise rather than exposing the truth.

This is akin to asking ACA to investigate the IGP or the Atorney General for fabricatin DSAI black eye beating up case. . .,believe me, either nothing will happen or the investigation will say that these idiots are innocent!

PAC, ACA, the PDRM. . ., they are all the same. . ., lapdogs and protector for UMNO regime rather than uphold justice and the truth for the rakyaat!!!

report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by tengkolok, October 20, 2008 12:30:54
Agak-agaknya, siapalah yang berada di belakang SAM ini? Harap-harap mereka telahpun mempunyai bukti-bukti kukuh dan membawanya bersama, tidak cuma laporan bodoh berdasarkan "hearsay".

P.S. Jangan lupa buat laporan polis tentang SMS, C4, Scorpene and Altantuya sekali.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by asguard, October 20, 2008 13:41:42
Saya juga tidak percaya kata Najis pasal Eurocopter EC725. Memang nak sorok perkara yang sebenarnya belaku.. lagi pun PAC bukan terbebas daripada pengaruh Najis......
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by kkselvam, October 20, 2008 16:09:37
'Najis cakap tiada problem dalam procedure tender dan tiada elemen rasuah'.

Siapa tanya pasal procedure bodoh! Rakyat nak tau kenapa nak beli helicopter yang mahal kalau boleh dapat yang murah dengan spec yang sama?
Susah sangat ke nak paham! Bahalol!
Bila harga minyak naik,panggil rakyat ubah gaya hidup tapi lu orang "kera"jaan memang baruah la.Boros mcm duit rakyat mcm bapak hang! Haram jadah la hang ni Najis!
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Dongra Dude, October 20, 2008 17:45:51
Buat laporan terhadap Lossmah yang ada office di MINDEF. Semua Kontrektor yang nak dapat tender kena cium kaki Ross@#$%KImah. Buat laporan sia-sia saja. Polis akan buat bodoh kerana mereka semua dah disogok dengan duit Raya dan Jam tangan jenama dari Hong Kong. smilies/wink.gif smilies/wink.gif smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM