A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Mahathir menyambut kejatuhkan Abdullah dan Khairy

Mahathir menyambut kejatuhkan Abdullah dan Khairy PDF Print
Posted by admin   
Monday, 20 October 2008 11:04

SAFAR JUMAAT, HARAKAH

KETIKA serangan bertubi-tubi dihalakan kepada Khairy Jamaluddin (KJ) kerana kaitannya sebagai menantu Perdana Menteri (PM), tiga anak bekas PM mendahului pencalonan untuk jawatan-jawatan yang mereka idamkan. 

Hari ini, dalam Umno, seolah-olah menjadi satu kesalahan jika menantu PM bercadang mencari peningkatan dalam hirerki politik.

Suatu ketika dahulu, anak Tun Dr Mahathir Mohamad diserang hebat kerana mengumpul kekayaan luar biasa ketika bapanya menjadi PM, tetapi Dr Mahathir mempertahankan anak-anaknya kerana 'tidak salah anak PM berniaga dan kaya'.

Betul kata Dr Mahathir, Melayu mudah lupa. Hari ini, bukan sahaja kisah anak Dr Mahathir yang kaya-raya sudah dilupakan (baca: sudah dimaafkan), malahan Dr Mahathir yang berang ketika serangan dihalakan kepada anak-anaknya, turut mendedahkan orang-orang Umno yang rapat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, agar serangan turut dihalakan kepada kroni Anwar juga.

Hari ini, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak kelihatan mendahului pencalonan jawatan Presiden Umno, ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan mempertahankan jawatannya, tiada siapa yang mahu menyebut, kemenangan Najib nanti kerana dia anak kepada bekas PM, Allahyarham Tun Razak Hussein.

Begitu juga Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, secara tiba-tiba namanya di tangga teratas dalam senarai pencalonan Naib Presiden, satu tangga mudah menuju ke kerusi Timbalan Presiden dan kemudiannya Presiden, tidak disebut sebagai anak bekas PM, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Begitu juga Dato' Muhkriz Mahathir, secara mendadak, menerima pencalonan tertinggi bagi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno - kerana perjuangannya sama dengan bapanya, Dr Mahathir yang membuat gesaan supaya PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri dari kedudukan sekarang.

Tiada siapa percaya, pencalonan yang mereka dapat 'dibayar' kerana mekanisme membeli pencalonan dibuat dengan cukup teliti, supaya Lembaga Disiplin yang diketuai Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail yang sudah berkerusi roda, tidak dapat mengesannya.

Dalam Umno, ada beberapa nama yang naik dalam politik kerana kaitan menantu-mentua, tetapi tidak pula menerima kecaman begitu hebat bagaimana kecaman dan serangan dibuat terhadap Khairy Jamaluddin.

Di Johor, menantu Ketua Umno Bahagian Sungai Benut (kini Bahagian Simpang Renggam), Dato' Fatimah Salim (Allahyarham) tidak ada masalah menjadi Ketua Umno bahagian, menggantikan emak mentuanya dan berpenggal-penggal menjadi MP dan Adun, walaupun dia bukan anak tempatan Sungai Benut.

Malahan, Dato' Abd Hamid Abd Rahman adalah anak jadi Baling, Kedah.

Di Selangor, menantu bekas Ketua Umno Bahagian Kapar, Tan Sri Onn Ismail tidak dihalang menjadi Timbalan Ketua Umno bahagian yang sama, selepas bertahun-tahun menjadi Ketua Pergerakan Pemuda bahagian itu.

Faizal Abdullah, menantu Onn kini merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Selangor dan turut menerima pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Di Bahagian Ampang Jaya, menantu bekas Ketua Umno Bahagian, Dato' Mufti Shuib (Allahyarham) tidak disekat untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian dan pernah menjadi Adun sebelum tewas di kerusi Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Jasin, Dato' Wira Kapt (B) Ahmad Hamzah merupakan menantu Allahyarham Tun Ghafar Baba, tidak dihalang sesiapa untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Melaka dan kini merupakan MP Jasin.

Di Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah dan semua negeri, termasuk pembangkang isu anak, isteri, menantu dan ipar tidak terlepas dari terlibat secara serius dalam politik.

Tetapi, berbeza dalam Umno, kehadiran Khairy Jamaluddin dilihat menyulitkan PM dan turut menyulitkan Khairy sendiri.

Serangan bertubi-tubi yang dibuat Dr Mahathir secara terang-terangan, sejak sekian lama nampaknya memberikan kesan.

Malahan, bahagian-bahagian yang bercadangkan mencalonkan Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda, setelah dia membuktikan kemampuannya menjadi orang nombor dua Hishammuddin, disekat.

Jika ada bahagian-bahagian yang mencalonkan Khairy, ketuanya akan dituduh menerima habuan dan jika ketuanya (termasuk ketua bahagian itu) bercadang bertanding apa-apa jawatan di peringkat tertinggi, nescaya mereka akan dicop sebagai 'kroni Abdullah' yang mungkin menyulitkan mereka mendapat sokongan.

Jika bahagian yang mencalonkan Khairy dianggap 'berdosa', penulis yang menulis mengenai Khairy juga akan dianggap 'penulis upahan'.

Jika boleh, apa sahaja berkaitan dengan Khairy, mestilah ditulis bertujuan memburuk-burukkannya, walaupun dia bukanlah bersih sebersih pemimpin-pemimpin Umno yang mendakwa mereka bersih.

Lebih menarik, bekas Ketua Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menghadapi apa-apa masalah, jauh sekali ditentang ketika 'membuat pelan peralihan kuasa' dari dirinya kepada adiknya.

Padahal, adiknya, Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Baling dan pernah menjadi Adun Kuala Ketil dari 2004-2008, sebelum berpindah keahlian Umno ke Kulim-Bandar Baharu.

Jika boleh dianggap malang, Khairy yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno dipandang serong bila disenaraikan bertanding di Parlimen Rembau dalam PRU 12, 8 Mac yang lalu sedangkan sejarah membuktikan sebahagian besar penyandang jawatan Naib Ketua Pemuda, memang diberikan tempat bertanding.

Ini termasuklah Dato' Mokhtar Hashim (ketika menjadi Naib di bawah Dato' Harun), Dato' Mohamed Rahmat juga diberikan tempat ketika menjadi Naib Ketua Pemuda.

Diikuti, Najib, Hashim Safin, Nazri Aziz, Hishammuddin, Aziz Shaikh Fadzir dan kini Khairy.

Mungkin yang lain-lain bukan menantu Abdullah, maka mereka tidak dipandang serong apabila diletakkan bertanding tetapi 'malangnya' Khairy, dia adalah menantu Abdullah yang perlu disingkirkan, sama seperti usaha sedang dibuat mahu menyingkir Abdullah.

Ketika orang-orang Umno inginkan anak seorang guru sekolah, anak penarik beca dan anak petani di kampung ditonjolkan sebagai pemimpin, kerana mereka juga belajar di universiti yang anak-anak orang besar belajar, tetapi tangan mereka memangkah hanya anak-anak PM kerana, kononnya mengenangkan jasa bapa mereka.

Jika Najib tidak 'berbinkan' Tun Razak, Hishammuddin bukan 'berbinkan' Hussein Onn dan Mukhriz Dr Mahathir tidak 'berbinkan' Dr Mahathir Mohamad, nescaya dia juga akan senasib dengan Zahidi Zainol Abidin yang hanya mendapat satu pencalonan sahaja untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Tiada siapa boleh mencemburui anak-anak Dr Mahathir, anak-anak Hussein Onn dan anak-anak Tun Razak, tetapi seharusnya orang-orang Umno tidak diajak membenci menantu PM, walaupun ketika ini semua orang-orang Umno sedang berusaha untuk membenci PM.

Ketua-ketua bahagian, Menteri-Menteri Besar yang mengetuai Umno Negeri dan bahagian, kini takut diejek jika mereka dilihat seperti menyokong Khairy.

Dalam masa yang sama, jika mereka menyokong dan mencalonkan Mukhriz, secara senyap-senyap mereka akan digambarkan sebagai seorang yang berani, sama dengan keberanian yang ada pada Dr Mahathir, hingga sanggup meninggalkan Umno yang meletakkannya sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Najib dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dikatakan tidak akan berani untuk bercakap soal pelan peralihan kuasa jika tidak 'minum air jampi' Dr Mahathir yang membolehkan mereka secara senyap dan terbuka 'menyerang' Abdullah.

Comments (12)Add Comment
...
written by michael chick, October 20, 2008 11:07:20
report abuse
disagree 3
agree 26
...
written by Arubin, October 20, 2008 11:17:08
Lol, very amusing Michael Chick but the truth is that Badawi is quite harmless compared to Najib. Only reason to celebrate his removal is that it also gets rid of a certain monkey in Rembau.
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by ringgo, October 20, 2008 11:29:54
hello bro safar, anak atau menantu org lain tak memerintah kerajaan malaysia.tapi menantu pak lah seorang ni lain.pak lah ikut telunjuk dia.dia sebenarnya PM selama ini
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by PenangChap, October 20, 2008 11:30:06
I think it is important for all Malaysians to show that this country does not belong to the families of Mahafiraun and Razak Co Ltd. It is high time to do away with this mentality. There are many other deserving & capable leaders in line. Stop the rot!!!
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by StoneRiver, October 20, 2008 11:50:08
Perbezaan antara KJ dan anak-anak PM ialah:-
1-KJ terlalu berkuasa dan selalu mencampuri urusan pentadbiran Negara di samping menentukan siapa yang berhak mendapat projek-projek RMK.
2-KJ melalui ABB selalu di bawa bersama untuk menghadiri Mesyuarat-mesyuarat yang membabitkan hal-hal kepentingan Negara.Sedangkan beliau tiada apa-apa jawatan penting di dalam kerajaan.( Amalan-amalan PM Malaysia sebelum ABB tidak pernah membawa mana-mana ahli keluarga untuk menghadiri Mesyuarat berkenaan kepentingan Negara). Ternyata ini adalah salah satu bentuk PENYALAHAN KUASA di peringkat tertinggi.
3-Umum memgetahui banyak keputusan-keputusan ABB di buat oleh KJ.*( KJ bukan setakat mempengaruhi keputusan TETAPI membuat keputusan untuk PM.Siapa dia ( KJ ) UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN ?????
4-Semasa zaman ABB lah banyak GLC di jual kepentingan oleh KJ kepada SINGAPURA melalui TEMASIK HOLDING.CONTOH TELEKOM.
5-ABB terlalu bergantung kepada KJ dan TINGKAT 4 dalam menyelesaikan masalah-masalah Negara. Apa guna pakar- pakar EKONOMI yang di lantik oleh Kerajaan.Banyak idea-idea dan pendapat mereka di ketepikan begitu saja.
Kesimpulan anak-anak dan menantu PM yang lain tidak pernah menghadiri sebarang MESYUARAT yang berkaitan dengan kepentingan NEGARA dan tidak pernah mempengaruhi sebarang keputusan PM pada masa itu.Dan mereka tidak pernah membahagikan dan membolot PROJEK-PROJEK RMK.
ADAKAH KITA PERNAH DENGAR MUKHRIZ AMBIL PROJEK LEBUHRAYA ITU DAN INI DAN KEMUDIAN BERI KEPADA COMPANY ITU DAN INI???.
SEKURANG-KURANG NYA TUN M MEMPUNYAI PRINSIP YANG TEGAS DIMANA BELIAU TIDAK MEMBENARKAN MANA-MANA AHLI KELUARGA BELIAU TERLIBAT DALAM URUSAN NEGARA.


report abuse
disagree 5
agree 17
...
written by IbnAbdHalim, October 20, 2008 12:21:29
Segala kemelut, kucar-kacir dan ketidaktentuan yang dihadapi negara pada masa ini semuanya bermula dari zaman pemerintahan si malaun yang bernama Mahathir. Sistem pemerintahan negara dirsebabkan makhluk perosak yang berasal dari Kerala itu. Maka untuk memulih keadaan adalah wajib dibawa si tua kutuk itu ke muka pengadilan. Kewajarannya sangat mendesak memandangkan bahawa setelah tidak lagi berada di dalam UMNO namun masih menjalankan jarum hasutan untuk merosak dan menjahanamkan UMNO. Kalau Pak Lah masih berasa ia masih mempunyai sisa-sisa kuasa sebelum berundur maka adalah wajib baginya mengeluarkan arahan supaya makhluk perosak tersebut dihumbankan ke dalam lokap untuk menghadapi perbicaraan di atas pengkhianatannya terhadap negara.
report abuse
disagree 4
agree 3
...
written by asguard, October 20, 2008 13:37:32
Lebih banyak kroni tercipta dalam parti UMNO...lebih banyak masalah nanti...untuk rakyat...
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by miwaki, October 20, 2008 15:21:18
Kalau-lah rakyat semua cerdik belaka,tak kan UMNO dapat tipu kita semua.Kita kena tunggu sampai Malaysia jadi sebuah negara maju,semua rakyat tahu berinternet barulah kita dapat hapuskan Gomen yang gelap,busuk dan bertahi !
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Fuminari, October 20, 2008 16:08:33
believe it or not,mahathir at one time attacked n branded this muhyiddin as the richest menteri besar in town!what happens now??this proved that they are jus all thieves n bandits!!

it looks like then,mm is having n keeping 'the complete file' on both najis n muhyiddin;so when the two are up there,he would be then back on the throne behind the veil...why??he jus got to make sure his son would be the next PM in line...this is jus umno,nothing new...semua ada udang di sebelah rocklah!!
for the country?for the people?or even for the race???those are jus a bunch of craps!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by kkselvam, October 20, 2008 16:47:14
Aiya! We rakyat just don't want any PM from UMNO.Enough! Period.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by gromy, October 21, 2008 08:32:21
I think the writer is missing the point, badly. Isu sebenar bukanlah samaada seseorang calon itu anak, cucu atau menantu sesiapa. That's NOT the point. Calon-calon tertentu dikritik sebab penglibatannya dalam pentadbiran parti dan negara, bukan sebab kaitan keluarganya dengan PM. That's the point. Kita tidak sepatutnya mendiskriminasi seseorang kerana kaitan keluarga. Tapi kita mesti menolak penyalahgunaan kuasa dan penglibatan dalam pentadbiran negara/parti dengan cara yang tidak betul.

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by samyraj, October 21, 2008 10:00:54
Mahathir is another bustard..he is the screwed-up for this mess...he is the one who makes creaetd teh gap between Malays and other races...before Mahathir all Malaysian are very friendly and respect each other...when Mahathir took the job...he changed the whole things by creating too many opportunities to only Malays and ingnored the rest...this is because he wants the support of Malays. He knows very well that other races can't anything to him.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM