|
Siapa bohong? Najib atau Anwar? |
|
|
|
|
Posted by admin
|
|
Thursday, 16 October 2008 09:18 |
|
Terkejut babun saya pagi tadi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Abdul Aziz mendakwa di Dewan Rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas dengan krisis kewangan dunia sekarang. Petang ini saya terbaca pula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kesan kemelut kewangan dunia hanya akan dirasai oleh negara ini tahun depan.
The Star hari ini melaporkan: Malaysia will likely feel the impact of the current global economic turmoil by next year but the country will not be as hard hit compared to other nations, Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.
Najib, who is also Deputy Prime Minister, said the nation’s diverse economic base is among the factors that would cushion the financial crisis’ blow.
"Other factors include our resilient economic players and some structural changes we made to the economy since the previous Asian financial crisis 10 years ago". Tengah hari tadi saya bawa RM50 nak beli barang-barang sikit. Cekuh tu sikit, cekuh ni sikit, saya pun pergi ke kaunter nak bayar. Ingat ada lebih tiga ringgit habuan nak beli kretek. Tengok-tengok kena tambah lagi 70 sen. Nasib baik duit ada lebih sikit. Kalau tidak malu kat tauke kedai tu.
Sambil keluar kedai, saya dok kira dalam hati macam mana sampai RM50?! Barang tak banyak mana pun. Saya pun dah tengok sendiri tauke kedai tu kira. Lagi pun, tak pernah pula Mamat Aceh tu menipu.
Haiii... Bagi orang susah macam saya, dengan barang yang tak banyak mana, rasa putih sungguh mata tengok duit RM50 tu masuk dalam laci tauke kedai. READ MORE HERE: http://penarikbeca.blogspot.com/
|