A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Mudaratkan negara, Hindraf diharam

Mudaratkan negara, Hindraf diharam PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 16 October 2008 08:33

G. Manimaran, mSTAR

Kerajaan mengisytiharkan kumpulan Hindraf, yang menjadi perhatian sejak pertengahan tahun lalu, sebagai sebuah pertubuhan haram.

Kerajaan mengumumkan keputusan itu sehari selepas tiga pemimpin kumpulan tersebut diambil keterangan mengenai tindakan kira-kira 300 penyokongnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di PWTC 1 Oktober lalu dan didakwa menimbulkan kekecohan.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966, diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," kata Syed Hamid Albar. Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan reaksi rasmi esok selepas melihat teks kenyataan Kementerian Dalam Negeri sepenuhnya.

"Kami hanya akan mengulas esok. Biar kami melihat kenyataan keputusan (diharamkan) terlebih dahulu.

"Kami tidak mahu mengatakan sesuatu terlebih dahulu tetapi diubah kemudian oleh pihak yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat," kata beliau.

Hindraf dibentuk dengan keanggotaan kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan agama Hindu dan telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 25 November lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.

Bagaimanapun perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Rentetan daripada itu lima pemimpinnya kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam kenyataan hari ini, Syed Hamid menambah, perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata, sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.

Syed Hamid berkata, Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

"Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutantuntutan mereka.

"Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara," kata beliau dipetik Bernama.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

Comments (3)Add Comment
...
written by msiaman, October 16, 2008 10:34:28
This will be one of the big mistakes that the selfish government regime made. Now you can't even identify and address these groups. They have no avenue to voice out and probably would move to PR or worse through actions.

This is liken to eradicating hardcore poor by demolishing their shelter and jailing them. What do you expect them to do? Sit pretty and not do anything? With HINDRAF illegal, you will see activities which can be more aggressive. Its illegal anyway, why bother to follow the law when the law wasn't on their side but manipulated by the authorities to silence them.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by IbnAbdHalim, October 16, 2008 11:27:07
It's insignificant. The gomen can ban Hindraf a thousand times but the voices carried by the people isn't going to stop. There are other ways and avenues which the people can still voice their feeling and rights.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by AUTAR, October 16, 2008 12:43:12
Kalau Hindraf kumpulan haram, maka Syed Hamid lebih teruk lagi "ANAK HARAM"
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM