|
SMS GADIS CUN DARI MONGOLIA |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Tuesday, 14 October 2008 20:01 |
|

Parlimen wajib mengeluarkan agenda SMS Altantuya ini kerana Raja Petra Kamaruddin kini ditahan di Kamunting dan sedang di bicarakan atas tuduhan membuat hasutan. DARI JELEBU Hishamuddin Rais
Seluruh negara kelmarin dan hari ini sedang heboh membincangkan berita SMS Altantuya yang di hantar oleh peguam Shafee Abdullah kepada Najib Razak.
Berita ini telah melintasi alam siber dan sedang merebak dari ruang tamu hotel, ke café, dari café ke warung dan dari warung gerai. Mak Cik-cik dan Pak Cik di Felda-felda yang masih berhari raya telah mula tertanya-tanya. Anak-anak muda dari Mat Rempit hingga ke kampus-kampus sedang berlabon dan tertanya-tanya.
Laman-lam web sedang hangat dan masak dengan berita SMS Altantuya.
Persoalan timbul : Apakah komunikasi dua hala Shafee/Najib itu sahih?
Jika TIDAK SAHIH maka ini adalah satu kerja jahat untuk memburukkan Najib Razak dan peguam Shafee Abdullah.
Secara resmi pekara 'fitnah' seperti ini wajib dihentikan. Pihak yang bertanggung jawab wajib dihadapkan ke pengadilan kerana menyebar fitnah.
Jika ianya SAHIH maka banyak persoalan yang timbul:-
1- Razak Baginda di tuduh terlibat dalam kes pembunuhan ganas gadis cun Altantuya dari Mongolia 2- Shafee Abdullah ialah peguam bela Razak Baginda 3- Najib Razak seorang menteri kabinet 4- Razak Baginda yang di tuduh terlibat mumbunuh gadis cun Altantuya dari Mongolia adalah kawan baik, rakan niaga dan penasihat Najib
Jika isi kandungan SMS Altantuya ini sahih maka Najib Razak telah menyalah gunakan kuasa untuk melepaskan Razak Baginda dari di tuduh terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan ganas gadis cun Altantuya. Gadis cun Altantuya dari Mongolia yang fasih pelbagai bahasa ini di laporkan telah menjadi penterjemah semasa jual beli kapal selam tangan kedua dari Peranchis.
Jika isi kandungan SMS Altantuya ini sahih maka ianya menunjukkan bahawa Najib Razak terlibat secara langsung dalam mempengaruhi perjalanan siasatan pihak polis.
Jika isi kandungan SMS Altantuya ini sahih maka amat jelas bahawa lembaga kepeguaman dan kehakiman negara telah hancus, telah lohe, telah korok dan tidak di yakini umum.
Jika isi kandungan SMS Altantuya ini sahih maka Surat Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam (Bala) pada 1 Julai 2008 dahulu adalah benar. Dalam Akuan Besumpah ini Bala telah menunjukkan hubungan Najib Razak dengan gadis cun Altantuya dari Mongolia.
PARLIMEN
Parlimen sedang bersidang. Inilah tempat dimana semua soalan dan pertanyaan ini wajib di jawab.
Ini amat penting kerana SMS Altantuya ini melibatkan Najib Razak yang diwar war akan dicalonkan sebagai presiden United Malays National Organisation. Najib Razak juga di katakan akan menggantikan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Parlimen wajib mengeluarkan agenda SMS Altantuya ini kerana Raja Petra Kamaruddin kini ditahan di Kamunting dan sedang di bicarakan atas tuduhan membuat hasutan.
Hasutan ini muncul dari tulisan Raja Petra Kamaruddin yang menulis tentang bagaimana Rosmah Mansor terlibat sama dalam pembunuhan ganas gadis cun Altantuya dari Mogolia.
Rosmah Mansur ialah isteri ke dua Najib Razak.
|