|
Baru balik dari Petaling Jaya selepas menghadiri acara nyala lilin sebagai membantah ISA. Acara berjalan lancar dan aman kerana tidak diganggu Polis Raja Di Malaysia. Menurut pemerhatian rambang, acara tersebut dihadiri lebih kurang 300 orang.


Klik di SINI & SINI untuk gambar-gambar yang lain Turut kelihatan di kalangan yang hadir; Marina Raja Petra, uncle Kit Siang, Gobind (Panther Puchong), Haris Ibrahim, uncle Zorro, Gus Gan, Black, Rahmat Haron, Ted, Mustaqeem dan ramai lagi. Usual Suspect yang tak kelihatan; Faisal Mustaffa (keh keh keh). Semua yang hadir bersetuju dengan saranan Haris supaya acara ini akan dijalankan pada setiap minggu, di tempat dan pada masa yang sama… "SELAGI ISA TIDAK DIMANSUHKAN & SELAGI SEMUA TAHANAN ISA TIDAK DIBEBASKAN". Yang seronoknya, untuk acara nyala lilin minggu akan datang dan seterusnya, mungkin akan ada persembahan nyanyian lagu-lagu perjuangan dan bacaan puisi dari para peserta. Sila datang dan pastikan anda mengajak kawan serta saudara-mara.  Besok pagi, aku telah berjanji dengan beberapa orang Usual Suspect yang lain untuk datang ke Mahkamah PJ, memberi sokongan semangat buat RPK. Black pula kena hadir di Mahkamah Jalan Duta, dia didakwa atas kes perhimpunan. Sesiapa berkelapangan, sila hadir dan tunjukkan sokongan anda. 
- arifabdull 
|
Let's continue to Fast and Pray for Wisdom, Peace and Tranquility to prevail.
The Earth Quaked, the Seas Roared.
Syabas to all Peacemakers.