|
RPK tidak dilupakan, 300 orang nyalakan lilin di Padang Amcorp Mall |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Monday, 13 October 2008 08:14 |
|
Hampir sebulan selepas Raja Petra Kamarudin (RPK) ditahan dibawah ISA, masih belum ada tanda-tanda protes dan sokongan terhadapnya akan berakhir.
Sebentar tadi lebih 300 orang berkumpul dan menyalakan lilin bagi menyatakan sokongan terhadap RPK di Padang Amcorp Mall, Petaling Jaya yang kini sedang menjalani tahanan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting.  Yang lebih membanggakan, kebanyakkan hadirin yang hadir terdiri daripada muka-muka baru. Rakyat nampaknya semakin berani untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap ISA. Ketika semakin ramai rakyat menentang ISA dan berkempen untuk memansuhkan undang-undang yang diwarisi oleh penjajah British itu, Umno berkempen untuk mempertahankannya. Selain daripada mempertahankan “legasi” penjajah British, UMno perlukan ISA untuk terus berkuasa. Akan tetapi mampukah mereka melawan kebangkitan rakyat? READ MORE HERE: http://aminiskandar.wordpress.com/
|