A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Special Reports arrow Analisis: Berapa billionkah nilai penjenamaan baru Najib?

Analisis: Berapa billionkah nilai penjenamaan baru Najib? PDF Print E-mail
Posted by Super Admin   
Saturday, 11 October 2008 09:43
Image

SELEPAS Abdullah memberikan kenyataan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan Mac 2009, maka yang pasti Najib akan mengisi kekosongan itu sesuai dengan ukurjanji peralihan kuasa yang di persetujui bersama sebelum ini.

SPECIAL REPORT 

Oleh Mat Zahari Ali

 

Abdullah bertindak demikian setelah merasakan tekanan akar umbi yang diterimanya memaksa beliau berundur secara hormat. Walaupun ramai penyokongnya berhimpun dan merentang pelbagai sepanduk di PWTC menggesa supaya Abdullah mempertahankan jawatan tersebut. Namun empunya tubuh memilih untuk melepaskan jawatan yang sempat dipegang selama 5 tahun 5 bulan ( sehingga Mac 2009).

Maka kesan dari pengunduran Abdullah itu sekali gus akan lenyaplah segala perancangan yang telah dirancang Abdullah selama ini. Program perkampongan Hadhari yang dilaksanakan hampir setiap negeri, begitu juga masjid Hadhari di Trengganu yang menelan kos berbillion. Begitu juga dengan beberapa koridor yang dilaksanakan oleh Abdullah semuanya ini akan ditinggalkan secara membazir. Apa yang pasti Najib tidak akan meneruskan usaha Abdullah sebagaimana Abdullah lakukan pada Mahatahir.

Abdullah tidak melaksanakan apa yang dilakukan Mahathir walaupun berjanji akan meneruskannya apabila mengambil alih jawatan PM. Jabatan bengkok menjadi saksi janji yang tidak tertunai Abdullah-Mahathir. Abdullah dulu tidak melaksanakan janji tersebut bukan kerana ketiadaan wang tetapi Jambatan tersebut andai dilaksanakan akan memberi imej Mahathir bukan imej Abdullah.

Nasib baik juga jambatan Pulau Pinang dan bangunan berkembar Petronas tidak diletup atau di runtuhkan Abdullah.

Hal yang sama juga akan dilakukan oleh Najib. Najib akan bertindak ‘menghapuskan’ segala ‘replika’ yang berimejkan Abdullah. Dalam ilmu politik ia bukan sesuatu yang dianggap janggal tetapi sesuatu kewajipan. Ini di sebabkan bagi pemimpin tertinggi yang baru dilantik, segala usaha untuk menarik perhatian rakyat terhadap dirinya perlu dilakukan secara maksima mungkin.

Tumpuan dan minda rakyat perlu di asak dengan pelbagai ideologi dan imej yang berteraskan kepada pemimpin yang baru dilantik itu. Manakala segala mentaliti dan apa sahaja imej yang melambangkan pemimpin sebelumnya harus dipangkas hingga ke akar umbi.

Sejarah penaklukan dunia telah membuktikan bagaimana tentera bersekutu yang di ketuai Amerika bertindak meruntuh dan menghancurkan segara patung dan imej yang memberi imej pada Saddam Hussein ketika penaklukan Iraq. Begitu juga dengan apa yang tercatat dalam sejarah mesir, China, India dan di seluruh dunia yang semuanya menunjukkan usaha untuk memberi imej kepada pemimpin atau pemerintah baru akan membelakangkan segala etika, kemanusiaan, pembaziran malah termasuk menghalalkan pembunuhan.

Segala sejarah ini akan di ulangi semula oleh Najib. Entah berapa billion lagi wang rakyat akan ‘diragut’ oleh Najib dan agen-agen yang akan diberi tanggungjawab untuk mempotret imej baru Najib untuk tatapan rakyat.

Proses untuk penjenamaan semula imej Najib bukan sahaja akan melibarkan dasar, visi dan misi malah akan membabitkan jentera penggerak yang terdiri dari tenaga kerja dan insturmen yang besar. Malah tenaga kerja dan kaedah perlaksanaan ini merupakan perkara asas pertama yang perlu didahulukan bagi memastikan segala proses penjenamaan semula imej Najib akan berjalan lancar dan tersusun.

Bagi memenuhi perancangan ini proses penyingkiran ‘orang-orang Abdullah’ akan menjadi agenda pertama sebelum usaha lain dapat dilaksanakan. Dari proses penyingkiran ini akan di ikuti pula oleh proses pengisian ‘orang-orang Najib’. Dalam banyak sejarah peraliahan kuasa dalam umno yang melibatkan pemimpin tertinggi sir penyingkiran dan pengisian semula ini akan juga melibatkan beberapa kos atau wang rakyat.

Dalam proses penyingkiran orang-orang Abdullah ini akan ada berlakunya kaedah penyingkiran secara terhormat dan ada yang terpaksa melalui kaedah penyingkiran secara zalim. Penyingkiran secara terhormat akan melibatkan nilai wang yang boleh di kategorikan sebagai wang pampasan yang berlipat ganda. Manakala penyingkiran secara zalim pula akan membabtikan nilai pampasan yang tidak senilai atau ‘diragut’ secara paksa dengan bernotis atau tanpa notis.

Pada kebiasaannya proses penyingkiran secara zalim ini dilakukan ke atas mereka yang bermasalah atau mempunyai kes / skandal atau rahsia yang mengaibkan apabila di dedahkan kepada umum. Ugutan akan di gunakan supaya gulungan yang membarisi barisan gulungan bermasalah ini supaya meninggalkan kerjaya atau perniagaan yang sedang di uruskan dengan segera secara senyap dan ‘terhormat’.

Manakala proses pengisian semula ‘orang-orang Najib’ pada kekosongan yang ditinggalkan secara hormat atau zalim oleh ‘orang-orang Abdullah’ ini juga akan melibatkan nilai wang rakyat yang bernilai ratusan juta ringgit juga. Ini kerana kesan pengisian semula ini juga akan melibatkan penjenamaan semula yang berupa ‘imej orang najib’. Kaedah dan disiplin penjenamaan semula pemimpin tertinggi dan pemimpin bawahan adalah sama dalam konteks politik. Yang berbezanya mungkin ruang lingkupnya lebih kecil dari pemimpin tertinggi.

Tetapi bila di ukur kepada kuantiti atau bilangan pengisian orang Najib berbanding dengan diri Najib yang seorang itu setentunya akan melibatkan kos yang lebih berkali ganda dari penjenamaan diri Najib. Kalau pun bangunan-bangunan yang sedia ada diputrajaya itu tidak diruntuh atau dibangunkan semula tetapi ruang pejabat, hiasan dalaman dan luaran, kakitangan baru, kenderaan rasmi baru mungkin akan berganti.

Agenda meng ‘glokal’ kan Malaysia yang sering di sebut-sebut Najib setentunya akan di jadikan  sebagai satu penjenamaan terbaru kepada Najib. Maka tugas ‘orang-orang Najib’ setentunya juga bagi memastikan agenda pengglokalan ini menjadi suatu realiti yang akan meletakkan  imej Najib dalam arca pemikiran rakyat.

Rakyat juga telah menyaksikan berapa billion ringgit telah di persia-siakan oleh Agenda Islam Hadhari Abdullah, Kini wang rakyat sekali lagi bakal diperjudikan untuk merealisasikan Malaysia glokal ciptaan Najib.

Ini semua akan melibatkan wang rakyat yang dibelanjakan tanpa keredhaan rakyat. Pembaziran akan terus berlaku, kadet-kadet serta kroni-kroni baru dibentuk oleh koloni baru dengan penyingkiran spesis-spesis lama. Wajahnya berbeza namun kerakusannya tetap sama atau mungkin lebih merbahaya.

Apa yang pasti segala ‘pembangunan’ yang berimejkan Abdullah akan dilenyapkan walaupun berbillion ringgit telah dibelanjakan. Lebih 26 juta rakyat di negara ini ternanti-nanti berapakah billion ringgit lagi akan dijadikan ‘boneka pembangunan’ oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Siapa yang akan beroleh laba dan siapa yang akan berputih mata sedang rancak di congak oleh mereka yang akan menyerbu masuk dan mereka yang akan di singkirkan. Namun apa yang lebih pasti, setentunya yang akan peroleh laba itu bukanlahlah rakyat biasa tetapi orang-orang yang diberi tugas untuk menjalankan misi penjenamaan semula Najib. Sedangkan kita rakyat biasa hanyalah sekadar pemerhati yang berputih mata melihat hak dan wang kita akan diragut dan dirampas dengan penuh kegilaan yang merakuskan.

Sumber  

Nota: Mat Zahari Ali, adalah Editor Berita di Akhbar Suara Keadilan
Comments (14)Add Comment
...
written by Ken Liew, October 11, 2008 10:01:10
penjaminan C4 kah..... hanya untuk diletup sahaja......

jadi, lebih teruk rupanya negara di tangan bahan letupan.....
report abuse
disagree 1
agree 34
Votes: +33
...
written by Bigjoe99, October 11, 2008 10:21:52
I expect him to abandon Badawi's corridors particular the North and East coast in favour of Sabah and Sarawak. Except the biggest winner to be Taib and Musa Aman.

BUT in the end, he will find that patronage does not work with an entire country with the first few by-elections and the cards will fall...
report abuse
disagree 0
agree 22
Votes: +22
...
written by Malay Ultraman, October 11, 2008 10:49:15
Najib mempunyai kekuatan yang tersendiri yg tidak dimiliki oleh mana2 pemimpim umno. Penyokong padu pada Najib sebenarnya datang dari Wanita dan Puteri . Wanita dan Puteri tertarik dgn "ketampanan, kesegakan " dan yang paling hebat sekali trademark bibir merah Najib. Byk wanita2 dan puteri2 termimpikan Najib.
Pencalanon dari wanita dan puteri sudah pasti melayakkan beliau jadi Presiden dengan mudah.

Najib jugak seorang orator yang baik. Jauh lebih baik dari Pak Lah yg pasti membuatkan pendengar tidur lena.

Tapi, kelemahan parah Najib adalah Wanita itu sendiri. Sebelum berkawin dgn Rosmah, Najib terkenal sebagai Playboy di London, terkenal kerana bapanya adalah PM yg kedua. Gaya hidup playboy di London , terbawa2 sampai ke Malaysia sehinggakan, diceritakan, beliau tidak fasih berbahasa melayu dan bercakap dgn slanga London apabila mula bertugas di Malaysia.

Siapa sangka Playboy Malaya di London bakal dinobatkan utk menjadi PM pada tahun 2009.

Namun, sifat Playboy Najib terbantut apabila diperangkap oleh Rosmah yg pernah berkawin dgn Pembaca berita RTM. Si pembaca berita mendapat pampasan hebat sebelum menceraikan Rosmah.

Kepimpinan Najib sekarang sebenarnya di dalangi oleh Rosmah. Semua tahu, Rosmah sebenarnya mengepalai Kementerian Pertahanan. Dan Najib sebenarnya adalah Proksi Rosmah, sama seperti Pak Lah yg menjadi Proksi pada pihak Nori, Kamaludin dan menantu.
report abuse
disagree 1
agree 64
Votes: +63
...
written by AUTAR, October 11, 2008 12:17:13
Perancangan Pak Lah adalah hadhari yang dilaungkan selama 5 tahun 5 bulan. Selepas ini perancangan Najip pulak adalah bersumpah pada tiap tiap hari jumaat sebelum menunaikan solat jumaat. Tak lupa juga imam akan turut membaca doa untuk kesejahteraan nya selama memimpin. Ini adalah taktik Najip bila jadi PM nanti. Yang tertipu adalah orang orang yang dah berusia terutama sekali orang orang kampong yang tak tau hal ehwal negara.
report abuse
disagree 1
agree 16
Votes: +15
...
written by onnetline, October 11, 2008 13:11:51
Only Datuk Seri Anuar Ibrahim can help put this country on a better foothold now.

Because the ' potential ' alternative is a corrupted murderer. It's that simple !
report abuse
disagree 4
agree 30
Votes: +26
...
written by aryn, October 11, 2008 13:44:34
Cost of Najib rebranding?

The whole country, this and the next three generations would be paying for Umno/BN and Abdullah's mistake to support his PMship.

Anwar, what the hell are u doing?
report abuse
disagree 0
agree 23
Votes: +23
...
written by Dongra Dude, October 11, 2008 17:03:19
Cost No Problem for Najis, as Scorpane deal Commission can take care of it. It is the current trend whoever wants to be the Prime Minister, need to throw A Bllion or two before reaps many Billions in Petronas Comission and other perks. This only possible in Bolehland.
report abuse
disagree 0
agree 10
Votes: +10
...
written by joeawk, October 11, 2008 17:37:43
How many poor families do we have in Malaysia? I do not have 50k in the bank, my car still belong to the bank but I do not feel poor because I am a bachelor and I have adecent job.

To the poor families, I don';t think thay each have RM10k in the bank, maybe not even a few hundred or worse still. Give them each 50k, I bet they will feel very rich.

Say we have 200,000 poor families and at 50k a family, it is still only RM10 billion.

How many does the govt, or for that matter UMNO ssquandered every year thru' wastages, corruption and lack of transparency.

There really is no need for any family to be poor in Malaysdia except that whicvh UMNO wants to keep them poor.

To the poor and those who feel poor, UMNO has impoverished you.
report abuse
disagree 3
agree 37
Votes: +34
...
written by Lembing Tajam, October 11, 2008 21:53:07
I bet we can get C4 for free like buying Mercun in Malaysia.Next raya let everybody letupkan C4 le....
report abuse
disagree 0
agree 5
Votes: +5
...
written by bn haramjadah, October 12, 2008 20:14:36
Welcome to Malaysia, the slogan capital of the world, 'bersih cekap amanah, ketuanan melayu, glokal, sukhoi, altantuya, losmah imelda najib marcos aka 2nd hand slut aka U.F.O -Ugly Focking OINK, Hadhari, scorpene, National service, C4, Penumpang, ISA', 'win-win...BATU PUTIH.
report abuse
disagree 5
agree 7
Votes: +2
...
written by antiilluminati, October 13, 2008 11:32:52
Bila Najis jadi PM, Kerajaan Mongolia pasti untung gak sebab depa boleh "extort" negara kita. Baguslah tu.

report abuse
disagree 2
agree 2
Votes: +0
...
written by tuankujuki, October 13, 2008 14:13:21
MALAYSIAL: Current economic situation = near bankcrupt due to finance minister's inability to manage it well;
proof: the prices of commodities such as palm and rubber
are plummetting rock bottom.
MORALITY: This Najis fellow has anally ****ed ALTANTUYA the
MONGOLIAN
proof: ask rosmah; she'll say that she is not anally inclined
report abuse
disagree 1
agree 5
Votes: +4
...
written by hill69, October 14, 2008 17:35:53
soon....prostitution will be legalized in Malaysia !!!
report abuse
disagree 0
agree 4
Votes: +4
...
written by rams609, October 17, 2008 14:40:33
yeah , we know who will be the biggest pimp of all.....
report abuse
disagree 0
agree 3
Votes: +3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK


 

Abolish ISA
 
 
RPK: Lost Freedom
56 days 2 hours 10 mins
(12Sep2008 13:10 to 07Nov2008 15:20)

 

bloggers against ISA
magic mirror ad

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM