A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Pengunduran Abdullah tak jamin Umno stabil

Pengunduran Abdullah tak jamin Umno stabil PDF Print E-mail
Posted by Erin   
Saturday, 11 October 2008 09:36

KUALA LUMPUR (Hrkh) - Pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno tidak akan menjamin kestabilan parti itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub.

 

"Saya rasa Umno sekarang parah, Pak Lah dah umum Datuk Seri Najib (Tun Razak) yang ganti, tapi itu tak menjamin kestabilan dalam Umno kerana terlalu banyak yang tawar diri untuk bertanding sama ada di peringkat timbalan, naib presiden," Bernama memetik beliau berkata kepada pemberita dalam majlis sempena Eidulfitridi Kota Bharu semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, walaupun perkembangan terbaru yang berlaku dalam Umno adalah masalah rumahtangga parti itu, keputusan Abdullah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Najib pada Mac nanti akan tetap memberi kesan kepada pentadbiran dan pengurusan serta ekonomi dan politik negara.

Beliau berkata, peralihan kuasa antara Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac tahun depan akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat melaksanakan agenda mengambil alih kerajaan pusat sebelum tarikh itu.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya, Pakatan Rakyat yakin kepercayaan rakyat kepada pembangkang akan bertambah.

"Dengan turunnya Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, ini menambah keyakinan kami bahawa peluang untuk ambil alih kuasa itu masih tetap ada dan berjalan seperti biasa. Dalam mesyuarat peringkat tertinggi PR kita telah putuskan ini masa terbaik untuk kita buat serangan.

"Apa yang kita cakap ni, dalam masa terdekat dapat disempurnakan. Kita yakin bahawa sebelum peralihan kuasa perdana menteri-timbalan perdana menteri berlangsung sebelum Mac ini, saya rasa ini masa terbaik untuk melaksanakan agenda kita," kata Salahuddin.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi membayangkan akan mengambil alih kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun tarikh 16 September tidak dicapai, Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan usaha untuk menubuhkan kerajaan pusat.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran bagaimana pihaknya ingin mengambil alih kuasa itu.

"Siapa kata tak jadi 16 September? Kita dah ada jumlah (anggota Parlimen) yang cukup. Cuma nak uji kesabaran dan istiqamah kita, puluhan tahun kita boleh tunggu.

"16 September kita dah sedia, bukan olok-olok," katanya dalam ceramah perdana sempena Eidulfitridi Kota Bharu yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin-pimpinan Pas dan PKR Kelantan.

Comments (0)Add Comment

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK


 

Abolish ISA
 
 
RPK: Lost Freedom
56 days 2 hours 10 mins
(12Sep2008 13:10 to 07Nov2008 15:20)

 

bloggers against ISA
magic mirror ad

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM