A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Asri akui letak jawatan Mufti Perlis "tanda protes kerajaan negeri"

Asri akui letak jawatan Mufti Perlis "tanda protes kerajaan negeri" PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 08 October 2008 08:48

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

"Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya.

"Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Yang penting saya telah suarakan pandangan saya," katanya.

Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.

"Saya telah menghantar surat kepada USM dan akan kembali bertugas pada 1 November depan," katanya.

Sebelum ini, Asri pernah menjadi pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis ketika menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.

Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas tidak lagi menjadi mufti, Asri berkata:

"Saya akan ke luar negara, Insya-Allah Disember depan. Mungkin Allah memberikan saya peluang yang lebih baik selepas ini, siapa tahu," katanya.

Menurut Asri, beliau secara lantang menegur sesuatu perkara membuktikan bahawa mufti perlu menyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan bimbang kedudukannya terancam.

"Saya telah buktikan apa yang saya cakap bukan untuk meraih populariti dan punya kepentingan tertentu.

"Kenapa perlu takut dan bimbang kita akan kehilangan jawatan hanya kerana kita mengatakan sesuatu yang benar," katanya.

Tambahnya, beliau telah membuktikannya apabila telah menjadi mufti selama dua tahun tanpa dipecat kerana menegur sesuatu perkara.

Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Ditanya adakah beliau tahu siapa calon yang akan menggantikannya, Asri berkata:

"Maaf saya tidak boleh beritahu siapa orangnya. Calonnya sudah ada.

"Saya akan bawa dia menemui Raja Perlis untuk mencadangkan. Terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan," katanya.

Comments (9)Add Comment
...
written by DreamLady, October 08, 2008 09:42:10
Dr. Asri, it is a great loss to the ordinary Muslim folks who depend on your voice to thrash out those half-past six ulama. These so-acalled pius, religious men are among those who make report against Raja Petra. Based on their religious knowledge that Raja has insulted Islam. English language-wise, they know next to nothing, how are they able to form conclusion that Raja hina Islam when they could not speak a word of English?

2ndly, they khianati Raja and other rakyat by making false statements to the police.

3rdly; one of the religious persons allowed swearing to take place in the Mosque, holy cow ! what a disgrace to our religion!!

Dr. when you are no longer around to defend the helpless, I doubt I could ever trust any religious persons who claim to be better than God!
report abuse
disagree 2
agree 31
...
written by cheekhiaw, October 08, 2008 10:05:39
Dr Asri,

Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri
Kata mutfi yang suci

Tapi jangan pula bagi
Pencuri ganti mufti
Begitu senang sekali...

Lawan tetap, lawan!

xxx
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by red1, October 08, 2008 12:49:39
It is indeed sad that such an exemplary ulama that has risen to a State Mufti position is now stepping down. I will always remember his words and fatwas that has open my eyes that Islam is not always what the majority (less knowledgable though) says.

Even though i respect his motive to quit such an important position of religious influence, i think he should have stuck to his guns and ignore the attitude of others who do not wished for change in the govt.

May better ones get inspired by him and follow his footsteps (to be rightful guided Muftis)

Redhuan D. Oon
PendAtang Dengan Izin

report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by YMA_kuantan, October 08, 2008 14:40:32
Biar di mana pun berada, semoga beliau terus menjalankan kewajipan beliau sebagai orang berilmu - memberi teguran konstruktif kepada pemimpin dan rakyat. Setakat ini, banyak kami dapat ilmu 'baru' dari tulisan beliau di akhbar, program program beliau di TV dsb. Selama ini tidak ada mufti yang dikenali rakyat kerana hampir kesemuanya terlalu 'low profil' dan ianya memberi tanggapan bahawa mufti hanyalah berbentuk 'ceremonial' sahaja sifatnya.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by Cheryl, October 08, 2008 16:01:08
Wise, Courages and Examplary leaders of our country like Dr Asri and Datuk Zaid Ibrahim leaving the ruling party. This is because they are men of integrity and substance! DSAI, please form the new government ASAP, so that all men of calibre will join hand to manage and lead a better Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by ATSaari, October 09, 2008 14:35:13
Pada pandangan saya tiada siapa yang patut dipersalahkan dalam soal ini kecuali Dr.Asri sendiri. Dr.Asri memang terkenal dengan pandangan-pandangan kontroversi beliau, beliau juga amat aktif berkecimpung dalam arena politik tanahair walaupun beliau tidak mengikuti mana-mana aliran parti politik Malaysia. Jadi Dr.Asri perlulah menerima hakikat berpolitik dengan tabah dan tenang, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh agama yang dipandang tinggi. Tiada guna Dr.Asri pergi kehulu kehilir dengan berbagai rengetan kerana ini mungkin akan meruntuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang tokoh. Bak kata perpatah 'Jika takut di pukul ombak, jangan berumah di tepi pantai'.
Harap-harap Dr.Asri 'cool' dengan semua ini kerana Allah lebih mengetahui.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Bluechip, October 10, 2008 21:50:40
By confession, Malaysia is Islam country with out "Hudud" due to its racial society. Malaysia has a lot of Mufti with distinction in Islam thought.

In Malaysia, the Muftis always not vocal when issues is arising unless the Perak Mufti and the Perlis Muftis, the others are remain silent or mouth sealed off.

The resignation of Perlis Mufti means a great loss to our nations "briliant mind." He always writing article in Utusan Malaysia, giving opinion, and etc.

Also he alway think about "true" first with out thinking about his position and future.

Malaysia need him as Malaysia need RPK. Such kinds of these types of people are rare in Malaysia.

All Muftis should emulate him with out feel fear with anybody include to the rulling government.

ISA, people always fear on it. Rulling government may like it to sake their political in the future.

Remember what happen in Egypt in the past when the rulling government want to seal off the Mufti mind and mouth?

Malaysia is on the brink of "political fluctuation" due to "government failure" to restore peoples dignity.

http://bluechip-arena.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Bluechip, October 10, 2008 21:53:27
DR Asri can be a political leader someday if he want smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by StoneRiver, October 10, 2008 22:11:33
Dr.Asri you should join PAS instead of PKR..
report abuse
disagree 1
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM