A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Umno: Wajarkah Abdullah pasrah?

Umno: Wajarkah Abdullah pasrah? PDF Print E-mail
Posted by St Low   
Tuesday, 07 October 2008 16:15

KUALA LUMPUR, Oct 7 — Para penyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini sedang berusaha buat kali terakhirnya bagi memastikan Abdullah tidak pasrah dengan tekanan yang dibuat oleh para timbalannya dalam Umno.

Ini kerana, jika dibiarkan, Abdullah akan membuat pengumuman esok untuk melepaskan jawatan perdana menteri dan Presiden Umno kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak Mac ini.

Keputusan ini diambil Abdullah selepas ditekan begitu hebat oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.

Sebagai permulaan, Abdullah dikatakan akan membuat pengumuman dia tidak akan bertanding mempertahankan jawatan presiden Umno esok.

"Pak Lah diberikan gambaran oleh rakan-rakannya bahawa akar umbi Umno sudah tidak mahu kepada dia lagi. Kalau dia bertandingpun, dia besar kemungkinan tidak akan mendapat pencalonan yang cukup. Jadi, bagi mengelakkan dia malu, baik berundur. Ini gambaran yang diberikan Abdullah.

"Padahal, selepas disiasat, semua gambaran ini rupanya direkacipta oleh timbalan beliau sendiri untuk menekan Pak Lah agar berundur," kata satu sumber kepada Siasah.

Namun, apabila dimaklumkan perkara ini oleh rakan-rakannya, Abdullah sudah berada dalam keadaan pasrah dan sangat sedih dengan apa yang berlaku.

"Dia sangat terkejut dengan apa yang berlaku kerana dia sangat percaya kepada timbalannya selama ini. Dia pasrah kini. Biarlah apa orang hendak buat, dan dia mengambil pendirian kepentingan parti adalah segala-galanya," beritahu sumber yang rapat dengan Abdullah itu.

Bagi penyokong Abdullah, adalah tidak wajar untuk membebankan semua kesalahan kepada beliau.

"Pengarah pilihan raya BN 2008 adalah timbalan beliau. Takkan jeneral perang pulang ke ibu negeri beritahu punca kekalahan ini adalah raja. Dialah yang patut bertanggungjawab. Pak Lah kena tukar jeneral ini bukan dia yang kena berundur.

"Begitu juga dengan pilihan raya Permatang Pauh. Pengarah pilihan raya ini adalah timbalan beliau. Pengarah inilah juga yang meyakinkan Umno bahawa mereka boleh kalahkan Anwar di Permatang Pauh.

"Tiba-tiba, bila Anwar menang besar, sekali lagi Pak Lah dipersalahkan. Oleh itu kuasa perlu diserahkan kepada timbalannya. Betul ke ni?" kata seorang lagi penyokong Abdullah.

Beliau mengesyaki, semacam ada usaha untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh itu untuk memalukan Abdullah kerana dia adalah Pengerusi Umno Pulau Pinang.

"Siapa di belakang sumpah liwat di masjid Wilayah? Siapa yang menyebar dan memasang tape sumpah ini di merata-rata tempat di sepanjang kempen pilihan raya ini? Siapa pula yang turut bersumpah di sebuah masjid di Permatang Pauh bahawa dia tidak ada kaitan dengan Altantuya?

"Selepas pilihan raya baru semua tahu bahawa kedua-dua sumpah itu backfire kepada Umno dan Anwar menang besar kerananya. Apakah semua itu wajar dipersalahkan kepada Abdullah," katanya.

Bagi beliau dan ramai lagi pemimpin Umno, yang menjadi senjata Anwar sepanjang kempen itu adalah timbalan beliau bukannya Abdullah.

"Kes Altantuya, kes pembelian kapal selam, kes pembelian senjata dan sebagainya. Semuanya timbalan beliau, bukannya Pak Lah yang menjadi modal serangan Anwar," tambahnya.

Ekoran itu, mereka kini bimbang jika timbalan beliau yang naik menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri, pembangkang akan lebih cepat mendapat kuasa tidak sebagaimana yang dibimbangi Abdullah.

"Pak Lah bimbang, jika dia membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya sebagai presiden, Umno akan berpecah dan akan menguntungkan pembangkang.

"Saya fikir tidak begitu. Jika timbalan beliau yang ada naik, lagi cepat pembangkang akan menang. Memang, dalam Umno timbalan beliau itu kelihatan sangat berpengaruh kerana kerja-kerja yang dia buat selama ini, namun pada mata rakyat, Pak Lah jauh lebih bagus dari timbalannya.

"Jika begitu, boleh jadi timbalan beliau boleh menang dalam Umno kerana kerja belakang tabirnya dan disokong oleh Tun Dr Mahathir pula, tetapi apabila pilihan raya umum datang, rakyat akan menolak Umno kerana tidak boleh menerima timbalannya itu. Ahli Umno kena fikir perkara ini," kata beliau lagi.

- Siasah Daily

Comments (13)Add Comment
...
written by kc kua, October 07, 2008 16:35:30
Mengapa penyokong Pak Lah masih tak give up? Untuk apa? Untuk Rakyat Jelata? Mungkin tidak, mungkin hanya untuk kepentingan diri. Sudah lah, kalau pemimpin ini sudah tak perform, adakah kita masih nak dia tinggal di Seri Perdana dan terus memimpin? Sudah 6 tahun, tapi apa yg kita nampak performance Pak Lah? Tanya lah diri sendiri.
report abuse
disagree 6
agree 14
Votes: +8
...
written by 1six5, October 07, 2008 17:03:30
solid solid...tekanan dari semua pelapis masyarakat sampe ke akar umbi geng sendiri...dahsyat betul sampe bisa keliatan berucap selamat hari lebaran di NTV7 pun nyawa2 ikan. sekarang tau la apa arti tekanan dari semua pihak...oiii...harga minyak dah USD89 la...aku rasa boleh blah pak lah,secepat mungkin sebelum orang start baling kasut,spanar,penyapu,teloq busuk macam macai kamu semi value waktu dia datang ke kulim PRU lalu. itulah angan2 mat jenin...sadarlah sebelum anda disadarkan dan disidai kayak ikan asin kat pantai remis tuh.

As u all would know, at this point of time, most (or all) of projects in Kepala Batas, Penang has been halted...an anonymous investor who owns a tyre shop has got 1juta stuck there and been cursing since...padan tuh muka. Mercedes S-350 PGA 1 was under towing instruction for defaulting RM13000/month. JPJ frens...go have a look and see who the lucky owner/proxy belongs to.
report abuse
disagree 0
agree 6
Votes: +6
...
written by mymastermind79, October 07, 2008 17:05:26
Wahai penyokong pak lah dan rakyat jelata. Nak compare pun compare lah yang hebat dengan yang teruk, ini nak berdebat pasai pak lah dan najib. dedua ni kan sama mangkuknya, apa guna bazir air tekak cerita pasai sang monyet n sang buaya tu. mana monyet mana buaya sendiri pilih.
report abuse
disagree 0
agree 6
Votes: +6
...
written by kislean, October 07, 2008 17:12:51
Lebih baik kekalkan Badawi daripada anak Tun Razak itu kerana dia akan jadi puppet si mahathir. Kita sudah nampak kezaliman dia kerana gunakan ISA terhadap RPK kerana tutup mulutnya.
report abuse
disagree 0
agree 10
Votes: +10
...
written by kislean, October 07, 2008 17:17:57
Last plea to the PM ... if you're thinking of giving up, do the correct and decent thing and call for a fresh General Election in order to let the citizens choose the government. Let the fate of the PM-to-be be decided by the all the people of Est & West Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 14
Votes: +14
...
written by hanisma, October 07, 2008 17:30:00
Kalau Pak Lah berundur pun, adakah keadaan negara lebih baik lagi jika Najib jadi PM? Keluar dari mulut harimau, melompat ke dalam mulut buaya!! Itulah hakikatnya - selisih malaikat 44! I shudder to think of Najib being the next PM because the Big Bump Rozie would then occupy his seat.
report abuse
disagree 0
agree 6
Votes: +6
...
written by bodohland_citizen, October 07, 2008 17:42:28
Pasrah Beb, jangan tak pasrah smilies/angry.gif smilies/sad.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
Votes: +2
...
written by carribeanking7, October 07, 2008 17:46:35
Pak Lah sudah pasrah
dah lah jatuh ditimpa tangga
buat apo nak susah
bebaskan Raja Petra pasti Najib yang disengat kerengga

Vijay Kumar Murugavell
report abuse
disagree 0
agree 3
Votes: +3
...
written by cllim123, October 07, 2008 18:29:37
Pak Lah perlu mainkan kad akhir iaitu dengan mendedahkan siasatan C4 untuk menumbangkan musuhnya yang berbisa sekali, timbalannya sendiri yang sedang memainkan wayang untuk merebut kuasa.
report abuse
disagree 0
agree 6
Votes: +6
...
written by Proud_2b_Malaysian, October 07, 2008 18:56:27
These observations are very interesting. Pak Lah's supporters are obviously not happy with them forcing out Pak Lah like this.

I think Pak Lah will not step aside because of the pressure given by his opponents. He will seek his own terms which means that he will defend his President post. Let's see what he says tomorrow.

If Pak Lah stand for election, a lot of interesting surprises.http://proud2bmalaysian.wordpr...n-october/
report abuse
disagree 0
agree 2
Votes: +2
...
written by educationist, October 07, 2008 19:14:39
There is a Chinese saying -going to the effect of forcing someone to eat a dead cat. Meaning we push all the blame on that poor chap.
As the writer so aptly pointed out, if anyone is to take the blame for UMNO's disastrous outing on March 8th and at Permatang Pauh, it ought to be Najib.
But, this is the stark reality of politics, Badawi had not taken enough care of his support while Najib had.
There has to be a fall man, so Badawi has to take the fall.
Yet, yet ....
report abuse
disagree 0
agree 3
Votes: +3
...
written by hamid, October 07, 2008 20:07:15
"Selepas pilihan raya baru semua tahu bahawa kedua-dua sumpah itu backfire kepada Umno dan Anwar menang besar kerananya. Apakah semua itu wajar dipersalahkan kepada Abdullah," katanya.


Memang bodoh betul penyokong- penyokong Abdulah ni!!! "Nasi sudah menjadi bubur" baru sedar diri!!!! Kes pecah Kuil, Anwar sodomy kes, Ahmad di PP dan macam-macam lagi telah digunakan terhadap Abdulah untuk main jubu@ dia. Dah bernanah baru sedar diri. Apa leeeee nak jadi????!!!!!!!! SUDAH LAMBAT BABE!!!
report abuse
disagree 0
agree 3
Votes: +3
...
written by willove, October 07, 2008 21:49:32
It goes to show that these useless nincompoops in UMNO cannnot stand up to any challenges nor competition. When challenged by anyone outside UMNO, they use ISA & Sedition Act to shut people up; when challenged by people from inside, they (Naj & Muh) either just wait for their chance or (BAD-are-we)simply give up.

It is pathetic to see one coward forcing another coward to step down, meaning eventually Malaysia is going to be led by a coward anyway. No doubt BAD-are-we is a classic flip-flop, this Najib is not far off.

Remember when he said he would not contest and was willing to wait til 2010? Remember when he said he had never met Saifool before?
Remember when he swore he had never met the "Mongolian woman"?
Remember? Remember? Remember?.......

We the readers of MT are not that forgetful. Please ensure the people around you are not that forgetful as well. Najib, we will remember all your deeds & achievements. We will remember what you've done to Malaysians & Mongolians!
report abuse
disagree 0
agree 1
Votes: +1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK


 

Abolish ISA
 
 
RPK: Lost Freedom
56 days 2 hours 10 mins
(12Sep2008 13:10 to 07Nov2008 15:20)

 

bloggers against ISA
magic mirror ad

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM