A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Antara Kita arrow Siapa Suruh Zahid Tanding Timbalan Presiden?

Siapa Suruh Zahid Tanding Timbalan Presiden? PDF Print E-mail
Posted by Super Admin   
Tuesday, 07 October 2008 10:45

Image

Kalau ilham itu diperolehi menerusi istiqarakah apa boleh buat lagi, Zahid kena akur saja kalau tidak beliau akan ketulahan. Peluang dalam politik jarang menjelma dua kali biasanya sekali saja untuk seorang individu.

ANTARA KITA

Oleh MOHD SAYUTI OMAR

PENGUMUMAN yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi (foto) untuk bertanding Timbalan Presiden Umno mengejutkan banyak pihak. Pengumuman itu tak ubah seperti pokok yang bergoyang kuat tanpa ada angin meniupnya. Merujakan permerhatian umum!

Tidak kedengaran sebelum ini yang ahli Parlimen Bagan Datoh itu bercadang untuk menandingi jawatan itu. Jadi apabila beliau tiba-tiba mengumumkannya ia menyebabkan timbul sedikit tanda tanya.

Sebelum ini apa yang kendengaran ialah Zahid akan mencuba untuk kerusi Naib Presiden Umno. Desas desus itu tidak pelik kerana jawatan itu sangat sesuai dengan beliau dan beliau juga paling layak mengisikannya. Usia dan kematangannya dalam politik menjadikan jawatan itu amat padan dengannya.

Dengan kedudukannya selaku menteri dan pengalaman luasnya dalam politik yang pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dan menduduki MT diherarki top ten wajar kalau beliau menajak ke atas. Masanya sudah tepat sekali.

Naib Presiden jawatan yang dikira mudah untuk digapai oleh Zahid. Jika dibandingkan nama-nama yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu jelas kedudukan Zahid mengatasi mereka. Hishamuddin Hussein, Khalid Nordin, Shafei Afdal dan lain-lain tidak mampu mengatasi populariti Zahid.

Kemesaraan dan stail politik Zahid yang baik dengan semua orang dan boleh pejam mata dengan seteru politiknya bila berjumpa, adalah aset dan modal peribadi Zahid yang jarang dimiliki oleh orang politik. Zahid juga seorang yang mesra dengan sesiapa saja. Kelebihan ini adalah sebahagian kehebatan Zahid.

Perwatakan, ketokohan dan idealiisme Islamnya juga menyebabkan beliau mulai dilihat sebagai tokoh agama dan Islam terulung dalam Umno. Kehadiranya boleh mengganti tempat tokoh-tokoh agam dalam parti berkenaan seperti Wan Mokhtar Ahmad, Yusuf Noor atau Abdul Hamid Othman. Malahan pembawaan Islam Zahid lebih dinamik dan progresif daripada tokoh-tokoh itu ini menyebabkan Islam seperti terjamin ditangan Zahid berbanding dengan mereka yang bergelar ustaz atau kiyai Umno.
Potensi ini jelas bila mana Zahid memberi reaksi yang diharapkan apabila setiap kali timbul isu mengenai agama Islam dan juga isu ketuanan Melayu. Beliau sangat vokal dalam menangnai isu-isu ini. Semangat Islam dan Melayu yang tumbuh menyubur dalam jiwa Zahid menyempurnakan beliau sebagai seorang pemimpin parti Melayu seperti Umno.

Kekayaan dan kemewahan hidupnya juga memungkinkan untuk beliau melakukan persiapan bertarung merebut jawatan itu seadanya. Zahid sudah ada pengalaman bagaimana hendak memikat hati perwakilan Umno semasa bertanding merebut jawatan ketua Pemuda tahun 1996. Justeru itu beliau dilihat mudah akan menduduki salah satu daripada kerusi berkenaan.

Sewaktu terserempak di Makkah dua minggu lalu saya ada mengatakan kepadanya, yang beliau akan (InsyaAllah) menang untuk kerusi Naib Presiden. Apa yang beliau perlu kejar ialah mendapat tempat undi tertinggi kerana kemenangan seperti sadah di tangan. Zahid hanya ketawa mersa dan meminta saya berdoa. "Berkat doa ustaz,"katanya kepada saya seperti selalu yang dipamerkan.

Bila balik dari menunaikan umrah alih-alih beliau mengumumkan untuk bertanding kerusi timbalan presiden. Ini mengejutkan sedikit. Apakah gerangan maka beliau berminat kerusi berkenaan. Apakah doa atau istiqarahnya di Makkah memberikan ilham kepadanya untuk bertanding kerusi nombor dua itu dan bukan kerusi nombor tiga! Apakah tahun depan nombor dua membawa tuah kepada anak Jawa Bagan Datoh itu.

Kalau ilham itu diperolehi menerusi istiqarakah apa boleh buat lagi, Zahid kena akur saja kalau tidak beliau akan ketulahan. Peluang dalam politik jarang menjelma dua kali biasanya sekali saja untuk seorang individu.

Pertunjuk di Makkah biasanya baik dan benar seperti mana yang beliau lakukan semasa hendak tanding Ketua Pemuda Umno tahun 1996 dulu. Di Makkahlah beliau buat keputusan itu dan kebetulan saya ada sama ketika itu.

Menurut Zahid ketetapan itu kerana berlaku kekosongan pada jawatan itu apabila ianya bakal ditinggalkan oleh Mohd Najib Razak. Katanya lagi keputusan beliau itu juga kerana ada tanda-tanda akar umbi mendesak beliau berbuat begitu. Bagaimana pun keputusan itu juga tidak bermakna beliau ingin mendahului mana-mana pemimpin dan ianya dibuat berdasarkan telahan (firasat) beliau Najib akan meninggalkan kerusi berkenaan.

Memahami kata-kata Zahid itu ia memberi berbagai pengertian. Dan keputusan itu juga mempunyai strategi dan politik tersendiri. Yang jelasnya, maksud Zahid itu seakan ingin menghalang hajat penyandang jawatan Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin (foto) yang awal-awal lagi kemaruk untuk menduduki jawatan nombor dua itu.

Muhyiddinlah yang melakukan kerja untuk menolak Najib ke atas bagi membolehkan beliau mengisi tempat Najib itu. Seperti mana dugaan awal saya pelan peralihan kuasa dalam Umno adalah idea Muhyiddin yang dibuat kononnya untuk kepentingan parti walhal hakikinya untuk kepentingan dirinya.

Apakah Zahid mempunyai niat sedemikian? Kalaulah benar begitu ia tidak menjadi kesalahan malah cara Zahid itu tepat sekali. Seharusnya ada yang berani untuk menegur atau pun menghalang menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kerana kelancangannya dalam menegeluarkan kata-kata dan ideanya sehingga menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi tidak senang duduk.

Dalam pada ini tindakan Zahid itu lebih kepada cuba membela Abdullah. Mungkin beliau merasakan tindakan Muhyiddin itu tidak patut. Dari sudut lain saya merasakan tindakan Zahid itu seperti ada orang yang memberi dorongan kepadanya agar membuat kenyataan itu. Pasti sudah ada green light dari atas kalau tidak Zahid mungkin tidak bersedia untuk membuat kenyataan demikian.

Sebab jawatan yang paling afdal untuk Zahid ialah Naib Presiden Umno. Kalaupun beliau berjaya menduduki salah satu dari tiga kerusi itu ia merupakan kedudukan tertinggi bagi Zahid dan merupakan satu prestasi terbaik dalam kerjaya politiknya.

Apakah dalam soal ini Najib yang mengajar Zahid berbuat demikian? Ada desas desus mengatakan Najib tidak begitu sebulu dengan Muhyiddin. Muhyiddin bukannya regu atau kawan politik Najib. Namun kalau dilihat kepada kerja Muhyuddin menghambat Abdullah itu menguntungkan Najib, tidak mungkin Najib tidak suka dengan kerja Muhyiddin itu. Bahkan Muhyiddin dikatakan akan bergabung dengan Najib menjatuhkan Abdullah?
Yang pastinya tentu ada orang memberi aspirasi dan sokongan kepada Zahid. Apakah orang itu Abdullah sendiri? Tidak mustahil. Ada sebab kalau Abdullah memberi ilham kepada Zahid untuk mencuba jawatan itu dan sekaligus menganggu emosi Muhyiddin. Sudah tidak menjadi rahsia lagi hubungan Abdullah dengan Muhyiddin akhir-akhir ini tidak begitu 'lendik'. Malahan jika dilihat secara zahir mereka berdua seperti ada masalah besar. Kalau tidak masakan Muhyiddin secara terbuka meminta Abdullah berundur! Jadi mungkin Abdullah menghantar Zahid untuk mengekang Muhyiddin.

Bagi Zahid pula tidak ada masalah untuknya berhadapan dengan Muhyiddin. Apa lagi kalau mendapat sokongan daripada presiden sendiri. Tentu Zahid merasakan bahawa beliau dijadikan anak emas oleh Abdullah. Kalau tertakdir Zahaid berhadapan seorang sama seorang dengan Muhyiddin untuk jawatan itu, kemenangan berpihak kepada Zahid. Pengaruh Zahid juga bukan kecil anak.

Lagipun pengaruh Muhyiddin dalam Umno tidak konsisten. Beliau pernah menang dengan mendapat undi terbanyak untuk jawatan Naib Presiden tetapi undinya merosot kemudian meletakkan beliau sebagai Naib Presiden yang tercorot. Dengan Muhyiddin bermasalah dengan Abdullah ini memberi kesempatan baik kepada Muhyiddin.

Lagipun sekiranya Najib bertanding kerusi presiden dan menang, Zahid tidak ada masalah untuk berada bersama Najib. Najib adalah bekas bosnya. Zahid penah menjadi Setiausaha Politik, Timbalan Perdana Menteri itu dan beliaulah yang mengajarkan Najib dengan istilah Islam dan juga mengajar menyebut al Fatihah secara betul.

Untuk memantap ilmu agamanya dan memastikan Islam terus bersinar dalam Umno, Najib memerlukan orang seperti Zahidi sekiranya beliau menjadi PM kelak. Dengan latar belakang dan ilmu serta akhlak muslim yang baik Zahid boleh membantu dan membimbing Najib sekaligus.

Berdasarkan senario itu Zahid berada dalam keadaan di kiri untung di kanan laba kalau beliau mencuba nasib di kerusi nombor dua. Beliau boleh berkerja dengan sesiapa saja. Dengan Abdullah samatelahlah. Abdullah yang memberi kepercayaan kepada Zahid untuk menjadi menteri setelah bekas ketua pemuda itu dinafikan haknya bertahun-tahun oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Begitu juga sekiranya Zahid sedia berdepan dengan Muhyuddin untuk kerusi nombor dua itu atas hajat untuk membela Abdullah ia dikira kena dan tepat sekali. Tidak salah bagi Zahid sambil untuk memperbaiki kedudukan dirinya dalam hirerki politik Umno ianya juga untuk membela orang yang berbudi kepadanya. Sebagai orang berlatar belakang Islam yang tahu mana halal dan haram, Zahid tentu pandai menghormati mana orang yang baik dan berjasa kepadanya.

Kita berharap Zahid istiqamah dengan keputusannya itu. Kemenangan Zahid kelak juga boleh menebus segala malu dan aibnya kepada Hishamuddin Hussein selama ini. Hishamuddin yang menjadi pembantunya diberikan keistimewaan melampau di zaman Mahathir dimana ia dirasakan satu kezaliman kepada Zahid. Mungkin kali ini giliran Zahid pula mengatasi atau mendapat kedudukan lebih tinggi dan lebih baik dari Hishamuddin. Kepada Zahid selamat mencuba namun harus juga waspada!
Comments (11)Add Comment
...
written by cheekhiaw, October 07, 2008 10:53:03
Lagi satu perompak mutu tinggi nak ganti pencuri?
Mufti Perlis akan sakit hati...

xxx
report abuse
disagree 3
agree 23
Votes: +20
...
written by ahmadneil, October 07, 2008 11:07:01
The person who is going for No.1 becos he don't like Mudyiddin to be NO.2
report abuse
disagree 1
agree 13
Votes: +12
...
written by Alice, October 07, 2008 12:47:30
Maybe the Malays would love a leader like him but definitely not the MALAYSIANS.

HE IS A TTHOROUGHBRED RACIST - ZAHID.

WE NEED A TOTAL MAKEOVER SO PLEASE PRAY FOR THE CORRECT STUFFS smilies/grin.gif
report abuse
disagree 4
agree 13
Votes: +9
...
written by cillipepper, October 07, 2008 12:56:27
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Orang2 UMNO Semuanya Pencuri!
report abuse
disagree 0
agree 9
Votes: +9
...
written by cillipepper, October 07, 2008 13:00:16
Kalau bakal menantu yang satu itu pun tak bisa di urus,
bagaimana mungkin Pak Zahid bisa mengurus Negara!
report abuse
disagree 0
agree 10
Votes: +10
...
written by hanisma, October 07, 2008 15:13:43
Omar Sayuti memberikan pandangan peribadinya terhadap Zahid yang dikenali, mungkin secara peribadi. Apa bezanya antara Zahid dengan Muhyiddin? Kalau dah dalam kelompok Umno elit, sama aje!! 2 X 5 = 10. One is no better than the other.
report abuse
disagree 1
agree 3
Votes: +2
...
written by Hello Keithy, October 07, 2008 19:58:03
Who let the dogs out ?
report abuse
disagree 0
agree 4
Votes: +4
...
written by Kerajaan Rakyat, October 07, 2008 21:16:01
Saudara Sayuti Omar,

Penulis saudara menterjemahkan betapa baisnya saudara.
Penilaian cetek bersandarkan pandangan tidak berhemah.
Semata-mata kerana Zahid pernah berjasa kepada saudara,
maka saudara lambong dia tinggi melangit.

http://kerajaanrakyat.com/

report abuse
disagree 1
agree 2
Votes: +1
...
written by SiHangChai, October 08, 2008 00:51:07
Our friend, Zahid is known to make racist remarks before during TUN's era and is in the same league as keris-swinging and the owner of the infamous, "all bloggers are beruk". Trust NO on this guy and that he ain't possess any intelligence even to be a Minister. We should thanks and Bless these UMNO leaders for running down the nation.
report abuse
disagree 1
agree 4
Votes: +3
...
written by SiHangChai, October 11, 2008 00:01:19
Jawapan is Rosnah & Najib agar beri pressure pada Pak Lah under balik kampung.
report abuse
disagree 0
agree 1
Votes: +1
...
written by onnetline, October 14, 2008 11:14:37
The corrupted racist Malays, of course !
report abuse
disagree 1
agree 2
Votes: +1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK


 

Abolish ISA
 
 
RPK: Lost Freedom
56 days 2 hours 10 mins
(12Sep2008 13:10 to 07Nov2008 15:20)

 

bloggers against ISA
magic mirror ad

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM