A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow HARI HARI AKHIR SEORANG DOLAH

HARI HARI AKHIR SEORANG DOLAH PDF Print E-mail
Posted by Super Admin   
Tuesday, 07 October 2008 10:38

Image

Di alkesahkan maka orang-orang kampung pun berkumpulah untuk melihat dan melangok. Maka gendang pun di palu dan canang di pukul. Ada yang mencangkung ada yang berdiri melihat gelagat segala peri.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Ketua cawangan naik proton
Ketua bahagian naik wira
Kontrektor kelas f naik honda
Putera datang naik tongkang
Puteri datang membawa kangkang
Para yb naik mercedes
Menteri datang takut muflis
Datang berkumpul bukan menangis
Dolah berundur  amatlah  trajis

Mereka  datang berkumpul untuk melihat muka Dolah kali terakhir sebagai Perdana Menteri Malaysia, sebagai Presiden United Malays National Organisation dan sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Mari mendengar surah saya tentang apa yang berlalu lima tahun dahulu.

Ketika Mahathir Muhamad meletakan jawatan, saya masih berada di kem tahanan Kamunting.  Berita tangisan Mahathir saya sambut dengan ketawa terbahak-bahak. Gambar Mahathir menangis di Perhimpunan Agung itu amat lucu sekali. Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan kasut Rafidah yang terpatah kerana hendak mengejar dan mencium lutut Mahathir. Semenjak hari itu Dolah telah mula memasang badan sebagai Perdana Menteri

Pada maklam saya hendak  di hantar ke Kamunting ( June 2001) – surat arahan tahanan –  telah di tanda tangani oleh Abdullah  Ahmad Badawi kerana ketika itu dia menjawat Menteri Dalam Negeri. Pernah  wartawan bertanya kepada Abdullah tentang 10 Reformis yang di tahan di bawah ISA.  Dolah telah menjawab “…saya tidak tahu….”

Di Kamunting, apabila saya mendengar ‘ saya tidak tahu’ dari Dolah Badawi maka terlintas juga di kepala saya mungkin si  Mamat ini  seorang jantan politik yang licik. Dapat mengelak soalan dari para wartawan.

Apabila saya dibebaskan dua tahun kemudian saya telah mementaskan teater Tok Sloo dan  Bilik Sulit. Bilik Sulit ialah tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri/ISA. Manakala Tok Sloo adalah teater komidi. Dua buah drama ini telah dibawa keliling Semenanjung untuk dipertontonkan kecuali di Perlis.

Tok Sloo memecahkan perut saya sendiri. Saya menulis watak Tok Sloo berdasarkan watak Abdullah Ahmad Badawi dan orang-orang disekelilingnya. Dolah pada ketika teater ini ditulis baru sahaja menjadi Perdana Menteri. Scomi – syarikat milik Kamaluddin anaknya -  masih belum heboh dan masih belum glamour lagi. Penjenayah bom nuklear A.B. Tahir belum menjadi hiasan muka depan majalah Times.  Khairy Jamaluddin baru selesai bersunat politik kerana dapat kahwin dengan Nori. Kak Endon masih hidup. Kalimullah masih belum kaya raya. Moonsoon Cup dan Jackie Chan belum pernah sampai ke Seberang Takir.

Selesai pementasan keliling  di Semenanjung  saya telah bertemu dengan seorang kawan lama saya – Cik Gu Hashim dari Perlis. Kami bersembang di sebuah warong pokok ketapang di hadapan pejabat MalaysiaKini Bangsar Utama.  Sambil ketawa sambil kami berlabun tentang siasah semasa.

Akhirnya sampai kepada watak Tok Sloo. Kami ketawa berdekah-dekah. Akhirnya kawan saya ini memberi satu nasiha “… kamu janganlah lawan Dolah Badawi ini…..kalau kamu tulis keras sangat tetang dia… macam kamu lawan orang cacat…..” Inilah kata-kata yang membuatkan saya terbarai ketawa hingga ke hari ini.

Bila saya duduk bersendirian di hadapan komputer  dan ingin menulis sesuatu tentang Abdullah Badawi maka saya teringat pesanan kawan saya itu. Apabila saya perhatikan gerak dan tingkah laku politik Dolah  maka saya cukup yakin bahawa susuk yang bernama Abdullah Ahmad Badawi ini adalah ‘orang cacat’ dari segi pemahaman politik.

Akhirnya saya menarik diri dari me‘lampoon’ Dolah. Saya rasakan cukup tidak adil jika saya terus menulis tentang manusia ‘cacat’ ini. Saya rasa macam saya bergaduh dengan kanak-kanak.

Dari awal lagi saya telah menulis bahawa Abdullah Badawi ini adalah Perdana Menteri ‘fluke/acidental’ – atau PM yang tidak tersengaja. Dolah Badawi tidak memiliki ciri dan pola-pola yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin negara. Dolah  di jadikan Perdana Menteri hasil perancangan licik Mahathir Muhamad.

Mahathir Muhamad tidak salah pilih, dia sengaja memilih ‘si cacat’ ini agar dia sendiri akan menjadi Pak Dalang dibelakang tabir. Hanya satu silap Mahathir, dia kurang sedar ada ramai dalang-dalang lain – Khairy, Kamaludin, Kak Endon dan Kalimullah - yang telah juga bersiap sedia untuk menjadi Pak Dalang kepada si Dolah.

Pada tahun pertama Dolah sebagai PM, cerita mula tersebar bagaimana Dolah ini suka tidur ketika bekerja atau dalam mesyuarat. Pada awalnya saya rasa ini hanyalah kempen ‘hitam’ oleh musuh-musuh Dolah dalam United Malays National Organisation. Tetapi apabila gambar demi gambar mula muncul memperlihatkan ‘Dolah Tidur’ maka saya yakin ‘kecacatan’ Dolah ini tidak mungkin dapat di perbaiki.

Teman-teman sekolah saya yang menjadi ahli perniagaan mula bercerita betapa Dolah tidak memilki keupayaan untuk mendengar taklimat projek-projek yang cuba dibangunkan. Dolah tidak memiliki daya fikir yang lampan dan luas. Saya juga difahamkan si Dolah ini tidak membaca dan tidak memiliki daya fikir yang dapat melihat dengan jauh dan dengan terperinci.

Pilihanraya 2004 Dolah telah di beri mandat besar  tetapi Dolah kurang arif untuk memahami  makna mandat itu. Semua perancangan yang di rancangnya tinggal terbengkalai setengah jalan. Dolah mengajukan Islam Hadari, tetapi saya juga was was apakah Dolah sendiri memahami konsep yang diajukan itu.

Para kroni, anak dan menantu Dolah makin naik tocang. Mereka membedal dan membelasah apa sahaja dana negara yang boleh mereka sebat. Dolah sebenarnya tidak memahami satu pun teori ekonomi, jauh sekali untuk mehazam pergolakan politik global.

Dolah bukan seorang insan yang jahat, ganas dan licik seperti Mahathir Muhamad. Dolah tidak memiliki sifat membunuh seteru politiknya. Dolah ini seorang yang warak dan berperangai baik. Dolah seorang ritualis agama. Kalau di kampung saya  di Jelebu. Dolah ini akan dilantik sebagai Tok Siak. Sekali sekala kalau Tok Imam masjid demam mungkin dia akan dibenarkan mengepalai sembahyang.

Dalam adat Perpatih di Jelebu Dolah ini tidak akan duduk di anjung rumah bersama kepala adat. Dia akan duduk di tepi pintu untuk mengangkat dulang dan cawan. Kalau di penanggah di kampung saya Dolah ini  akan menjadi pengacau beras di kawah  ketika kenduri kendara - tidak lebih dari itu.

Akhirnya Dolah betul-betul menjadi watak Tok Sloo. Ada kesedihan juga dalam hati saya apabila Dolah berundur. Saya sedih dan kasihan melihat Dolah yang ‘cacat’  di tibai  Muhyidin yang menjadi barua  Mahathir Muhamad. Dolah terkapai-kapai hilang nafas. Penasihat politik Dolah hanyalah  budak yang baru bersunat politik – tidak dapat melakukan apa-apa selain dari meminta tanda tangan akhir dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya.

Apakah  agaknuya yang akan kita ingati tentang Abdullah Ahmad Badawi sepuluh tahun dari hari ini?

Mungkin kita akan teringat tentang Dolah yang suka tidur. Atau Dolah bapak mentua Kj. Atau Dolah yang cuba membuka ruang demokrasi di Malaysia tetapi telah di gagalkan oleh Mahafiraun kerana Mahafiraun  telah menyediakan budak suruhannya yang akan bersumpah bersetia agar tidak di hantar ke Mogolia untuk menjadi duta.

Hari-hari akhir seorang dolah sampai
Kamal datang dengan scomi
Kj datang dengan nori
Kali datang dengan air asia
Jean datang dengan kain tudung baru
A.B. Tahir datang memakai topeng
Saat akhir akan berlalu
Mereka amat bersedih dan terharu
Dolah terlupa memakai celana dan  sepatu

Maka demikianlah berakhir  kesah Tok Sloo
Untuk dijadikan tauladan dan sempadan
Dari anak kepada cucu dari cicit pada menantu
Untuk jadi ingat-ingatan sepanjang zaman

--

Comments (14)Add Comment
...
written by cheekhiaw, October 07, 2008 10:45:21
Carilah ganti bermutu tinggi
Bukan perompak ganti pencuri
Kata Mufti suci Perlis
Tentang Dollah dan Najis

xxx
report abuse
disagree 2
agree 38
Votes: +36
...
written by bodohland_citizen, October 07, 2008 10:52:12
Cerita sedih yang paling menggelikan. Teringat aku pada nasib Tun Ghaffar Baba dulu angkara Mahafiraun smilies/grin.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 23
Votes: +23
...
written by cillipepper, October 07, 2008 12:53:09
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Orang2 UMNO sadonyo Pencuri!
report abuse
disagree 1
agree 9
Votes: +8
...
written by cillipepper, October 07, 2008 12:53:59
Dolah Lalok
report abuse
disagree 1
agree 3
Votes: +2
...
written by OMARZ, October 07, 2008 13:14:38
Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan...Tun Razak di kenali sebagai Bapa Pembangunan , Tun Hussein pula di kenali sebagai Bapa Perpaduan dan Tun Dr Mahathir di berikan jolokan Bapa Kemajuan...Apa lagi yang tinggal untuk diberikan kepada Pak Lah ? .... bapa menantu smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 11
Votes: +10
...
written by smpadayachi, October 07, 2008 13:31:45
Bang hisham org nie dah hilang akal, satu sen pun tak guna hanya berdolak dalik, sambil merapu macam dia tuer masih ader power. Nie dah mati pucuk nie, gone with the wind..tak payah nak tunjuk muka kpd seorg yg langsung mempersendakan orang kami. Lihatlah bang seorg kanak perempuan India diPWTC cannot even deliver a greeting card, except to say dia dah putus asa..utk aper? kalau ank cucu dia ader similar position..hampeh, where are we today? Bang hisham kerbau yg berpalit lumpur diJelebu pun mempunyai perasaan, tapi org nie?? malu nak sambung atau cakap lagi.
report abuse
disagree 6
agree 6
Votes: +0
...
written by willove, October 07, 2008 13:47:28
Old MacDollah had a son (in law), Ee-Ah-Ee-Ah O.

And all his son (in law) could do is theft, Ee-Ah-Ee-Ah O.

A Dollah here, and a Dollar there,

Here we are living poorly everywhere,

Old MacDollah had a son (in law), Ee-Ah-Ee-Ah O.
report abuse
disagree 0
agree 25
Votes: +25
...
written by carribeanking7, October 07, 2008 14:28:50
katak makan pisang belah
BN sudah usang
pak lah sudah blah
awas najib musang


Vijay Kumar Murugavell
report abuse
disagree 1
agree 17
Votes: +16
...
written by Kerajaan Rakyat, October 07, 2008 21:55:21
Sebagai pemimpin hebat
Dolah tak akan berundur
Banyak kerja perlu diselesaikan dulu.

Bik Mama kempunan nak jadi bini PM.

http://kerajaanrakyat.com/
report abuse
disagree 0
agree 3
Votes: +3
...
written by apanama, October 08, 2008 15:55:16
cukuplah sekadar dia di kenali sebagai bapak menantu, atau bapak kemaluan...
atau PAL LELAH BODOHWI
perdana menteri yang paling bodoh dari segala sukatan dan ukuran.
report abuse
disagree 0
agree 5
Votes: +5
...
written by Lembing Tajam, October 11, 2008 22:21:54
AAB sesuai jadi Pengulu Kampung je dan tak lebih dari itu.Letak budak darjah satu mengemudi kapal terbang Boeing 747 boleh ke? Pengantinya pulak tukang bancuh kopi dalam kapal terbang je....
report abuse
disagree 0
agree 2
Votes: +2
...
written by Abajawi, October 12, 2008 17:51:49
Najib yang menanti, menepuk gembira
Pak Lah pergi dia menerpa
Siapa tak mahu sebuah piala?
Menunggu Najib di atas Takhta!

Mahyuddin Yasin anak bistari
PakLah lantik dia jadi Menteri
Akhirnya orang itu menikam diri
Terpaksalah Pak Lah mengundur diri.

Kini sahlah sudah Pak Lah berundur
Susahlah kita nak tengok dia tidur
Kalau dulu dia kerap berdengkur
Wawasan Mahathir nyaris terkubur


report abuse
disagree 0
agree 1
Votes: +1
...
written by rams609, October 17, 2008 14:34:12
Tuan Syamuddin dari Jolobu,

Kalao aku jadi hang, aku pindah dari Jelebu. Malu aku ada jiran bernama Berbulu kamaludin dari Rombau!!!!
report abuse
disagree 0
agree 0
Votes: +0
...
written by rams609, October 17, 2008 14:35:23
Apanama,

Agree with you bro. Dollah is Bapak Kemaluan Malaysia!!!!
report abuse
disagree 0
agree 0
Votes: +0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK


 

Abolish ISA
 
 
RPK: Lost Freedom
56 days 2 hours 10 mins
(12Sep2008 13:10 to 07Nov2008 15:20)

 

bloggers against ISA
magic mirror ad

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM