A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Antara kuda hitam, kambing hitam, biawak hitam dalam Umno

Antara kuda hitam, kambing hitam, biawak hitam dalam Umno PDF Print E-mail
Posted by admin   
Monday, 06 October 2008 10:23

FUDZAIL, HARAKAH

Kehangatan dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Umno membayangkan kemungkinan besarnya, Abdullah akan mengundurkan diri dan pastinya Najib menjadi Presiden juga Perdana Menteri baru.

Umno memerlukan suntikan kepimpinan baru, bukan sekadar dari mereka yang sekarang berada di kerusi naib presiden mahupun majlis tertinggi.

Selain dari segi imej dan corak, Umno memerlukan pemimpin generasi terkini yang bukan sahaja segar tetapi berwibawa, berbakat besar.

Malangnya dengan sktruktur dan budaya yang ada, mereka yang ramai di luar Umno tidak mungkin berminat malah kalau berminat pun, tidak mungkin terpilih dan awal-awal lagi akan dicantas oleh mereka yang tergugat.

Apalagi kalau calon hebat tetapi tidak mempunyai lubang poket yang cukup sebagai dana 'politik wang' untuk menang dan naik ke tangga atas kepimpinan.

Sudah ada menawarkan diri untuk bertanding. Ada yang dikatakan sebagai 'kuda hitam' yang boleh mengubah senario politik Umno dan negara.

Kita tidak dapat mengelak untuk mengukur peribadi para pemimpin yang mahu menjadi orang kedua dalam Umno walaupun kebanyakan seperti saya, bukan ahli Umno dan tidak menyenangi hampir majoriti kepimpinan Umno yang ada.

Rekod perkhidmatan, kelayakan akademik dan keperibadian sebagai Muslim juga menjadi ukuran dalam memilih pemimpin untuk menerajui negara.

Tetapi dengan latarbelakang agama juga tidak semestinya calun tersebut akan menjadi pemimpin yang tidak rasuah dan menyeleweng, serta zalim kepada rakyat.

Ada pemimpin yang dahulunya Imam atau ustaz atau hafiz, tetapi apabila berkuasa mahupun ada sedikit kuasa turut sama terbabit dengan aktiviti yang diharamkan dalam islam, semata-mata kerana 'if you cannot beat them, join them' dan matlamat menghalalkan cara!

Dalam senarai mantan Timbalan Presiden Umno yang gagal menjadi presiden pun, kita dapat melihat ketokohan yang digembar-gemburkan oleh media massa kepunyaan Umno tidak lebih sekadar oportunis.

Malah yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri pun tidak semuanya hebat dan berwibawa, terutama Abdullah.

Dulu, kini dan selamanya, untuk naik dalam Umno pun terpaksa memberi sogokan kepada perwakilan yang bakal mengundi. Kalau bertaraf menteri tentunya lebih banyak ruang dan opsyen untuk memberi rasuah.

Ada ketua menteri yang sakan menganugerahkan pingat kebesaran negeri, terutama 'datuk' sebagai membalas budi walaupun tiada jasa individu tersebut untuk negerinya, melainkan sebagai tukang kempen dalam pemilihan naib presiden Umno.

Kesimpulannya ketika ini, selagi berada dalam Umno yang tidak boleh atau mahu berubah dan terus akur mengikut tradisi politik wang, kesemua calun yang dikatakan kuda hitam boleh menjadi kambing hitam sebagai mangsa percaturan untuk kem tertentu.

Manakala berdasarkan perjuangan Umno ketika ini yang semakin mengutamakan survival pemimpin dan golongan elit, sesiapa yang menang pun boleh menjadi seekor biawak hidup hitam buat agama, bangsa dan negara.

Kesimpulannya, orang Melayu dan Islam sukar untuk melihat Umno kembali ke jalan asal dan memerlukan payung baru yang belum rosak hati dan cacat anggotanya.

Fudzail
1426.blogspot.com

Comments (11)Add Comment
...
written by cheekhiaw, October 06, 2008 10:53:27
Antara pencuri, penipu dan pembunuh. Itu kesimpulannya.

xxx
report abuse
disagree 2
agree 45
...
written by ahmadneil, October 06, 2008 11:00:21
Latest... AAB defending umno president post.
report abuse
disagree 1
agree 28
...
written by Kerajaan Rakyat, October 06, 2008 11:06:22
Biar mereka berperang sesama mereka.
Berperang dalam kandang yang nak roboh..!!

http://kerajaanrakyat.com/
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by manny_california_usa, October 06, 2008 11:11:58
Yang ada dalam UMNO sekarang semuanya 'BERUK'.Kepala beruk nak bertanding jadi Ketua Pemuda Beruk kerana Bapak Mertua Beruk tak lama lagi akan dikandangkan,Orang Utan akan jadi Presiden UMNO dan lain-lain ahli akan jadi Chimpanzee.....
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by ladasiber, October 06, 2008 12:01:23
Najib, now you have to face so many people for DP (not double penetration) post unless Paklah quit. Do you really think that Paklah will quit? Nonetheless, UMNO days are numbered. Whoever wins also loose.
report abuse
disagree 2
agree 15
...
written by Badrol, October 06, 2008 12:27:47
It took him months to name najib as his deputy and I don't think he will easily relinquish the premiership for najib ... not without a fight. But come what may, I strongly believe that the next PM would still be DSAI.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Alice, October 06, 2008 12:51:32
It's darkest just before DAWN.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by The dragonheart, October 06, 2008 12:54:21
Between a Black Stalion, Black Sheep and a Black Lizard?

I guess they are "Ali", "Baba" and the 40 "black" thieves..

the Black Stalion, Black Sheep and a Black Lizard remain as what they are...
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Yacob, October 06, 2008 14:52:11
Bagi rakyat yang sudah celik tentulah mereka mahukan UMNO/BN terkubur secepat mungkin. Tetapi senario politik Malaysia masa kini dengan berulamkan budaya mengampu dari semua parti komponen BN, aspirasi rakyat kebanyakan tentunya sukar menjadi realiti.

Apa yang sedang berlaku dalam pergelutan kepimpinan UMNO sekarang pasti memberi kesan parah kepada rakyat. Malangnya pemimpin UMNO, juga parti-parti komponen BN semuanya tidak memperdulikan naib rakyat. Mereka hanya sibuk mengira laba yang bakal diterima jika mereka dapat ketampuk kuasa.

Persoalannya sekarang, apakah rakyat masih merelakan diri mereka diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin keparat itu ?
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by DreamLady, October 06, 2008 19:23:28
In order for Malaysia to survive through all kinds of tzunami, the selection of future politicians should include series of intensive and extensive screening to ascertain the purity of their heart; the ability to ward off the tempations of lust and corruption; possess the virtue of upright character; to stand firm with dignity under extreme odds.

If the candidate fails in the above criteria, out he goes from the door of political arena, because ALL MALAYSIANS DESERVE THE CREAM OF ALL CREAMS, and don't you ever, the so-called learned, high and mighty personels, to short-changed us with low-live politicians who are out to rob us of our freedom of speech, to deprive us of the rights of individuals, and most of all, to rob us in broad daylight of our hard-earned money..
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by MalaysianUnited, October 06, 2008 23:09:22
Fakta menarik yang Fudzail tak tahu..agaknya Fudzail ini rasa diri dah mulia sangat..

1) Tak semua pemimpin UMNO yang sogokkan duit untuk menang. Anda kajilah sendiri..
2) Dalam politik, selain daripada kelulusan belajar, nama dan pengaruh keluarga turut menjadi kriteria. Janganlah saudara buat2 tak nampak. Keperibadian menjadi ukuran yang paling bawah..kadang2 tidak diberi perhatian pun..

Ini adalah apa yang berlaku dalam Malaysia, baik dalam BN mahupun dalam PR. Pemilihan seorang pemimpin bergantung kepada nama keluarga.

Bila kita mahu menulis sesuatu yang berkaitan dengan negara..Kita perlu relevan dan praktikal..jangan lupa dedikasi dan jujur.



report abuse
disagree 3
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM