A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Lebih baik sampai lewat dari ke rumah mayat - Dr M PDF Print
Posted by admin   
Monday, 29 September 2008 22:23

Abdual Aziz Mustafa, Harakah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada yang beragama Islam.

Kepada yang akan pulang ke kampung, beliau meminta mereka memandu dengan cermat dan jangan memecut.

"Ingatlah keluarga yang sedang menunggu. Fikirkanlah betapa sedih dan pilunya hati mereka apabila kegembiraan yang dinanti bertukar menjadi kesedihan," katanya sambil meminta mereka supaya berhati-hati.

"Balik kampung adalah satu tradisi yang amat baik. Ianya dapat menolong mengekalkan pertalian dan hubungan kita dengan ahli keluarga ibu bapa kita dan saudara mara kita. Dan jika kita benar-benar datang dari kampung, ianya akan ingatkan kita kembali tentang asal-usul kita, kenangan manis masa lampau dan kehidupan kita yang serba sederhana dahulu.

"Namun saya kesal kerana antara mereka yang pulang ke kampung akan ada yang tidak akan sampai ke rumah. Mereka akan terkorban di dalam kemalangan jalanraya. Hari Raya, mahupun Tahun Baru Cina yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan dan kasih sayang keluarga yang menanti kepulangan kita ke kampung sebaliknya bertukar kepada kesedihan meratap akan yang telah pergi," katanya lagi dalam blognya, chedet.com

Walaupun banyak usaha yang telah dilakukan kerajaan untuk merendahkan kadar kemalangan maut, kata Dr Mahathir, tetapi angka tersebut masih tetap meningkat.

Sambil mengakui hakikat bahawa rakyat Malaysia pada umumnya memandu dengan laju, beliau berkata: "Mereka akan hilang sabar jika kenderaan di hadapan mereka berjalan dengan perlahan. Mereka akan memintas, dan kadang-kadang memotong beberapa kenderaan di

Walaupun ada yang memandu dengan berhati-hati, katanya, pemandu lain pula kurang cermat dan akan berlanggar serta mengakibatkan kematian.

Adalah amat penting, katanya, bagi semua pemandu-pemandu kenderaan persendirian, lori dan bas untuk memandu dengan perlahan dan cermat.

Bekas Perdana Menteri mengingatkan lebih baik tiba ke destinasi lewat sedikit tetapi selamat daripada dihantar ke rumah mayat hospital.

"Saya kira kita semua biasa dengar nasihat ini. Kita fikir kematian di jalan raya hanya terjadi kepada "orang lain". Tetapi kita adalah "orang lain" kepada orang lain. Kematian mungkin akan datang kepada kita, mungkin bersama orang yang kita sayang.

"Saya berdoa kepada Allah s.w.t. agar kita beringat tentang pesanan yang diberi ini. Memandu dengan cermat dan berhati-hati tidak akan merugikan kita.

Ingatlah yang kita mungkin jadi "orang lain" yang terkorban di dalam kemalangan yang dilapor tahun ini,' kata beliau.

Dr Mahathir akan mengadakan majlis rumah terbuka pada hari Ahad, 5 Oktober di kediaman beliau beralamat di 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, Seri Kembangan dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan pukul 2.30 petang hingga 5 petang.
Comments (9)Add Comment
...
written by Alice, September 29, 2008 22:50:04
"Saya berdoa kepada Allah s.w.t. agar kita beringat tentang pesanan yang diberi ini

Wow finally he is praying
report abuse
disagree 5
agree 16
...
written by Sudahlah tu, September 29, 2008 22:53:10
Kereta Nasional tidak mematuhi piawaian antarabangsa ...
terlalu ramai kes2 kemalangan yang melibatkan kereta nasional itu .....
report abuse
disagree 4
agree 37
...
written by abzy, September 30, 2008 00:10:17
Salam Aidilfitri jua kami ucapkan pada Tun Mahatir, Moga Moga Tun Dan Toh Puan Berada dalam keadaan sihat dan wal afiat.
Terima kasih atas pesanan Tun pada Kami yang kebanyakan berumur lebih kurang sebaya anak Tun.
Kami Jua hargai sumbangan tun selama ini dan pandangan jauh tun pada isu isu semasa.
yang lalu biar lah lalau kami harap Tun berilah kami sumbangan dan sokongan yang pada ke arah suatu Bangsa kearah suatu Bangsa Malaysia yang teguh dan Maju.
Kami semua makin sesak nafas pada kemelut pemimpin pemimpin yang sedang berlaku sekarang
moga Allah segera memberi taufik pada pihak pihak tertentu untuk memberi tampuk pimpinnan pada orang yang boleh memacu negara kami semula
Salam Aidilfitri jua diucapkan pada semua pembaca MT dan rakan seperjuangan sekalian
Amin
report abuse
disagree 12
agree 12
...
written by onnetline, September 30, 2008 00:38:11
This hypocrite is truly concern about the welfare of the rakyat after all these years ? Yes, I honestly believe this racist CarTUN !
report abuse
disagree 9
agree 17
...
written by onnetline, September 30, 2008 01:08:01
Rumah terbuka at his ' complimentary ' house from TSri LeeKY ? That's nice !
report abuse
disagree 7
agree 10
...
written by cheekhiaw, September 30, 2008 02:28:57
For what he had done to this country, you somehow have this thought that may be he will forget his own advise...

xxx
report abuse
disagree 4
agree 6
...
written by slash n burn, September 30, 2008 09:21:05
"Ingatlah PTI yang sedang menunggu. Fikirkanlah betapa sedih dan pilunya hati apabila kampung di dipenuhi dengan pendatang yang diberi Projek IC,".

Mamak evil, this is what you did to Sabah. I wish youre dead in a freak accident 80 years ago.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by macanhitam, October 01, 2008 08:08:52
his kind wishes only to his UMNO staunch supporters. as for PR supporters he is hoping otherwise (yeah the rumah mayat).
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by MalaysianUnited, October 04, 2008 01:21:12
pertamanya..saya tak pernah sokong Harakah..memalukan..

lihat pautan di chedet.com untuk anda lihat sendiri perutusan Tun dengan apa yang penulis sial ini tulis..

banyak si Aziz nie tokok tambah. Biasalah, ikut sedap jea wat tulis laporan..

Apa kaitan dengan paper Harakah dan Islam?..cuba Tuan Hadi Awang jelaskan sikit..
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM