A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Rumah ibu bapa dilontar bom petrol, Teresa dakwa usaha takutkan beliau

Rumah ibu bapa dilontar bom petrol, Teresa dakwa usaha takutkan beliau PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 27 September 2008 17:45

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

TERESA Kok menunjukan nota ugutan dan contoh bom petrol yang dilontar di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini, selepas mengadakan sidang media mengenai insiden itu hari ini. Bagaimanapun kejadian kira-kira 2.55 pagi tadi tidak mencederakan penghuni rumah itu kerana bom petrol itu tidak meletup. -foto - BERNAMA

"Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA," katanya.

Teresa ditahan di bawah ISA pada pada 12 September dan dibebaskan selepas seminggu disiasat.

Laporan polis telah dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan, agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan, kata Teresa pada sidang media di rumah ibu bapanya di Taman Rainbow.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan wakil PAS.

Teresa berkata, dengan adanya ancaman itu, beliau berharap polis dapat menjamin keselamatan beliau dan juga keluarganya yang kini jelas terancam.

Lim berkata, DAP akan berjumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Seri Ismail Omar dalam waktu terdekat bagi memastikan keselamatan Teresa sekeluarga selamat dan terjamin.

Bapa Teresa, Kok Kim Tong, 74, berkata, kejadian tersebut berlaku pada 3 pagi apabila anak lelakinya yang sedang melayari internet terlihat seorang lelaki menaiki motosikal membaling sesuatu ke rumah mereka.

"Setelah diperiksa, terdapat dua molotov cocktail, dan salah satunya pecah. Tapi mujur tak meletup," katanya yang memberitahu, ketika kejadian terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut.

"Kami juga menemui satu nota berunsur ugutan yang dilipatlipat lalu kami segera membuat laporan polis pada pukul 4 pagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan yang dihubungi berkata Polis akan segera menyiasat bagi menjejaki individu yang terbabit dalam kejadian yang mengancam nyawa ini.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 502 iaitu ugutan jenayah, katanya.

Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengutuk tindakan penjenayah yang melakukan perbuatan itu dan meminta polis dan kerajaan segera menyiasat kes tersebut, agar penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Ini kali kedua perkara sama berlaku kurang dari dua bulan. Sebelum ini, bekas rumah Presiden Majlis Peguam, S. Ambiga juga dibaling molotov cocktail," katanya.

Katanya, sesiapa yang tidak setuju dengan dengan pendekatan Teresa, mereka harus menyatakan pandangan mereka dan harus berani untuk mengadakan perdebatan secara aman dan sekiranya mereka rasa tindakan beliau adalah salah, biar undang-undang yang menentukannya.

Koh berkata, sebarang kekerasan atau perkara yang menyalahi undang-undang akan menyebabkan ekonomi negara semakin merosot.

- mStar 

 

Comments (25)Add Comment
...
written by Hello Keithy, September 27, 2008 18:22:51
For years we tried to promote Bahasa as our national language and we gave these bas_tards scholarships to study. Yet they wrote in Pasar Melayu. Lu tatak baca, Sampah Masyarakat. And one more thing, BABI is not to be used for persons who eat pork. PAHAM ?
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by temanmu, September 27, 2008 18:32:36
The rot starts from the top...

we need to sanitize the whole govt...

report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by 4country, September 27, 2008 19:03:45
Kejayaan Akademik Malaysia!

Malaysia BOLEH! Apa yang boleh??? BOLEH melahirkan Taliban Malaysia!

Mesti ada geng-geng control di belakang ............

report abuse
disagree 2
agree 17
...
written by kavidibaku, September 27, 2008 19:33:34
not a good sign for "PERPADUAN TERAS KEJAYAAN".
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Tompios, September 27, 2008 20:06:29
Kalau ikut cara dan gaya penulisan kelihatannya penulisnya adalah orang Indonesia. Jangan2 mereka diupah untuk buat kerja ini. Biarlah over sensitive yang tidak membawa keuntungan. Cara kerja otak zaman jahilliah.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by ahmadneil, September 27, 2008 20:14:36
These are the real BAS TARDS born through inbreeding,raised by NEP,taught by evils and graduated from UiTM.
report abuse
disagree 1
agree 15
...
written by Tom n Jerry, September 27, 2008 20:27:14
ITS ONLY THAT pdrm COULDNT BE BOTHERED TO FIND OUT THE TRUTH;ITS THEIR DUTY ANYWAY;BUT WHETHER THEY WANT TO PUNISH THE CULPRIT IS ANOTHER MATTER ALTOGETHER!hOW PATHETIC! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by thumb, September 27, 2008 20:44:05
All these are as a result of PDRM arresting the wrong persons under ISA, thus causing the taliban wannabe's to strike the innocent. Now lets see if the PDRM can arrest the culprits? That will be the day!!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by AUTAR, September 27, 2008 21:17:30
Salam semua. Dalam islam tak ada mengatakan yang semua umat islam itu baik. Yang baik hanyalah agama islam tapi bukan umat. Kita kena faham. Jika betul acuannya maka baiklah ia, dan jika tak baik acuannya seperti pembawanya Ameno, maka tak baiklah ia.

Saya hairan pada yang lakukan perkara ni, jadi jantanlah. Tak perlu hit n run. Jika saya boleh cabar kerajaan dalam penulisan saya kenapa tidak orang yang buat ni juga cabar saya. Ayuh..tunjuk tempat, kita boleh selesaikan nak cara macamana?. Saya orang islam yang akan menentang jika perbuatan itu sendiri dari orang islam yang lain.

Saya akan sentiasa menyokong perjuangan cik Teresa demi kebaikan rakyat negara kita ini. Yang salah tetap salah,tak kira agama bangsa sekali pun.
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by CJ7, September 27, 2008 21:33:17
MANGSA TETAP MANGSA.....IS D WAY TO MAKE US WEAK...WEAKER....WHEN IS CHANGE COMING???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? smilies/cry.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by inoi, September 27, 2008 21:47:37
YB Teresa Kok,We behind you.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by JaguhKampung, September 27, 2008 22:08:31
To those who were behind it,

Bloody cowards, memalukan bangsa kamu sendiri sahaja you. That's why you are forever behind others. You deserve where you are!
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Agahdemo, September 27, 2008 22:38:21
Perbuatan orang kurang ajar....Kalau Jantan dan bukan pondan...biarlah berdepan kalo mau kritik...ini main buang sampah di rumah orang....kelakuan yang keji dan biadab.

smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Rozlan, September 27, 2008 22:42:54
I believes I know which group is responsible for it
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Agahdemo, September 27, 2008 22:43:51
Apakah tindakan Polis dlm hal ini? Diam aja kah? Ini sudah insiden yang kedua berlaku yang pihak Polis membisu aja....Apakah pihak Polis tidak membuat kenyataan bagaimana untuk menangani hal ini?

smilies/cry.gif smilies/cry.gif smilies/cry.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by IbnAbdHalim, September 27, 2008 22:54:32
Mesti kerja pecacai UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by smeagrooo, September 27, 2008 23:29:28
oh shiat!!! what hv u done YB Lim Kit Siang!!!

How cud u tell Syed Hermit that YB Teresa's life is threatened!! This idiot will use ISA on her just like he did on the reporter for her own safety.

Adoooiiii! Masuk lokap lagi.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by mamanur, September 28, 2008 00:03:51
what a bunch of monkey. am glad teresa & family are okay.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by onnetline, September 28, 2008 00:11:52
This is the work of a ' bangsat ' Malaysia !!!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Steven Tan, September 28, 2008 01:29:46
Dear Brothers and Sisters,

They have Mat Rempits on their side, they have "Leader" for Mat Rempits on their side, so throwing Petrol Bomb is not an issue for them, in future may be they will throw the actual bomb because C4 is with them smilies/wink.gif, get what I mean? (What you're holding is the work of the "BULLET", the "GUN" probably sitting comfortably somewhere in an air-con room in big bunglo house). I'm sure you know what I mean by thatsmilies/wink.gif.

Dear YB Thresa, just be patient and be extra careful all the time. It's part and puzzle in politician's life asspecially if you in opposition camp in Malaysia. Once DSAI take over, I hope all this will come to THE END. Good Luck keep it up with all your good works for the people and for our beloved countrysmilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by mhwang, September 28, 2008 01:36:00
For all you know it could be a Chinaman from BN who wrote the note and hired an Indon to 'deliver' the note. Thus the Bahasa Pasar.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Richy, September 28, 2008 03:12:33
Umno, you see what you have done to the Muslims in Malaysia? You call opposition members and Hindraf the extremists and terrorists. But can you show how many bombs they have thrown at your compounds so far; or how many lives were endangered by their actions so far?

Is this the type of Malaysia you intend to create? Let me say this, you have real bad policy of governing a country!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by hanisma, September 28, 2008 06:18:26
Teresa, be brave! I know that your spirit would not be easily dampened by that molotov thrower and God is near to you.Go forward to serve the rakyat, because you are destined to do that.
One question to ask, will you be taken into ISA to be protected because your life is at stake?
Syed Hamid has to give the answer on your behalf. Have a nice day ,Teresa. May the Good Lord protects you and family.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by onnetline, September 28, 2008 08:38:49
BN-UMNO,

Tell your goons who does your dirty jobs to have the balls to show their face. And we know they've been sent by you. Yes, you, bustards !
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Bigjoe99, September 28, 2008 09:29:48
This is a ploy. Its clearly a perverse attempt to justify the police action against Teresa Kok. I don't believe this is what it appears to be i.e., its not about racial or religious hate. This is a political ploy. Its pure perversion.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM