|
Bagi sesetangah pihak (Umno dan pencabul hak asasi manusia), apabila Raja Petra Kamarudin (RPK) dihantar ke Kem Kamunting, “Gerakan Gerillawan Siber” dapat dibunuh dan selepas ini kenyakkan blog-blog dan laman web alternatif dapat dimatikan.
Tetapi mereka silap. Apabila RPK dipenjarakan tanpa bicara selama dua tahun, maka akan lahir lebih ramai lagi penulis blog. Blog bertumbuh dan bercambah setiap hari. Kebencian rakyat terhadap regim Barisan Nasional semakin memuncak. Lebih keras penindasan maka lebih keraslah perlawanan. Jika jumlah yang melawan menjadi semakin besar, muatkah Kem Tahanan Kamunting? Muatkah jika digunakan semua penjara di Malaysia digunakan? Senjata penindasan ISA yang diwariskan daripada British sebagai ganjaran kepada Umno kerana memberi peluang kepada mereka (baca: penjajah) merompak harta kekayaan negara sudah semakin hilang taringnya. ISA bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan rakyat dan mematikan gerakan yang melawan regim sudah tidak lagi berjaya mencapai objektifnya. Semenjak Reformasi bermula ISA telah beberapa kali digunakan. Apakah ISA berjaya mematikan gerakan? Apakah ISA berjaya menyebabkan pejuang-pejuang belot? Berikut adalah trend penggunaan ISA dan kesannya: 1) 1998: Anwar dan penyokong Reformasi ditahan ISA ketika gerakan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir memuncak. Ramai yang terpenjara termasuk Abdul Malek Husin, Sharrifuddin Budin, Ahmad Shabrimi, Ahmad Zahid Hamidi (Belot pada tahun yang sama. Sekarang Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Rahman Ibrahim dan ramai lagi. Kebanyakkannya masih lagi bersama. Cuma beberapa kerat orang sahaja mengundur. Penggunaan ISA tidak mematikan gerakan Reformasi. Gerakan berterusan dan pada pilihanraya umum ke 10, undi Melayu berpihak kepada pakatan pembangkang. Terengganu jatuh ketangan PAS. Kelantan kekal dibawah PAS. Ahli-ahli parlimen pembangkang bertambah diparlimen. Desakan demi desakan, demonstrasi demi demonstrasi menyebabkan Dr. Mahathir terpaksa meletakan jawatan kerana khuatir Umno akan kalah dengan lebih teruk pada pilihanraya umum 2004. READ MORE RECAPS --> HERE <--
|