A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow "Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila"

"Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila" PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 18 September 2008 22:44

KUALA LUMPUR: "Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila."

Demikian reaksi Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini apabila ditanya lagi butiran mengenai senarai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah bersetuju untuk beralih ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru persekutuan dibentuk.

Hari ini beliau berkata, seramai 35 Ahli Parlimen BN telah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Kelmarin - pada 16 September - Anwar yang dikatakan bakal mengumumkan senarai Ahli Parlimen BN yang sedia melompat parti berkata, beliau sudah ada bilangan wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Anwar yang turut diminta memperkenalkan semua Ahli Parlimen seperti yang didakwanya mencukupi untuk membentuk kerajaan, terus merahsiakan maklumat tersebut atas alasan keselamatan.

"Kami ada senarainya, saya dah kata nak tunjukkan kepada Perdana Menteri nanti.

"Lagi pun ahli-ahli Parlimen berkenaan yang meminta saya agar tidak umumkan dulu sehingga masanya sesuai kerana bimbang akan keselamatan (mereka)," katanya.

Pada sidang media kelmarin, Anwar tidak mengumumkan senarai nama Ahli Parlimen yang bakal melompat parti itu.

Sebaliknya kata Anwar, beliau bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Abdullah terlebih dahulu.

"Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," kata beliau.

Bagaimanapun pada hari yang sama Abdullah menolak permintaan Anwar itu.

Anwar juga menyelar tuduhan kasar Perdana Menteri semalam yang mendakwa beliau merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

"Nampaknya Perdana Menteri tidak faham kandungan surat itu.

"Saya tulis untuk berbincang mengenai masalah kestabilan negara dan arah tuju politik," katanya.

"Saya guna bahasa yang sopan, tidak pula saya nak kata untuk adakan perbincangan bagi gulingkan beliau dan kerajaannya," katanya dengan sinis apabila ditanya mengenai pandangan Abdullah bahawa Anwar merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Comments (11)Add Comment
...
written by Hello Keithy, September 18, 2008 22:55:03
Saya pun tak gila, saya tahu siapa yang cakap benar. Saya juga tahu siapa yang takut dan kejam. Siapa yang menggunakan ISA dan siapa yang menghantar ahli-ahli Parlimen ke Taiwan apabila DSAI menyebut PR akan menbina kerajaan baru. Saya tak gila langsung.
report abuse
disagree 4
agree 70
...
written by lobster, September 18, 2008 22:56:31
Datuk Seri, bersopan is not going to work on Abdullah, base on the way he reacted to the recent issues. Time to act more drastically.
report abuse
disagree 0
agree 39
...
written by TruthSayer, September 18, 2008 23:04:49
Datuk Seri Anwar

Why not post the letter to PM here for all to see?

report abuse
disagree 0
agree 39
...
written by joeawk, September 18, 2008 23:11:48
Malaysians, Get reeady for celebration. Celevrate freedom, free from the domination of the corrupt and manipulative UMNO. Surely hell will open up for the UMNO ultra, of whom, Mahatir will lead the way in.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by Taufique, September 18, 2008 23:19:45
this imam hadhari is a fool. pang sai ful of anal retented fecal matter.
gentlemanly discussion with his opponent also difficult issit.

Even Mugabe went ahead to discuss matters with Tsvangirai(pardon the spelling if its wrong).

report abuse
disagree 1
agree 19
...
written by sufc, September 19, 2008 00:17:30
dear taufique,
Not been hearing the "hadhari" word for such a long time now. Brings me back to those ol days. he, he, the 'kampong hadhari' etc. what happens to it now ah?
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Msian Idol3, September 19, 2008 08:10:32
Yang gila ialah orang dari BN. Resign sekarang kawan kawan. Tell me who in this world would support & encourage corruption plus telling lies to create bloodshed. These people have been doing it in the name of religion & race plus using UMNO's law. I am so tired of all such evil behaviour from the governing leaders.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Pak Pandir, September 19, 2008 11:35:32
Jangan salah kan Pak Lah. Dia memang lembab sikit, tu pasal dia berapa faham isi kandungan surat Anwar tu.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by AUTAR, September 19, 2008 13:05:31
Saya hairan seorang PM dan seorang TPM sekarang ni sedang terkencing kencing bila memikirkan akan seorang yang bernama Anuar Ibrahim. Tak salah rasanya saya mengatakan yang PM dan TPM kita ni rupa rupanya bodoh betul.

Saya nak tanya PM. kenapa perlu takut pada orang lain sedangkan kerajaan (BN) mereka yang memerintah. Jika Negara dah nak jatuh sekali pun, bangunkan diatas kepandaian sendiri. Kalau tak silap saya zaman Mathadir dulu dikala ekonomi runtuh pada 1997,tak ada orang yang bantu, tapi diatas kepandaian beliau maka Malaysia selamat. Jadi saya dah nampak disini bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Pemeras Masyarakat(PM) sekarang rupa rupanya adalah seorang yang akan menjadikan ancaman kepada keselamatan negara.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Yacob, September 19, 2008 22:53:21
Antara Pak Lah dan Anwar Ibrahim, siapa yang lebih boleh dipercayai ? Rekod Pak Lah jelas. Pembohongannya tentang kawin, tentang pembubaran parlimen, tentang kenaikan harga minyak, tentang anaknya tidak dapat kontrak kerajaan... dan terlalu banyak pembohongannya. Tapi yang hairannya semua pemimpin UMNO yang kononnya pandai seperti Rais Yatim, tetap percaya cakap Pak Lah.

Mungkin Pak Lah memang telah ditakdirkan sebagai PM Malaysia terakhir dari UMNO. Mungkin juga, Pak Lah sudah ditakdirkan sebagai presiden UMNO yang terakhir kerana lepas ini UMNO terus dibubarkan. Nasib parti Semangat 46 mungkin menjangkit pada UMNO. Atau mungkin juga Pak Lah akan menjadi satu bidalan seperti cerita rakyat Lebai Malang. Pak Lah akan diingat sebagai Imam Malang bila cucu cicit kita nanti ingin membuat bidalan seorang pemimpin yang lemah cangguk.

http://terunamelayu.********.com
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by rams609, September 21, 2008 13:28:23
Hoi Yacob,
orang macam Rais Yatim bukan percaya sama Paklah....dia cuma mau WIN-WIN ajala....
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM