A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow Anak Semua Bangsa - Nasionalis, Rasisma dan Perkauman

Anak Semua Bangsa - Nasionalis, Rasisma dan Perkauman PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 14 September 2008 08:59

Image

Sikap perkauman Melayu ini adalah taktik ‘pecah dan perintah’. Warga Tanah Melayu yang sedang bersatu mengangkat senjata melawan British kini telah ditanamkan sikap keMelayuan, keCinaan atau keIndianan yang sempit. Pergaduhan antara kaum ini adalah taktik yang paling mujrab untuk menumpaskan gerakan nasionalis dan membolihkan British terus berkuasa. Adu dumba yang bersadur perkauman adalah taktik yang terus dimainkan hingga ke hari ini.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Selalu kita tersalah faham antara – nasionalis, rasisma dan perkauman.

Semangat nasionalis muncul apabila kita mula bertemu dengan kuasa kolonial. Semangat ini bukan hanya dirasakan oleh orang Melayu – malah semangat ini dirasakan oleh semua orang -  sama ada di Asia, Afrika atau di Latin Amerika.

Konsep nasionalis ini adalah satu pembentukan fikrah. Ianya bukan sesuatu yang dapat kita pegang. Ianya di bentuk dan di beri takrifan mengikut pola dan ciri-ciri tempatan.

Kita jadi Melayu atau jadi Cina atau jadi Kadazan muncul dari satu proses pembentukan yang berjalan lama. KeMelayuan, keCinaan atau keKadaznan ini wujud dalam fikrah kita. Jasad lahiriah yang kita lihat itu tidak akan berjaya memberikan seratus peratus pemahaman seseorang tentang apa itu Melayu atau Cina  atau Kadazan.

Nasionalisma Melayu terbentuk apabila munculnya kesedaran politik. Kalau kita membaca buku Sejarah Melayu kita akan dapat melihat bahawa 500 tahun dahulu tidak wujud konsep Bangsa Melayu. Apa yang tertera dalam Sejarah Melayu ialah konsep Orang Melaka, Orang Kedah, Orang Bintan dan dan dan.

Pertembungan kita dengan Portugis, Belanda tidak juga melahirkan  nasionalisma Melayu. Ini kerana Portugis dan Belanda hanya ‘mengeledah’ di sekitar apa yang kita fahami sebagai Melaka. Ini pun bukan Melaka yang kita fahami hari ini. Portugis dan Belanda tidak memasuki ke pendalaman. Justeru Tanah Melayu yang telah di jajah oleh Belanda dan Portugis ini boleh  di ‘ baca’  sebagai ‘mitos’. Pertembungan hanya pertembungan Orang Melaka dengan Benggali Putih.

Apabila British datang barulah kita lihat sistem penjajahan yang di rancang.  Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sasaran kedatangan awal British.  Kaum kolonial  datang untuk mencari harta kekayaan. Tiga kota ini adalah kota perlabuhan yang menjadi pusat perniagaan.

Kesedaran Melayu yang di bawa oleh Tok Janggut, Tok Bahaman, Maharaja Lela adalah benih-benih awal yang telah memunculkan semangat nasionalisma. Semangat nasionalis Melayu moden dilahirkan oleh pemikiran baru yang di bawa dari Timur Tengah. Ini kerana kawasan Timur Tengah  telah bertembung dengan  Orang Putih lebih awal lagi.

Pemikiran konsep nasionalisma  ini kemudian dikembangkan oleh pemikiran kiri Ibrahiam Yaacob, Ahamad Boestaman, Burhanuddin Helmi. Harus disedari, gerombolan United Malays National Organisation tidak wujud dan tidak memainkan apa-apa peranan ketika Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Hisbul Muslimin atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya bergerak untuk menaikkan semangat nasionalisma kebangsaan Melayu.

Nasionalisma Melayu bukan benci kepada orang asing. Yang di benci, di lawan dan di tentang oleh semua gerakan nasionalis sama ada di Asia, Afrika dan Latin Amerika – ialah penjajahan terhadap tanah air dan kawasan bumi mereka. Kaum penjajah ini datang bukan dengan niat yang baik tetapi datang untuk menakluk kawasan dan mengambil harta kekayaan negara itu.

Kalau kita melihat sejarah Perlembagaan Rakyat Putera- Amcaja (1947) kita akan memahami bagaimana terbukanya nasionalisma Melayu. Dalam Perlembagaan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua bangsa-bangsa – sesiapa sahaja yang ingin tinggal tetap di Persekutuan Tanah Melayu akan ditakrifkan dan dinobatkan sebagai Melayu.

Bayangkan bertapa radikal, progresif dan terbukanya sikap falsafah nasionalis Melayu yang sanggup menerima ‘bangsa yang datang mencari makan di Tanah Melayu atau yang di bawa oleh British’ – sebagai warga negara bangsa yang baru. Mereka juga menerima takrifan – Melayu.

Melayu dalam pemahaman para nasionalis pada ketika itu bukan biologi tetapi sikap cintakan bumi tempat kelahiran. Dengan mengambil sikap anti-penjajahan  Perlembagaan Rakyat kaum nasionalis Putera-Amcaja  adalah satu konstruk sosial yang berjangka panjang dan memandang luas ke hadapan.

Ini amat berbeza dengan nilai perkauman yang hanya melihat dari segi ciri-ciri biologi, budaya dan warna kulit. Sifat perkauman bentuk ini amat sempit. Ianya hanya mementingkan dan hanya ingin membela satu-satu kaum atau satu-satu budaya sahaja. Perkauman gagal membuka nilai kemanusiaan sejagat yang luas terbuka. Sifat dan nilai perkauman tidak berupaya untuk mencanai dan melakar nadi baik manusia sebagai insan. Insan yang yakin dengan falsafah "di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung".

Didalam konteks Persekutuan Tanah Melayu, penjajah British yang pada ketika itu sedang menghadapi perang rakyat – tidak dapat tidak dalam usaha mematahkan  pengaruh nasionalis Melayu dan menghancurkan gerakan nasionalis kiri –  Britiah telah memunculkan sikap dan konsep perkauman Melayu.

Sikap perkauman Melayu ini adalah taktik ‘pecah dan perintah’. Warga Tanah Melayu yang sedang bersatu mengangkat senjata melawan British kini telah ditanamkan sikap keMelayuan, keCinaan atau keIndianan yang sempit. Pergaduhan antara kaum ini adalah taktik yang paling mujrab untuk menumpaskan gerakan nasionalis dan membolihkan British terus berkuasa. Adu dumba yang bersadur perkauman adalah taktik yang terus dimainkan hingga ke hari ini.

Sampai ke hari ini sikap perkauman Melayu ini telah menjadi teras, dasar dan tiang seri gerombolan United Malays National Organisation. Sikap perkauman  Melayu  - pecah dan perintah - ini membolihkan gerombolan ini  berkuasa dan mengekalkan kuasa. Sikap perkauman ini akhirnya akan melahirkan rasisma.

Rasisma ialah satu pandangan dunia di mana satu bangsa sahaja yang di anggap ‘betul dan berhak’ manakala yang lain bukan sahaja di pinggir malah perlu ditumpaskan. Rasisma ini amat jelas rupa hodohnya ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Sikap dan pandangan dunia rasis telah melahirkan Hitler dan fasisma. Hasilnya ialah pembantaian berjuta kaum Yahudi yang di anggap musuh. Idealoji rasis ini telah mengkemudikan pembunuhan beramai-ramai sesiapa sahaja yang bukan berdarah German.

Di Malaysia manifestasi perkauman ini dapat di lihat jelas dalam konsep Ketuanan Melayu. Dasar Ketuanan Melayu ada rasis kerana ada satu kaum atau satu bangsa yang akan jadi tuan. Jika ada yang jadi tuan maka ada yang akan jadi hamba. Kaum dan bangsa mana yang akan jadi hamba dalam Ketuanan Melayu?

Setelah 50 tahun British mengundur diri, negara Bangsa Malaysia masih terlalu jauh. Kesedaran dan pandangan dunia warga negara kita semuanya berlandaskan – kaum apa, bahasa apa dan agama apa. Ini tidak sihat kerana anak semua bangsa di Malaysia masih belum dapat menerima kesatuan cita-cita, kesatuan harapan dan kesatuan mimpi mereka dalam satu nasion yang di panggil Malaysia.

Babak-babak politik akhir-akhir ini sedang ‘memperlihatkan’ kembali unsur-unsur ajenda Perlembagaan Rakyat 1946 dahulu. Dalam masa yang sama, gerombolan United Malays National Organisation sedang menggunakan ajenda perkauman dan rasisma sebagai senjata untuk terus mengekalkan kuasa dan mematah Ketuanan Rakyat.

Warga anak semua bangsa dalam negara kita sudah bersedia untuk melahirkan Bangsa Malaysia. Batu halangan utama hanyalah gerombolan United Malays National Organisation.

Comments (14)Add Comment
...
written by OMARZ, September 14, 2008 09:38:17
Peribahasa mengatakan genggam bara sampai jadi arang....inilah yang diperjuangkan oleh UMNO,.... selagi kuasa itu ada dalam genggaman....selagi itulah rasisma diguna pakai untuk kepentingan politik mereka.....rakyat kini sudah sedar Ketuanan Melayu tidak lagi relevan dengan konsep pemerintahan negara MALAYSIA yang selama ini telah ditanam, dibaja, disiram dengan konsep politik KeMELAYUan....UMNO sedar rakyat inginkan perubahan tapiselagi konsep Ketuanan Melayu ini diperjuangkan oleh mereka, maka selagi itulah negara MALAYSIA adalah negara Rasisma....
report abuse
disagree 1
agree 28
...
written by sabade, September 14, 2008 09:38:54
To All Malaysians,

Please read this article below(a story of two men who gave their lives for Malaysia) and ask yourself whether their sacrificies have been in vain, wouldn't it be good for all Malaysian regardless of race and religion to follow the example below:

Captain Shanmuganathan PGB and 207770 Ranger Mat Isa bin Hassan PGB
Friday, September 30, 2005

I heard him call out for his batman,"Mahbot ! Mahbot ! I need water...". Cpl Ishak told him that his batman was taking care of the packs at the assembly area. After a little while he started calling out for his Platoon Sergeant, "Sergeant Ismail.....! Sergeant Ismail...! " After not receiving any replies to his calls. He gave out his last orders with his dying breath, " Please take care of my boys (his soldiers), I have not the strength in me any more....." Out of his sense of loyalty, Rgr Mat Isa seeing and hearing this call, without due regard to his safety and well being, dashed towards Captain Shanmuganathan to save him. As he approached his commander, the enemy's bullets slammed into his body causing him to fall across the body of his commander, as if to protect him

The battle lasted until 1900 hours at night, after that time the enemy's main body withdrew. Even after the withdrawal we opened fire whenever there was a movement toward our position or whenever the enemy tried to recover some of their weapons. Rgr Mohamad and I were about 7 feet behind the the bodies of Captain Shan and Rgr Mat Isa until the following morning. 2Lt Basri arrived at the ending of the battle, with his Platoon's help we managed to pull out Rgr Mutalib from the front to a safe area
report abuse
disagree 7
agree 23
...
written by gaman, September 14, 2008 09:54:25
In fact we've all the ingredients to create BANGSA MALAYSIA. I'm born in Malaysia....why should we separate ourselves as Malay, Chinese, Indian, Dusun, Murut, Dayak,,,,etc? Aren't we proud to call ourselves MALAYSIANS? To all the politicians.....PLEASE THINK OF THE WHOLE NATION......ONE MALAYSIAN NATION....COLOURLESS........DON'T BE SELFISH.
report abuse
disagree 0
agree 24
...
written by Rozlan, September 14, 2008 10:01:39
When British left they make sure that Malaya was divided along the race line..To do that they had make sure that UMNO/MCA/MIC will keep on ruling the country.You see Perikatan/BN are the one who keep on continuing the British policies until now..
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by malaysian, September 14, 2008 13:01:25
"Rasisma ialah satu pandangan dunia di mana satu bangsa sahaja yang di anggap ‘betul dan berhak’ manakala yang lain bukan sahaja di pinggir malah perlu ditumpaskan. Rasisma ini amat jelas rupa hodohnya ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Sikap dan pandangan dunia rasis telah melahirkan Hitler dan fasisma. Hasilnya ialah pembantaian berjuta kaum Yahudi yang di anggap musuh".

Every Malaysian knows that UMNO and it's great dictator, Mahathir s/o Iskandar Kutty, have been preaching this same religion of hate all these years. Hate the Jews, hate the Chinese, hate the Hindus (ie. Hindraf), hate the Americans Zionists, etc. Newspapers like Utusan and TV stations like TV3 have been dedicated to the perpetuation of this UMNO hate propaganda.
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by Kopi37, September 14, 2008 13:32:58
During the Japanese occupation and the era of British colonial rule in Malaysia, our forefathers fought like brethren protecting our Home (the Nation) from being divided and snatched away! Many lives sacrificed irregardless of races, Chinese, Malays or Indians and that's the undeniable facts in history. There are monuments built in memorial of their heroic accomplishments and great sacrifices and history is written in the wall and in the hearts of those who survived from the past war!

Malaysia is our Country, it belongs to all of us regardless of who we are Chinese Malays or Indians and the younger generations in particular, those who born during and after the war until the Independence of our Nation had had fought with their lives to protect the Country from being divided, we couldn't afford to be divided and if we are being divided, we will be likened a single chopstick easily can be broken by any enemy of ours, our enemies are those greedy hegemony of Super Powers upon seeing that we are very much divided, a precious time and opportunity for them to invade and conquer our Country again! They will conquer our Country and they will reap off all our treasured resources, our gold, our hard built assets and they will doom us to despair and much more poverty so as they will ascend to an empire to have their absolute control over our lives! We have no future but to serve them like our master and we will be the slaves!

We cannot afford to be divided, the racist politicians with archaic minds are trying to divide us the Chinese, the Malays and the Indians and therefore they can grip the powers to control us, to reap our assets, a single piece of sand and a stem of tree are our assets, our fore fathers fought to sustain these as our assets, as the relics passed on to us for our livelihoods, for our families' livelihoods and for our next next generations' livelihoods of our kins! Why should we let the racist politicians to divide us like we were divided by the Japanese by the British during their regimes and they would reap off rob away all our assets and shipped out for their own enjoyments? Why should we let the evil racist politicians to reap off rob away all our assets supposedly to be for ours enjoyments but instead they will enjoy them in overseas after they stashed enough overseas the looted assets and they will leave to overseas to enjoy themselves! They reap off and rob away our assets, our rights in the name of God, in the name of the Rakyat and in the actions of Hypocrisy, in the actions of Political Postures and Histrionics granting that we are all numb-skulls, we are all mules, we are all stupid! Even our fore-fathers with or without education were not numb-skulls and stupid, we all who have been educated having the modern faculty if still unable to identify these political ploys and evil conspiracies, THE WOE IS OURS !! We have no cure, we better go and jump into the sea and kill ourselves!

report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Kopi37, September 14, 2008 13:43:14
Take it this way and think hard, in the event of an anticipated war, lets say one Super Power invades and conquers us in future, what are we going to do?! Fight and chase them out right? Liked the days our fore-fathers chased the bloody Japanese and British out right? Then tell me again. how and who will be doing the job to fight them the true enemies out from our homeland? Simply, to UNITE and WE, the Chinese, the Malays, the Indians will embody as ONE UNITY, ONE STRONG ARMY to fight our enemies and chase them out! For sure and for definite WE are going to do and WE must do it this way! This is how I teach my children and what I am telling everybody, I am now telling to EVERY RACE!...........

I weep together with our Bapa Malaysia, our beloved Father Tuanku Abdul Rahman when reading RPK's last article posted in MT before he left us for Bukit Aman, the'Real Story of 513' ,the statement which quoted the Father's words - " I have often wondered why God made me live long enough to have witnessed my beloved Malays and Chinese citizens killing each other.”Unquote. My heart sadened and my tears drip whenever I read and it spoils my day !!..........................

Let us all stand out and stand together in the blogs not on the street and sent out our signals to the archaic Government machinery to stop all the nuisance and the evil ploys of using ISA to intimidate ALL of us! WE all know this is their desperate endeavour to suppress us, to subservience us to accomplish their egos and the evil objective of power grip, the evil objective of their deterrent of dissidents!

Yeas, WE admit we are dissidents, WE are peaceful, WE have trust in God, WE uphold the omnipresent and universal Truths as our Principles! WE are dissidents but WE are NO CRIMINALS! Dissidents are No Criminals!!! The draconian and uncivilized ISA can break our bones but it cannot break our Spirit, it cannot break our Belief In the Truths that we uphold altogether!!!!!!!!!

report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by Kopi37, September 14, 2008 13:54:28
RAJA PETRA KAMARUDIN, RPK or PETE in one name is the Chief of Dissidents and HE is NO CRIMINAL, He is NO TERRORIST, HE spoke nothing but the Truths, the Truths that we all trust and believe!! WE use our ears, our eyes, our hearts to affirm that what are the Truths! HE did not deserve to be shackled by the rusty ISA! HE is not threatening our so-called harmony, unity or social security and no one because of trusting him go up to the streets to burn effigies, to hurl Molotov Cocktail, to surround the Parliament, to even trample on one tiny strip of the cow grass! HE and WE are intellectual people, peaceful and not the mobs, we are not like those who brandish the kris, who break in private hall and rant and rave in public!! WE pose no harm to the Society, to the Nation and merely exercise our rights, our civic conscious to rectify the Government when swaying away from policies and rule of law universally reckoned with - FREEDOM, JUSTICE, DEMOCRACY are what WE are asking for! It's the Social Contract and it's Our Rights! RELEASE RPK NOW! It's a reckless attempt You People locked up His Body but His Spirit is still with all of us!!!! smilies/shocked.gif
report abuse
disagree 2
agree 16
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by emg385, September 16, 2008 10:24:48
Mari kita Rakyat Malaysia sama-sama bangkit menentang Parti Komunis UMNO yang diasaskan Bapa Komunis UMNO,TUN Mamak-Thir. Parti Komunis UMNO hanya tahu menindas Rakyat jelata dengan menyalahgunakan Undang-undang Darurat yang disediakan khas oleh pihak British untuk pengganas.Bagi Komunis UMNO, Rakyat yang tidak sokong partinya secara buta-tuli adalah Pengganas!! Jadi hampir separuh Rakyat Malaysia yang tidak sokong UMNO disamakan dengan pengganas.

Komunis UMNO telah cuba tetapi gagal menguasai minda Rakyat dengan adanya media -media alternatif.Akhbar UTUSAN hanya organ propaganda komunis UMNO.Selagi Komunis UMNO berkuasa di negara ini, mustahil Malaysia akan menikmati Keamanan & Kebebasan Yang Sebenar!! Jadi MERDEKAKAN Malaysia dari Komunis UMNO!!!
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Bluechip, September 16, 2008 16:56:36
We are Malaysians that's all.
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Loi Bih Siang Benjamin, September 19, 2008 18:35:19

Dear friends, maybe we have stop looking at racial issues..

Please read: 
http://benjaminloi.********.com/2008/09/numerical-superiority.html

what's the point of having "Ketuanan Melayu" if we can't feed our children, give them shelter and a proper education?
report abuse
disagree 1
agree 1
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by joeawk, September 27, 2008 17:28:17
All racial integration efforts are just for show. Nithing else. Look at all the institution in Malaysia, what does it all say.

For example, look at the schools and universities' curriculum, see how they are managed and you know where we are heading. Sometimes, we can't help but say that decision makers are not even human, not even worth the value of pigshit as stock for fertilisers.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM