|
Operasi ISA: Wartawan Sin Chew dibebas, Syed Hamid nafi tahanan berkaitan pelan Pakatan |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Saturday, 13 September 2008 20:47 |
|
(mStar) Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang tadi. Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman sebentar tadi. Terdahulu sambil menolak penahanan tiga orang semalam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menggagalkan pelan 16 September Pakatan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri menegaskan, sama ada lebih ramai akan ditahan dalam waktu terdekat bergantung pada keadaan semasa negara.
|