|
Lumba Lari Politik Malaysia |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Saturday, 13 September 2008 16:09 |
|
Politik Malaysia dalam perlumbaan - menjatuhkan Abdullah atau menyambung hayatnya.
Abdullah menghadapi dua serangan serentak : dalam UMNO dan di luar.
Anwar menetapkan September atau mana-mana tarikh terdekat untuk bukan sahaja Abdullah dijatuhkan tetapi juga seluruh kerajaannya bertukar. Lagi dekat Anwar menghampiri matlamat ini, lagi pantas dua kumpulan lain berlari menuju garis penamat. Satu, kumpulan dalam UMNO yang melihat jika sesuatu tidak dilakukan, Anwar besar kemungkinan menjadi orang paling awal mencapai garis penamat. Abdullah tewas, Anwar berjaya.
Untuk mengelakkan kerajaan BN tumbang, Abdullah mesti diturunkan secepat mungkin. Muhyidin, hari ini, (10 September) sudah pun membuat kenyataan di Singapura, bahawa Abdullah perlu berundur lebih awal dari yang ditetapkan, Jun 2010.
Hari yang sama, Mustapa Ali, membuat kenyataan di Terengganu, menolak kemungkinan Anwar akan berjaya, dalam apa yang dilihat sebagai langkah awal ke arah melumpuhkan gerakan menurunkan Abdullah.
Selain September, Oktober dan Disember adalah garis-garis penamat untuk lumba lari dalam politik negara kita. Oktober adalah bulan mesyuarat Agung UMNO akan diadakan di mana pencalonan jawatan tertinggi UMNO akan berlangsung. Disember adalah mesyuarat Agung Pemilihan UMNO.
Tengku Razaleigh sudah mengumumkan beliau bersedia menentang Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO. Halangan utama beliau ialah sistem kuota yang ditetapkan sejak zaman Mahathir lagi, yang memberi kelebihan kepada pemegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada.
Kiranya bola yang disepak oleh Muhyidin hari ini bergolek kencang, Abdullah paling lewat akan berundur Disember ini. Mahathir yang secara sukarela keluar dari UMNO atas protes ke atas Abdullah, kini dipelawa oleh Muhyidin untuk memasuki semula UMNO.
Masuknya Mahathir untuk apa? Menjatuhkan Abdullah dari dalam dengan membantu Ku Li untuk menentang Abdullah. Lazimnya MT UMNOlah yang akan memutuskan permohonan memasuki UMNO. Jika Abdullah tahu bahawa Mahathir masuk untuk menjatuhkan beliau, beliau sepatutnya menyekat kemasukan itu. Namun, jika ia tetap diteruskan, bermakna Abdullah sudah tidak dapat menguasai MT UMNO lagi dan ini petanda awal Abdullah sedang menggelunsur turun, tidak lebih dari Disember. Sungguhpun Abdullah dan Najib sudah pun memeterai persetujuan bahawa pelan pengunduran Abdullah adalah Jun 2010, pelan itu nampaknya sudah mula tercabar. READ MORE HERE: http://cetusan-hati.blogspot.com/2008/09/lumba-lari-politik-malaysia.html
|
http://www.malaysiakini.com/news/89646
VICTORY!
HIDUP RAKYAT!