A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Bentuk kerajaan 16 September mustahil, PAS belum 'setuju' penuh

Bentuk kerajaan 16 September mustahil, PAS belum 'setuju' penuh PDF Print E-mail
Posted by admin   
Thursday, 11 September 2008 08:27

(mStar Online) - PAS yakin tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada Selasa ini sebagaimana digariskan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak enam bulan yang lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, analisis beliau menunjukkan bahawa perubahan yang dirancang tidak akan berlaku disebabkan faktor teknikal dan politik.

"Sekarang, sepanjang Ramadan, Parlimen tidak bersidang. Dan apabila Parlimen tidak bersidang bagaimana kerajaan boleh bertukar?

"Kerana pertukaran kerajaan sedia ada kepada kerajaan  yang baru mesti melalui proses demokrasi. Kerajaan yang ada mesti digulingkan, barulah sebuah kerajaan baru  didirikan," kata beliau yang Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam temu bual dengan Harakah.

Temu bual itu akan diterbitkan dalam edisi esok.

Semalam, Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedang menimbangkang kemungkinan beranjak jika terhadap halangan untuk merealisasikan sasaran 16 September.

Temu bual itu diadakan awal minggu ini.

Anwar berkata, jika bukan 16 September, pihaknya akan memilih 20 September bagi mencapai matlamat mereka ketika segala perancangan berjalan dengan lancar.

Meskipun Mustafa tidak lagi memegang jawatan terpenting dalam PAS, namun pandangan dan tanggapannya terhadap perkembangan politik sentiasa dinanti banyak pihak. 

"Saya bercakap tidak mewakili PAS tetapi mewakili peribadi saya... 16 September akan berlaku. Tidak mungkin tarikh melompat dari 15 September kepada 17!

"Tetapi perubahan terancang tidak akan berlaku, berdasarkan dua faktor (politik dan teknikal)," kata Mustafa.

Jelas beliau, dalam keadaan Parlimen tidak bersidang tidak boleh diadakan undi tidak percaya dan kerajaan semasa tidak boleh digulingkan sekali pun bilangan wakil rakyat mungkin cukup untuk menjatuhkan kerajaan.

"Dari segi teknikal ia mungkin tidak berlaku. Saya tidak tahu siapa yang memilih tarikh 16 September," katanya.

Malah, kata beliau, dari segi politik, timbul pelbagai  spekulasi mengenai bilangan ahli Parlimen yang hendak melompat parti.

"Ada yang kata sudah ada angka 30, angka 40 dan beberapa angka lagi, yakni jumlah mereka yang akan meninggalkan BN dan akan menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya tidak yakin sebab tidak mudah bagi seorang ahli Parlimen daripada parti yang memerintah hendak menyeberang kepada parti bukan kerajaan," katanya lagi.

Tambah beliau, dalam sejarah negara ini, pernah berlaku cross over masa lalu iaitu daripada parti pembangkang kepada parti memerintah.

"Dan tidak pernah berlaku daripada parti memerintah kepada parti pembangkang. Berdasarkan proses demokrasi di Malaysia selama ini, ia tidak akan berlaku," katanya.

Mengenai tarikh 16 September, beliau berkata, "dalam konteks 16 September tidak mungkin berlaku."

"Tarikh lain kita tengok nanti. Apa yang berlaku dalam parti-parti komponen BN mempunyai dinamika tersendiri.

"Gerakan nak reviu kedudukan dalam BN. Berdasarkan pengamatan saya, Gerakan akan meninggalkan BN. Namun MCA tidak mungkin meninggalkan BN.

"MCA adalah pengasas Perikatan dahulu. Kalau kenyataan Setiausaha Agungnya boleh dipakai, MCA tidak akan meninggalkan BN. Mengenai  soal lawatan, ia merupakan satu reaksi melampau dan dan panik yang tak tentu pasal," katanya lagi.

Mengenai pendirian PAS, kata beliau, "sebenarnya saya tidak sempat kaji siapa orang dalam PAS yang ghairah dengan 16 September dan siapa yang tidak.'

Ini kerana, jelas beliau, pihaknya tidak pernah membincangkan secara serius mengenai hal berkenaan.

"Bagaimanapun, hari ini (Ahad lalu), Lim Kit Siang  ada buat kenyataan, jika orang yang hendak lompat ini ada kepentingan peribadi, beliau tidak bersetuju. Karpal Singh juga pernah buat kenyataan serupa. Dari segi ini, nampak DAP juga tidak ghairah sekiranya lompat itu didorong kepentingan diri," katanya.

Comments (8)Add Comment
...
written by chiongguo, September 11, 2008 09:24:42
Aiyah! baca baik-baik-lah. Headline different from interview. Same dirty tricks use by huge pharmaceutical companies to fool doctors. Conclusion is different from finding. Don't just read headlines.

He said it is technically impossible to change the government as the parliament is not in session. Dia hanya tembak without knowing the constitution. Agung hanya perlu di convincekan smilies/grin.gif. Tak payah parliament, tak payah adakan "no-confidence" vote.

Politically not possible because tak ada precedence. Wah-liao bila kemerdekaan malaysia, tak pernah berlaku juga tetapi ia berlaku 51 tahun dahulu.

Siapa budak PAS ini yang cakap atas nama sendiri dan bukan PAS ?

***
*** Please pardon my linguistic fusion confusion - trying out a new experiment 8-) ***
report abuse
disagree 2
agree 21
...
written by Tom n Jerry, September 11, 2008 09:38:48
Humorous english chiongguo!typical malaysian lah;you are excused,but if if you really enthusiastic to polish up on your english,I dont mind to help for free! smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by manny_california_usa, September 11, 2008 09:45:14
Ahhhhhhhhh.......Datuk Mustafa....inilah dia keistimewaan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apa Parlimen? Mana ada Parlimen kat Malaysia? Pembangkang buat usul tak boleh, pemerintah buat usul, laju aje boleh. So mana dia Parlimen? Parlimen 'jungle law' adalah.

Relak...Datuk Mustafa....kalau 916 tak boleh, 920 pun boleh lah...janji UMNO tumbang.
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by arazak, September 11, 2008 09:47:33
"Saya bercakap tidak mewakili PAS tetapi mewakili peribadi saya... !"
------------------------------------------------------------------------
This UMNO's jilted lover is talking on his personal capacity, why is Star putting the headlines as if it is PAS own statement?

I thought not only Bodohwi and Najis are getting desperate . . ., so too are the spin doctors at the MSM.. .!!!

Ha, ha, ha. . ., takut "soru" miss after 16 Sept ke?

report abuse
disagree 2
agree 18
...
written by nafis, September 11, 2008 10:44:28
don't forget, guys

those with axes to grind with PR will always get full blown exposure/interviews in msm

i totally agree with manny, "mana ada parlimen dalam malaysia ni?" "pelirmen" adalah but ball-less semua smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Yacob, September 11, 2008 12:55:08
Mustafa Ali bukanlah orang PAS yang punya taring lagi. Garhamnya pun sudah tinggal tunggul. Dia hanya perasan. Cakap pasal politik pun sudah jadi macam budak-budak sekolah. Hendak tukar kerajaan tidak semestinya kena waktu parlimen bersidang. Mungkin Mustafa Ali tersalah baca buku mazhab Hadhari kot !
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by rosso, September 11, 2008 23:41:21
Sudah lah Mustafa Ali, baik cari gua di Terengganu dan duduk bertapa cari ilham baru. Dah lah apa yang terselit dalam lubuk hati tak kesampaian ini pula nak merapu dengan politik yang ketinggalan zaman - agak nya sahabat sahabat dalam parti assabiyah tu lebeh menyenangkan hati dari perjuangan PAS. Duduk lah sikit dengan Tok Guru Nik Aziz dan belajar darinya dan hisab sendiri apa sebab nya Allah bagi kemenangan kepada PAS Terengganu hanya satu penggal dan beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Selangor, Perak dan Kedah. Kenapa Terengganu ketinggalan - sebab pemikiran macam kamu itu lah !
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by pelaut, September 13, 2008 18:34:53
Dato' Mustafa. U memang buat orang2 PAS marah. Cakap macam ejen UMNO aje. Bukan ke ada berita yg Dato' nak jelajah Markas2 PAS mempengaruhi mereka menolak PENGGABUNGAN PAS dalam PR?. Sebagai ahli PAS, saya harap Dato' dan kawan2 yg sehaluan keluar Parti dan join je UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Abolish ISA
RPK Lost Freedom
56 days 2 hours 10mins

(12Sep2008 1310 to 07Nov2008 1520)
Rent A Car Here
People's Declaration
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Sponsored Links

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

 BLOGGERS AGAINST ISA
Terenganu by-Election 2009

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM