A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Umno-BN gelisah dan panik!

Umno-BN gelisah dan panik! PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 10 September 2008 09:49

(Harakah) - Kegelisahan Umno-BN berhadapan dengan pelan 16 September yang dikelolai Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar serta Pakatan Rakyat kian memuncak.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata parti pemerintah itu terus tertekan dengan masalah dalaman apabila timbul desas-desus menyatakan bahawa sebilangan besar ahli-ahli parlimen BN dilamar menyertai Pakatan Rakyat.

"Terdapat beberapa tanda yang kita lihat menunjukkan mereka (Umno-BN) panik selepas Anwar lancarkan pelan 16 September," katanya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Ujarnya, ia begitu ketara selepas pembentangan belanjawan 2009 oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

"Mereka memberikan peruntukan sebesar RM3.3 bilion kepada Sarawak dan menyalurkan tambahan RM1 bilion kepada Sabah selain mengajak ahli-ahli parlimen yang berpotensi menyeberang," ujarnya.

Mengulas mengenai tindakan kelab Penyokong kerajaan (BN-BBC) mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan 8 September lalu bagi mempelajari teknik pertanian dalam keadaan politik negara khususnya Umno-BN bergolak.

"Mungkin hal pertanian lebih penting ketika ini," katanya dalam nada sindiran.

Comments (2)Add Comment
...
written by cubi76, September 10, 2008 11:01:33
To All Clear Minded BN Leaders

If you believe in democracy;
If you believe in better future for Malaysia and for generations to come;
If you want to make Malaysia a better place to live;

Answer to the calls of Rakyat. Leave the corrupted and racist regime.

We have much to work. We have plenty of challenges to face. We have heaps of needy Malaysians living in poverty to help.

Sedar lah...

report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by Yacob, September 12, 2008 10:19:24
UMNO bolehlah diibaratkan sebagai manusia yang hidup penuh dosa. Biasalah, manusia yang banyak dosa akan menjadi bertambah takut bila hari tuanya menjelma.

UMNO pada mulanya memang sebuah parti politik yang baik dari aspek prinsip perjuangannya. Begitu juga hala tuju para pemimpinnya. UMNO pada ketika itu nampak berdiri untuk rakyat Malaysia.

Tetapi Mahathir telah merubah segala-galanya. UMNO yang dihidupkan semula oleh Mahathir selepas terkubur pada penghujung tahun 1980an betul-betul berhantu. Semangat asal yang ditiupkan oleh Dato Onn dengan nada penuh kebaikan telah berubah rakus. Mungkin semangat hantu itu datangnya dari Mahathir sendiri.

UMNO pada era Mahathir menjadi begitu rakus kuasa. Seluruh sistem bernegara semuanya diperkosa oleh UMNO. UMNO telah menjadikan dirinya sebagai satu kuasa mutlak menentukan segala-galanya. Polis, Kehakiman, Tentera, Raja dan semua jentera negeara menjadi alat UMNO. Semuanya tunduk pada UMNO.

Disebabkan kuasa mutlak UMNO itulah, Mahathir merasakan dirinya menjadi begitu agong. Malah pernah Mahathir mengakui dirinya firaun. Itu menunjukkan betapa berkuasanya UMNO pada ketika itu.

http://terunamelayu.********.com
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM