A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Sasaran 16 Sept.: Pemimpin Pakatan Rakyat temu 3 jam di KL

Sasaran 16 Sept.: Pemimpin Pakatan Rakyat temu 3 jam di KL PDF Print
Posted by admin   
Monday, 08 September 2008 10:19

(mStar Online) - Tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.

mStar Online difahamkan pertemuan itu yang dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pulang dari Jakarta petang tadi, hanya memfokus terhadap pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

"Perbincangan pertemuan informal ini hanya memfokus satu topik iaitu menerangkan hasil perbincangan dan perundingan yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu. Kita telah berkongsi hasil perundingan dengan ahli-ahli Parlimen BN setakat ini.

"Perbincangan adalah positif dan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang," kata sumber itu kepada mStar Online sebentar tadi.

Pertemuan itu yang berlangsung lebih dua jam di kediaman Anwar di Bukit Segambt berakhir kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Kesemua pemimpin kanan komponen Pakatan Rakyat hadir kecuali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber itu juga menambah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas susulan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pagi ini (Isnin)..

Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

Terdahulu di KUALA TERENGGANU: DAP menegaskan ia tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan 'periuk nasi politik' mereka.

Katanya, jika wakil rakyat BN keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

"Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.

"Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya," kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu di sini hari ini dengan keahlian seramai 60 orang ahli.

Parti itu pernah membuka cawangannya di Kelantan pada tahun 1990, namun berkubur pada tahun 2002 ekoran kurang penerimaan daripada masyarakat setempat.

Di JAKARTA, Anwar yang Ketua Pembangkang di Parlimen, yang semalam membawa impiannya untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia pada 16 September kepada media massa di Indonesia, masih gagal menyatakan siapa atau beberapa orang anggota Parlimen Barisan Nasional akan menyeberang ke pihaknya.

"Saya hanya akan menamakan mereka pada masa yang sesuai. Ini adalah persefahaman...perjanjian dengan teman-teman (para anggota parlimen itu)," katanya.

Walaupun ketika berkali-kali ditanya oleh media massa tempatan dan asing yang meliputi pertemuannya dengan Ikatan Cendikawan Muslim Indonesia (ICMI) di sini hari ini, beliau enggan menyatakan siapa atau berapa bilangan anggota Parlimen BN yang sudah mengesahkan menyeberang ke pihaknya.

Anwar menjelaskan bahawa harapan beliau berjumpa dengan ICMI adalah kerana menganggap pertubuhan Islam di Indonesia penting baginya, seperti juga di Malaysia.

Anwar, yang tetap yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 September, mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah lagi untuk mencapai tujuan itu.

Sambil menegaskan bahawa media massa di Malaysia tidak bebas dan hanya melaporkan berita dari sudut pandangan kerajaan Barisan Nasional, Anwar berkata beliau dapat memberikan kepastian kepada media massa Indonesia dan asing bahawa 'penghijrahan wakil-wakil rakyat BN' akan terjadi 16 September ini walaupun di Malaysia dilapor tidak akan berlaku.

Mengulas lawatan yang dirancang untuk anggota-anggota Parlimen BN ke luar negera sehingga 16 September,  beliau berkata, "Saya akan tangani hal ini bila pulang ke Kuala Lumpur petang ini".

Beliau masih mendakwa mendapat maklumbalas positif daripada anggota-anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak malahan juga dari Semenanjung Malaysia.

Comments (7)Add Comment
...
written by laksa maner, September 08, 2008 10:29:17
Bukan setakat yg ada kepentingan peribadi shj tidak dibenarkan masuk PR, tetapi yang korup juga tidak dibenarkan sama sekali. Yang korup perlu dibicarakan dan harta benda mereka hasil penyalahgunaan kuasa dan rasuah hendaklah diserahkan kepada rakyat sebagai pembayar cukai.
report abuse
disagree 1
agree 44
...
written by asguard, September 08, 2008 11:08:32
Kena berubah demi kebaikan rakyat malaysia....
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by amjoem, September 08, 2008 11:15:40
Calling upon all UMNO MPs and UMNO ADUNs, remember you have just 8 more days. Don't live on your past laurels and party sentiments. At the end of the day the fact still remains that Malaysia is multi-racial and multi-religious. What are the UMNO Terengganu, UMNO Negri and UMNO Selangor waiting for? "The early bird catches the worm" Do you want to get into the queue after UMNO Sabah. Now is the time to use the head. I was told of roadside stall roumours that 5 umno MPs are ready to cross. Eventhough I do not want to beleive it especially because it is a rumour, yet in Malaysia there is no smoke without fire. Umno Pen. should not be in queue behind Umno Sabah.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by miwaki, September 08, 2008 11:19:26
Bagi saya,korup atau tidak tak lah mustahak bagi MPs dari BN sebab dalam sistem korup yang ada sekarang,mana ada MP atau menteri yang tak korup ? Jika ada pun kerana mereka tidak mempunyai peluang-lah.

Yang mustahak adalah pentadbiran baru mesti mempunyai orang orang yang bersih dan mempunyai integriti dan cekap dalam pentadbiran negara.Kalau PM dan menteri baru tak korup,orang di bawahnya tak kan berani korup ? Sistem pentadbiran ada lah mustahak,jangan beri peluang langsung untuk kaki tangan kerajaan dan menteri membuat sesuatu untuk menipu rakyat,jika tak ada idea,hntar menteri dan menteri ke s'pore ( Study tour ),MM LKY boleh ajar sikit !
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by ibabonma, September 08, 2008 11:25:58
Selepas ini orang Melayu akan Merdeka! ..... merdeka dari belenggu kekejaman UMNO, yang membantutkan minda orang Melayu demi untuk mengekalkan undi Melayu. Orang Melayu menjadi lembab dan bodoh dibawah pemerintahan UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by samesamemam, September 08, 2008 15:06:45
yall keep meeting lah...tell us some news when yall finally finish with these meetings...we waiting lah...
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by JohnQ, September 08, 2008 17:11:34
The Return of the KINGs "Rakyat Jelata"
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM