|
Abdul Samad Ismail 1925-2008 |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Friday, 05 September 2008 10:32 |
|
DALAM rangka penyelidik dan membuat memperakukan mencalonkan Abdul Samad bin Ismail untuk Anugerah Magsaysay pada tauhn 1993/94 saya merujuk kepada buku The Voices of Asia karangan James A Michener.
Dalam buku yang dicetak oleh Random House pada tahun 1951 itu, Abdul Samad adalah antara suara Asia baru yang diketengahkan oleh Michener.
Michener (1907-1997) adalah penulis terkemuka Amerika yang menghasilkan karya seperti Tales of the South Pacific, Return to Paradise dan Centennial menemui Abdul Samad di Singapura.
Dalam cacatannya, Michener berkata berapa hari selepas pertemuan itu dia mendapat berita bahawa wartawan muda Melayu itu ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah Inggeris.
Abdul Samad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad menerima Anugerah Magsaysay pada tahun 1994.
Lama sebelum namanya menjadi sebutan harian di Malaysia, Singapura dan Indonesia dia sudah dikenal pasti oleh Michener sebagai suara Asia baru dan oleh penjajah Inggeris sebagai nasionalis Asia yang berbahaya. READ MORE HERE: http://www.kadirjasin.blogspot.com/
|
May his soul rest in peace!