A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow Jangan jadikan agama sebagai pelindung

Jangan jadikan agama sebagai pelindung PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 04 September 2008 15:18

Image

Lihat apa yang terjadi kepada laman Malaysia-Today. Ini sebuah laman yang amat popular di Malaysia. Kerajaan telah mengarahkan pihak berwajib menutup laman ini. Alasan yang di berikan ialah laman ini ‘menghina Islam dan Nabi Muhamad’.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Nampaknya benteng akhir sesudah Ketuanan Melayu runtuh rantah ialah agama. Islam kini telah mula dijadikan alat pelindung. Dari hari ke hari semakin jelas jubah Ketuanan Melayu sedang di corak untuk diIslamkan.

Seorang peguam yang tindakan dan tingkah lakunya bukan saja kurang sopan – menggangu forum sivil -  malah lebih mendekati bentuk samseng telah berkata, ‘Saya orang Islam dahulu dan kemudian baru seorang peguam’. Inilah apa yang saya maksudkan membuat jahat tetapi berselindung di belakang tabir agama.

Ada dua perkara yang sering berlaku dalam situasi sebagini: Pertama: jika ada penganut Islam yang cuba mengeluarkan pandangan yang berbeza maka akan sampailah ‘scud missile’ yang menuduh si Penganut ini kurang ariff dalam agama. Atau tidak bertauliah untuk bercakap dalam hal agama. Atau tidak tahu bahasa Arab.

Orang yang menuduh ini lupa bahawa setiap detik dan setiap saat si Penganut ini berkomunikasi dengan Yang Maha Esa dalam apa sahaja bahasa. Scud missile ini dihadapkan dengan harapan si Penganut ini akan merasa terancam dan tidak lagi berani bersuara.

Mematikan perbincangan pastilah bukan ajaran mana-mana agama.

Kedua:   satu ketika dahulu  sesiapa yang cuba mengeluarkan pandangan, membuat laporan rasuah, atau penyalah gunaan kuasa yang dianggap ‘anti-Melayu’. Hari ini tema ‘anti-Melayu’ telah di kapankan. Yang bangun dari kubur ‘masih lagi tema anti-Melayu’  tetapi memakai topeng Islam.

Lihat apa yang terjadi kepada laman Malaysia-Today. Ini sebuah laman yang amat popular di Malaysia. Kerajaan telah mengarahkan pihak berwajib menutup laman ini. Alasan yang di berikan ialah laman ini ‘menghina Islam dan Nabi Muhamad’.

Gerombolan United Malays National Organisation tahu  dengan menggunakan topeng agama ini penganut Isaam dalam negara ini akan marah. Kemarahan warga ini diharap-harapkan akan ditujukan kepada Malaysia-Today.

Laman web Malaysia-Today tidak menghina agama atau Nabi  tetapi membocorkan kepada warga Malaysia tentang segala kerenah dan salah kuasa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang di kepalai oleh United Malays national Organisation.

Laman ini terus memaparkan ‘cerita-cerita dalam’ yang tidak ada sangkut paut dengan agama. Malaysia-Today telah melaporkan berita tentang pembunuhan Altantuya, peranan Najib dan Rosmah dalam kes Mongolia,  berita rasuah Johari Baharum, peranan samseng China dan berpuluh-puluh berita yang tidak akan dilaporkan oleh media pro- Barisan Nasional.

Islam dan Nabi Muhamad telah digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar  tidak lagi mempercayai laporan berita Malaysia-Today. Jika warga naik marah diharapkan pengendali laman ini akan ‘diserang’.

Justeru, ini adalah contoh terbaik bagaimana segala kejahatan dan kemungkaran cuba ‘disucikan’ dengan menggunakan agama.

Akhir-akhir ini – sumpah dengan cara Islam - telah dilihat umum sebagai satu alat  politik.  Penganut yang bukan Islam pastilah hairan melihat ‘cara perundangan Islam’. Malah bukan sahaja mereka hairan tetapi melihat  ‘ perundangan Islam’ ini sebagai  ‘pembicaraan salah/benar’  yang tidak masuk akal.

Kalau dikaji maka akan kita temui bahawa semua ini adalah tanda-tanda perubahan Ketuanan Melayu  yang di war warkan oleh Gerombolan United Malays National Organisation sedang beralih warna untuk dijadikan Ketuanan Islam.

Mungkin dalam masa yang tidak lama maka akan timbul hegemoni Islam dimana apa sahaja yang di anggap musuh  politik gerombolan United Malays National Organisation akan dianggap  sebagai musuh Islam.

Islam kini bukan lagi sebagai satu ajaran agama tetapi telah di Melayukan dalam konteks Ketuanan Melayu.  Islam dalam konteks Melayu cukup kolot. Ini kerana selama 50 tahun fikrah umat Melayu telah dibonsaikan oleh gerombolan United Malays National Organisation.

Umat Melayu telah diperbodoh-bodohkan sehingga ramai diantara mereka tidak lagi memiliki kudrat dan iradat untuk menggunakan akal fikiran. Otak yang bonsai lagi beku ini hanya sanggup menerima apa sahaja tanpa dilihat secara kritikal.

Bonsai akal dan fikiran ini telah merebak bagitu meluas sekali. Hari ini  ada yang mengakui diri  sebagai  ‘alim ulamak’ yang telah meMelayukan Islam berpendapat bahawa agama tidak boleh dikaji dengan pengunaan akal.  Lihatlah betapa merosotnya pandangan Islam yang telah di Melayukan.

Mereka ini sengaja melupakan betapa pentingnya ilmu pengetahun yang berasaskan akal fikrah dalam Islam. Tanpa akal fikrah tidak mungkin manusia wujud seperti manusia wujud di hari ini.

Kenapa semua ini berlaku?

Asas semua ini ialah perebutan kuasa politik. Gerombolan United Malays National Organisation selama 50 tahun ini telah memonopoli kuasa politik yang memungkinkan mereka melakukan apa sahaja atas nama Ketuanan Melayu. Kini konsep ‘Ketuanan Melayu ‘ telah dibakul sampahkan oleh umat Melayu sendiri.

Penolakan umat Melayu terhadap Ketuanan Melayu ini amat mengerunkan gerombolan United Malays National Organisation. Maka untuk meneruskan hegemoni kuasa mereka tidak dapat tidak mereka pasti akan bertukar jubah – Jubah Hijau.

Dalam masa yang terdekat pasti akan muncul banyak lagi kes, cerita dan berita dimana agama akan di jadikan benteng dan topeng.  Peguam yang berkata ‘ saya orang Islam dahulu sebelum seorang pegum’  - hanyalah kata-kata pembuka tirai.

Yang akan datang nanti adalah kehodohan Islam yang telah di Melayukan. Yang lebih hodoh nanti ialah Ketuanan Melayu yang bertopengkan Islam

Comments (21)Add Comment
...
written by Rundukon, September 04, 2008 15:25:31
Satu soalan: Siapakah yang paling arif mengenai Ugama Islam? Arab Saudi 'menganut' Wahabbi, Malaysia menganut Sunnah dan ada pula menganut Hadhari, Iran menganut Syiah, dan berbagai Mazhab lagi. Pengikut Mazhab ini kata Mazhab itu salah! Mana satu yang benar2 mengikut ajaran Islam/Nabi Muhammad?

report abuse
disagree 14
agree 90
...
written by cheekhiaw, September 04, 2008 15:26:14
Had harikanlah Islam jenis UMNO itu...

xxx
report abuse
disagree 2
agree 28
...
written by Kerajaan Rakyat, September 04, 2008 15:47:53
United Malays National Organisation akan menggunakan apa saja demi mengejar dan mempertahankan agenda politik rakus mereka.

Mudah cerita United Malays National Organisation ini adalah lebih hantu dari hantu, lebih setan dari setan.
report abuse
disagree 4
agree 42
...
written by SamSan, September 04, 2008 15:54:20
Hishamuddin Rais, just like Dr. Azly, Dr. Bakri Musa and other distinguished malays are not welcome into UMNO because they can unshackle the control mindset orchestrated by the corrupt UMNO leaders. If you want to know how UMNO controls the mindset of Malaysian and rural malays in particular, please ***** on to the web site below: http://www.youtube.com/watch?v...re=related
report abuse
disagree 3
agree 23
...
written by LabRat, September 04, 2008 16:09:14
Apa yang menakutkan, gerombolan United Malays National Organisation ini cuba menggunakan isu agama untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan mewujudkan satu bentuk perselisihan baru ala perselisihan kaum 1969. Insya-Allah usaha busuk ini akan gagal..... dan berkuburlah sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi.
report abuse
disagree 1
agree 34
...
written by teo siew chin, September 04, 2008 16:48:48
Sesiapa yang berpegang pada amar maaruf, nahi munkar dan mengikut ajaran Islam sebenarnya perlu dihormati dan disanjungi.
report abuse
disagree 1
agree 41
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by ahmadneil, September 04, 2008 17:15:10
umno is on ventilator machine now.All we have to do is switch it off at anytime.
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by OMARZ, September 04, 2008 18:42:53
Inilah masalahnaya bila UMNO telah di Islamkan.....dan Islam itu mesti UMNO....bila orang tak nak UMNO maka automatik dianggap bukan Islam dan telah murtad dari Islam....propaganda inilah yang telah mencengkam pemikiran orang MELAYU sehingga jahil menilai perbezaan propaganda politik dan ajaran Islam....
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by aplus, September 04, 2008 19:03:30
Mula-mula penganut-penganut Islam dicerca kerana tidak berupaya hidup sebagai orang Muslim. Lama-lama orang lain anggap agama Islam itu mestilah seperti perangai penganut-penganutnya. Nak salahkan mereka?

Saya dah naik muak tengok institusi agama Islam yang ada di negara kita ini. Saya dah naik jelek melihat Islam diperkotakatikan oleh pemeimpin-pemimpin politik Melayu/Islam kita. Saya dah naik meluat melihat yang berjubah pun dengan tidak sedar diri sanggup melacur Islam demi kepentingan peribadi masing-masing.

30 tahun lagi masih wujud lagikah Islam di negara kita ini? Atau Islam yang ada sekarang pada kita ini sekarang pun entah apa-apa, jadi buat apa nak cerita fasal Islam 30 tahun kemudian? Nak salahkan siapa? Terimalah balasannya di dunia, belum lagi kita bercerita mengenai balasannya di akhirat nanti.
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by YSL, September 04, 2008 20:06:12
Brother Hishamuddin Rais,
you are damned right that some *******s from BN/UMNO are just the enemies of Islam!!

It is really that simple!!!
report abuse
disagree 2
agree 15
...
written by Alice, September 04, 2008 20:34:56
Islam kini bukan lagi sebagai satu ajaran agama tetapi telah di Melayukan dalam konteks Ketuanan Melayu. Islam dalam konteks Melayu cukup kolot. Ini kerana selama 50 tahun fikrah umat Melayu telah dibonsaikan oleh gerombolan United Malays National Organisation

dibonsaikan so funny

Its people like Hisamuddin, Raja Petra Kamaruddin , Dr Azly who can help save Islam . They fight for the truth and I like the brand of Islam portrayed by these wise men.It' s attractive
report abuse
disagree 3
agree 25
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Rock, September 05, 2008 09:55:21
If we really Muslim, really a believer, we shouldnt be worry and sad. It's sunnatullah, having tribulants and 'fitnah' in Islam. At the ends, Islam will outshines all these 'kebatilan'. So my fellow muslims, dont worry, just be a good and obedience AbdilLah (Slave of Allah)
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by born2reign, September 05, 2008 17:22:27
I'm glad and hope that majority of Muslims in Malaysia are peace loving and hate racial politics. Why can't today be like my school days 30 years ago where we play together, Malay, Indian and Chinese, and Portugese? Is that innocence long gone today, that our children are taught to hate and not love?

If that is Islam culture, to hate and rebuke love, then God have mercy upon Malaysia. May Malaysians never be like the Talibans, if God send the Talibans to heaven, then heaven must be a terrible place to spend an eternity in.

Bring back the Malaysia with Malaysians, with the Malaysian English lar, where baba nyonya is our culture, where Chinese and Bahasa are mixed, where the Chinese flock mamak stalls for their teh tarik...
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by Siapabohong, September 08, 2008 15:38:33
Saya sedih mengenangkan kenapa agama Islam yang dikatakan begitu suci dan adil tidak mendapat tempat di kalangan yang bukan-Islam dan mereka bukannya tak tahu langsung tentang konsep-konsep Islam, cuma suasana seperti yang dikatakan oleh Sdra Hisham yang menyebabkan mereka tidak boleh bersuara mengenai Islam, jadi terpaksa jadi macam si bodoh yang tak mahu tahu langsung tentng Islam. Malah ramai yang ingin memeluk Islam tetapi sekali lagi sentimen dalam Malaysia yang menghambat mereka dari berbuat demikian. Saya percaya ramai dari mereka ini mengamalkan asas ajaran Islam yang bercirikan sejagat. Kanapakah orang bukan-Melayu begitu mudah menerima agama Kristian bukannya Islam. Islam di Malaysia adalah Islam Melayu atau Islam UMNO bukannya Islam yang menggalakkan orang lain untuk memahaminya apalagi memeluknya. Pastinya ini tidak memenuhi tuntutan ajaran Islam yang mahu ianya disebarkan kepada semua umat manusia. Di Malaysia, perkara ini tidak berlaku sebalik menghambatnya. Pihak berkuasa yang menggubal dan mendefinisikan Islam di Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menjawab apabila mati kelak kerana dasar yang diamalkan tidak menggalakkan perkembangan agama Islam yang sebenarnya kepada semua umat manusia sebaliknya memberikan gambaran yang negatif terhadap kesucian dan keadilan dalam Islam yang menyebabkan orang lain terutama yang bukan-Islam daripada mendekatinya. Islam di Malaysia adalah kepunyaan orang Melayu dan UMNO sahaja, maka orang lain walaupun mengetahui tentang Islam tetapi tidak berhak memperkatakan sebarang perkara mengenainya, jika bercakap juga, nescaya akan dikenakan tindakan atau berlaku ‘histeria’ dikalangan mereka yang melihat Islam hak mutlak mereka. Bagaimanakah syiar Islam ingin dikembangkan dengan mentaliti dan dasar-dasar yang menghambat perkembangannya. Yang pastinya, pihak yang berkuasa kena menjawab soalan ini semasa dikubur nanti sebagaimana yang dinyatakan dalam ajaran Islam itu sendiri. Kepada yang bukan-Islam, diterimakah jawapan mereka semasa dikubur nanti apabila mereka menjawab “saya bukan tidak mahu memeluk Islam tetapi dasar-dasar pihak berkuasa memerintah semasa saya hidup dahulu tidak menggalakkan saya mengistiharkan diri saya sebagai Islam kerana saya bukan-Melayu dan bukan-UMNO maka Islam tidak boleh menjadi fahaman saya. Perlembagaan negara saya juga mendifinisikan saya sebagai bukan Islam kerana saya bukan-Melayu dan tidak mengamalkan budaya Melayu dan bukan ahli UMNO. Menurut pihak yang berkuasa itu, Islam = Melayu, Melayu = Islam, UMNO = Islam, Islam = UMNO” Jadi tak hairanlah kenapa ramai mualaf Islam, termasuklah mamak, berperangai ‘lebih Melayu dari Melayu’.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by CikChani, September 09, 2008 13:43:40
Dear Rundukon,

kalau ada masa dengar2lah ustaz2 mengajar kat surau atau masjid. Malulah kita kalau tak tau hal2 tentang mazhab nie. Mazhab itu membicarakan hal2 masallah CABANG sahaja.Jadi umat islam berbeza pandangan dalam masalah cabang sahaja bukan POKOK. POKOK itu akidah, semua mazhab memperakui akidah yang satu.

di Malaysia, bank islam pakai syafie punya banking system ke...jawabnya tidak. Kita pakai model mazhab lain. So what's wrong with it, memilih cabang yang paling practical untuk malaysian application...ini hal cabang, bukan pokok! no problem.

Jadi tak ada hal dengan mazhab ni.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by sairam, September 10, 2008 14:40:10
Saudara HR,
I am not a muslim,however I do read a lot about Islam to understand more about the religion.From my little reading, I do find that Islam is a fantastic religion.No doubt about it.But sad to say,in Malaysia a lot of things which has been said is not practiced.

For example:-
According to the SUNNAH or the Prophet's saying "God does not judge you according to your APPEARANCE and your WEALTH but looks at your HEARTS and looks into your DEEDS.
Is it being practiced in our country? leave alone the non-muslims,even amoung the muslims,there is classification.Is it not true?

There was an incident,a man was walking along and felt thirsty.When he reached a well,he decended into the well and drank until his thirst was quenched.When he came up,he saw a dog with its tounge hanging out,trying to lick up mud to quench its thirst.Seeing this made him think that the dog will feel the same thirst.So he got into the well and filled his shoe with water gave the dog a drink. God thanked him and forgave his sins.The followers asked the Prophet,does god reward us for kindness towards animals? The Prophet answered in a most sublime manner"There is a reward for kindness to every living animal or human". How merciful is god to all creations.

Now,why in the world in our country,dogs are treated as enemy of Islam.The MPSA does not want to issue permits to own dogs. Have to seek permission from neighbours ect,ect.I have seen on TV,the President of Pakistan,Mussharaf carrying his pet dog in his arm.Are we going to call him a bad muslim?

Well, these are some of the examples of contradictions in our country.As rightfully said by Saudara HR,in Malaysia they have coveniently "Memelayukan(UMNO)" Islam.The practice of Islam here potrays it as a violent and compulsive religion which actually turns off non-muslims from even wanting to know more about the beautiful religion of Islam. I am continuing to read as much as I can about Islam so that I can understand it more and hopefully try to educate my non-muslim friends that true Islam is a rightous way of life just like all other religion.It is the wrong practice by the practicioners that makes the beautiful religion look ugly.

Peace be upon all of us.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by hakuna, September 12, 2008 00:54:33
Hi Sham - a well written article.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by BUTEK, September 12, 2008 23:34:46
Pemimpin UMNO anjing penjajah kristian dulu, kini dan selamanya.... smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Bluechip, September 16, 2008 22:58:47
Kerajaan PM Abdullah gagal memahami antara menghina Islam dan menghina orang/penganut Islam yang korup. Kedua-duanya dianggap sama dan serupa.

http://bluechip-arena.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM