A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Antara Kita arrow 16 September penantian penuh debaran

16 September penantian penuh debaran PDF Print E-mail
Posted by admin   
Thursday, 04 September 2008 15:14

Image

Walaupun pihak parti kerajaan menganggap sasaran itu sebagai gimik politik yang tidak berasas dan mencemuhkannya dengan berbagai senda dan analogi namun dalam masa sama mereka juga cemas dan turut sama memperkatakannya.

ANTARA KITA

Oleh MOHD SAYUTI OMAR

SEBENARNYA tarikh 16 September bukan satu tarikh baru yang perlu dikenang. Ia telah menjadi sebutan sejak 45 tahun lalu. Tarikh itu antara tarikh keramat bagi rakyat negara ini. Hari itulah penubuhan Malaysia dimana Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan Malaysia.

Namun tarikh itu menjadi popular dan sebutan umum apabila Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan pada tarikh itu nanti kerajaan Barisan Nasional akan tumbang dan sebuah kerajaan baru – Malaysia Baru akan dibentuk menerusi Pakatan Rakyat.

Sejak itu, 16 September menjadi sebuatan dan dinanti-nantikan. Rakyat yang mempercayai dengan kebolehan dan sihir politik yang ada kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yakin pada tarikh itu kerajaan Malaysia akan berubah. Akan berakhirnya kerajaan BN/Perikatan yang menguasai negara ini selama lebih setengah abad lalu.

Tanpa mengira bagaimanakah proses peralihan kuasa itu ia disokong dan menjadi satu harapan semua orang khasnya generasi baru dan pengundi yang memilih parti-parti Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu. Semua orang terbangkit dari satu impian baru tentang apa yang diura-uarkan itu.

Walaupun pihak parti kerajaan menganggap sasaran itu sebagai gimik politik yang tidak berasas dan mencemuhkannya dengan berbagai senda dan analogi namun dalam masa sama mereka juga cemas dan turut sama memperkatakannya. Ini jelas apabila Perana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba-tiba telah melaburkan berbagai insentif baru serta projek tambahan kepada Sabah dan Sawarak.

Tindakan Abdullah itu dilihat sebagai benteng mempertahkan agar tidak berlaku penghirjrahan ramai-ramai ahli Parlimen Sabah ke dalam Pakatan Rakyat seperti mana didesas-desuskan. Anwar mendendangkan seramai 30 ahli Parlimen akan menyeberangi memihak kepadanya. Tindakan itu menunjukkan Presiden Umno dan Pengerusi BN itu juga termakan dengan desas desus berkenaan.

Di Sabah kerajaan Persekutuan telah memberi 13 bentuk insentif baru selepas pilihan raya lalu khasnya selepas timbul desas desus ahli Parelimen negeri itu akan bersama Anwar. Ia juga dilihat sebagai usaha mengambuskan tawaran menarik Anwar kepada rakyat Sabah. Anwar dalam mengampungkan saham politiknya untuk menjadi Perdana Menteri telah menawarkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak lebih menarik. Beliau menaikan 10 peratus lagi menjadikan 15 peratus berbanding dengan  royalti sedia ada hanya 5 peratus.

Tindakan dan angan-angan Anwar itu nampak serius dan realistik lagi apabila beliau dilihat sebagai terdesak untuk berada segera di Parlimen bagi membolehkan mengetuai kerajaan baru itu.

Kerana itu pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh oleh isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 31 Julai dilihat tergesa-gesa kerana mengejar tarikh itu dan sekaligus  menampakkan keseriusan Anwar untuk mengambil alih kerajaan. Dengan tindakan Azizah itu menyebabkan para penyokongnya yakin ianya bukan sebagai gimik politik murahan tetapi sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

Keyakinan ini juga ditambahi lagi dengan rekod kehebatan Anwar dalam politik. Beliau mampu mengubah suasana dan membentuk satu suasana baru dalam arena politik tanahair. Kejayaan demi kejayaanya meraih kedudukan dan terus menjadi fokus umum walaupun berada di penjara adalah antara kehebatan yang ada kepada Awnar dan menyebabkan beliau dianggap sebagai luar biasa.

Kemenangan beliau dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, 26 Ogos lalu dengan majoriti besar 15,671 satu lagi bukti bahawa bekas Menteri Kewangan itu mampu melakukan apa saja. Anwar berjaya meraihkan apa yang diingininya tanpa keraguan.

Kejayaan itu menyebabkan rakyat semakin tidak sabar menanti detik keramat 16 September. Dalam hal ini apa yang diletakkan rakyat adakalanya lebih besar daripada apa yang diimpikan Anwar di sebalik tarikh itu. Dan adakalanya rakyat semacam sudah dihasut oleh satu keinginan yang ebgitu tinggi.

Kemampuan Anwar memenangi pilihan raya itu dan meraih undi besar juga dilihat sedikit sebanyak kerana desas desus berkenaan. Rakyat yang kagum dan terpesona dengan Anwar dan meletakkan itu memberi undi kepadanya.

Satu segi gegeran yang dibuat Anwar itu telah memberi keuntungan dan membawa tuah kepadanya.

Kemasukan ke Parlimen dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 27 Ogos lalu dilihat sebagai beliau makin menghampiri mengapai apa yang dicanangkan itu. Kehadiran beliau itu yang mendapat tepukan dan menjadi tumpuan benar-benar mengejutkan orang ramai. Kehadiran beliau itu juga membentuk suasana baru dan membentuk fikiran rakyat agar lebih komited lagi dengan tarikh 16 September.

Persoalannya apakah peristiwa penting pada tarikh 16 September itu akan menajdi kenyataan; beliau akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6? Dalam tempoh tidak sampai 15 hari lagi akan tiba tarikh itu orang ramai terus diulik pertanyaan dan penuh suspen.

Mungkin Anwar dan orang terdekatnya – kumpulan G9 telah mengetahui apa yang berlaku pada tarikh tersebut. Beliau sudah membuat persiapan rapi untuk berhadapan dengan kenyataan yang bakal berlaku kelak. Namun bagaimana dengan  mereka yang berada dalam luar mindanya?

Hari ini harapan orang ramai khas penyokong Pakatan Rakyat begitu besar sekali pada tarikh berkenaan. Rata-rata kini mereka sudah mula menghitung perubahan besar akan berlaku dengan berbagai agenda di ketengahkan sebaik negara ini diterajui oleh Pakatan Rakyat. Apakah akan jadi sekrianya pada tarikh berkenaan tidak berlaku sesuatu yang diharapkan itu?

Mengenai hal ini rakyat seharusnya perlu mengosongkan sedikit ruang fikir dalam minda masing-masing. Rakyat juga harus bersedia dan beranggapan ia mungkin tidak akan berlaku seperti mana dirancangkan itu. Sekrianya 16 September tidak membuahkan apa-apa hendaknya rakyat tidak akan jadi begitu kecewa sangat.
Dalam menanti 16 September ini rakyat perlu bersikap terbuka dan memahami sedalam-dalamnya tindak tanduk dan strategi politik.

Dalam menanti perubahan yang bakal berlaku itu elok kalau orang ramai berfikiran terbuka dan bebas dan tidak mengikatkan hati mereka dengan tarikh berkenaan. Untuk tidak terlalu kecewa sekiranya 16 September tidak bisa menumbangkan kerajaan BN, mulai saat ini orang ramai perlu mengubahkan persepsi 16 September bukannya hari kejatuhan atau tumbangkangnya kerajaan BN tetapi sebagaiu detik permulaan yang realistik ke arah kejatuhan kerajaan BN dalam tempoh beberapa tahun ini.

Comments (11)Add Comment
...
written by allangan2006, September 04, 2008 15:34:23
Laluan ber-liku dan ber-ranjau untuk Anwar Ibrahim bakal berakhir pada 16 Sept 2008. Kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Rakyat mula sedar setelah sekian lama ditipu bulat-bulat. Hidup Anwar!
report abuse
disagree 6
agree 44
...
written by allangan2006, September 04, 2008 15:38:03
The 16th September 2008 is a much awaited moment for Malaysians. It will certainly be realised, thanks to Anwar Ibrahim concerted efforts and the change in Rakyat's attitude towards a new Malaysia.
report abuse
disagree 5
agree 31
...
written by Kerajaan Rakyat, September 04, 2008 15:39:36
Manusia yang paling celaru dan berada dalam kebimbangan tahap maksima sekarang ini pastinya bekas Perdana Menteri Malaysia yang gagah suatu ketika dulu.
report abuse
disagree 4
agree 14
...
written by manny_california_usa, September 04, 2008 15:57:56
DEBARAN untuk RAKYAT
GETARAN untuk UMNO
PAKATAN untuk MALAYSIA
report abuse
disagree 4
agree 19
...
written by dinsmann, September 04, 2008 16:20:07
916 adalah satu sasaran. Terlepas sedikit ke hadapan tidak mengapa. DSAI telah melakukan perhitungan yang terbaiknya Kita sama-samalah berdoa agar ianya menjadi kenyataan.

Apa yang penting ialah kerajaan BN mesti diganti segera untuk membuang segala kekalutan dan menaikkan semula nama Malaysia. Kita mahukan Malaysia dinamis semula dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

Hidup PR dan ketuanan rakyat!
report abuse
disagree 4
agree 32
...
written by LabRat, September 04, 2008 16:25:43
Kita sepatutnya menganggap detik 16 September 2008 sebagai permulaan baru, samaada kerajaan baru rakyat akan dibentuk atau tidak, janganlah dipersoalkan dulu. Sekiranya pembentukan kerajaan baru berlaku pada tarikh tersebut, kita sebagai rakyat seharusnya bersyukur. Andai kata belum terbuka hati bilangan yang cukup YB dari BN, kita anggap sahaja tarikh tersebut sebagai titik permulaan perjuangan sebenar rakyat, dengan menjanjikan kita akan melakukan apa yang perlu dan mampu untuk membantu menggulingkan kerajaan yang sudah sakit tenat sekarang.....
Hidup Ketuanan Rakyat! Makkal Sakthi! Hidup Bangsa Malaysia!
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by ahmadneil, September 04, 2008 17:17:40
4 MPs from PRS,2 MPs from SPDP,3 from SUPP have already sign their pledge to join PR on 12th sept.
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by ahmadneil, September 04, 2008 17:30:09
White hair of sarawak is contemplating to join PR. He is watching the situation closely with interest.Only he has the power to say 'JUMP',and all will follow.
report abuse
disagree 2
agree 14
...
written by YMA_kuantan, September 04, 2008 17:51:19
Jangan terkejut jika ramai Ahli Parlimen BN dari Semenanjung yang sebenarnya akan menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini tumpuan diberi kepada Sabah dan Sarawak sahaja. Manalah laun kot kot Muhyidin Yasin akan mengepalai rombongan hijrah dari BN.
report abuse
disagree 4
agree 13
...
written by ibabonma, September 04, 2008 20:45:33
Beri laluan, beri laluan, Anwar mahu lalu!
report abuse
disagree 4
agree 16
...
written by SoloMan, September 06, 2008 18:53:57
It is important that the formation of the new government takes place on 16th September 2008 as has been indicated by DSAI. Azmin Ali too has predicted that we are on schedule. We must stand by this. We must believe this. We must pray for this. Ini lah hari yang paling penting dalam sejarah tanahair kita. In lah hari lahirnya Bangsa Malaysia.
report abuse
disagree 1
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Abolish ISA
RPK Lost Freedom
56 days 2 hours 10mins

(12Sep2008 1310 to 07Nov2008 1520)
Rent A Car Here
People's Declaration
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Sponsored Links

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

 BLOGGERS AGAINST ISA
Terenganu by-Election 2009

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM