A+ | A- | Reset
Home

Anwar sibuk buru Ahli Parlimen lompat parti minggu depan PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 31 August 2008 11:16

(mStar Online) - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

mStar Online difahamkan kelmarin beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching esok.

Bagaimanapun Anwar masih meneliti perkara itu kerana mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

"Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.

"Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi," katanya.

Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.

Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.

"Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat)," kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

Comments (10)Add Comment
...
written by thum, August 31, 2008 11:36:44
wouldn't it be great if the rebel BN states of Terenganu and Perlis also change stripes to PR stripes. hahaha.
smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by Tom n Jerry, August 31, 2008 13:14:25
Insyah Allah semoga impian anda lancar DSAI,Alhamdulilah! smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 21
...
written by nangkarajah, August 31, 2008 13:46:47
In fact after the last Malaysian general election of March 8, it was clear that the Coalition in power (Barisan Nasional which is actually UMNO-led) had already lost it's UNCHALLENGEABLE supreme dictatorial power which it had enjoyed for the last 50 years after independence in 1957. In an surprising turn of events, the ruling coalition's elected parliamentarians FROM MAINLAND WEST MALAYSIA were exactly AT PAR in numbers with those in the Opposition. What kept the ruling coalition alive was support from EAST MALAYSIA's States of Sabah and Sarawak's TWO billionaire-warlords and their combined richly-rewarded and thus intensely-loyal 50 Members of Parliamentarians. These East Malaysian politicians after realizing that they now hold the balance of power (which hitherto had been in the hands of the overwhelming majority West Malaysians) now want to hold the PM's government in KL at ransom and to dictate to it according to their warlord-billionaire leaders' whim and fancy. For starters, they demanded disproportionately large and excessive government funds. ANWAR IBRAHIM's landslide victory and entry into politics today after 10 years' absence is perhaps the WEST Malaysian citizens way of saying to the East Malaysians "ENOUGH IS ENOUGH. Now we want our birthright (to have a controlling say in Malaysia) back".
report abuse
disagree 3
agree 9
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by hanisma, August 31, 2008 16:09:38
Errata : If money and wealth are their priorities, ....
report abuse
disagree 3
agree 2
...
written by OMARZ, August 31, 2008 21:47:13
Kepada YB-YB SABAH....yang selama ini telah tertindas dengan penyelewangan kepimpinan UMNO pusat dan juga penyelewangan kepimpinan UMNO SABAH yang dimonopoli oleh MUSA AMAN.....ayuhlah berganding tangan mengubah senario politik yang dikuasai oleh kepimpinan UMNO/MELAYU yang selama ini berat sebelah,penuh dengan sifat perjuangan perkauman, penuh dengan sifat tamak, penuh dengan sifat KEMELAYUAN mereka yang membunuh bangsa lain....wahai pemimpin BUMIPUTERA SABAH berilah peluang kepada generasi muda yang perlu pembelaan.....ayuhlah bertukar haluan memilih Pakatan Rakyat....ayuhlah buat perubahan...demi satu bangsa yang hanya dikenali BANGSA MALAYSIA
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Badrol, August 31, 2008 22:47:13
Nangkarajah,

Shaddup lah you. Just be quiet and wait for September 16 to happen which I sure it will. You're right that these MPs are super rich but they are not going to jump ship because of money but for a better and vibrant Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by tryme, September 01, 2008 02:18:00
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by CPY, September 01, 2008 08:38:35
Cepatlah sikit. Cakap bila buat kerajaan, naik gaji bagi MP semua, barulah tiada alasan nak makan suap!
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM