A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow BN makin merosot, Dr. Mahathir terus kecam Abdullah

BN makin merosot, Dr. Mahathir terus kecam Abdullah PDF Print E-mail
Posted by Super Admin   
Thursday, 28 August 2008 09:44

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan LEE YAN XIU, mStar Online

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah mesej daripada para pengundi kawasan itu bahawa sokongan kepada Umno dan BN tidak pulih malah terus merosot sejak pilihan raya umum yang lalu.

Katanya pengundi Permatang Pauh sama ada Melayu mahupun bukan Melayu berada dalam dilema kerana ramai pengundi tidak mahu memberi undi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun mereka juga tidak ingin mengundi BN.

"Calon BN baik, tetapi kalau beliau menang maka Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada BN iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa BN telah dipulihkan dibawah kepimpinannya," katanya melalui blog chedet.com.

Ujar beliau, hakikatnya pengundi Permatang Pauh tidak mengundi untuk Anwar ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mereka mengundi untuk mengalahkan Umno dan BN.

Semalam, PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil di kawasan itu.
  
Pertandingan tiga penjuru di Permatang Pauh menyaksikan Anwar memperolehi 31,195 undi sementara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.

"Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong BN telah undi PKR supaya Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi," katanya.

Dr. Mahathir beranggapan sesuatu yang 'tidak kena' dengan kekalahan BN sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak kepada bekas timbalannya itu.

"Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan BN? Mungkin inilah mesej yang ingin dihantar oleh pengundi bahawa rakyat menolak kepimpinan Abdullah.

"Namun mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar dan tidak ada mata untuk melihat," katanya.

Menurutnya lagi, untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang.

Oleh yang demikian akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin Umno berusaha untuk menarik balik penyokong Umno dan BN.

Tambah beliau lagi, jika ditunggu hingga Jun 2010, masa yang tinggal untuk pemulihan parti hanyalah dua tahun iaitu terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.

"Pilihan bagi Umno hanya dua. Setia kepada Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13 atau setia kepada Umno lebih daripada setia kepada Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno mengingatkan pemimpin Umno bahawa undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan.

"Untuk menang, calon Umno perlukan undi orang bukan ahli parti serta orang Cina dan India.

"Dalam keadaan sekarang iaitu Umno dan kerajaan yang dipimpin oleh Abdullah, tidak mungkin orang bukan daripada Umno akan beri kemenangan kepada calon Umno atau BN," katanya.

Jelas beliau juga, tidak mustahil ahli-ahli Umno yang kecewa dengan pimpinan Abdullah akan turut berpaling tadah.

Beliau juga percaya media arus perdana akan cuba memutar cerita mengenai pilihan raya Permatang Pauh bagi menyedapkan hati pemimpin Umno dan Abdullah.

"Justeru Abdullah akan yakin bahawa dirinya dikehendaki untuk pulihkan parti dan Umno akan terus memilihnya sebulat suara pada pemilihan parti Disember nanti," katanya.

Comments (25)Add Comment
...
written by norani63, August 28, 2008 09:58:52
betui kata pak tun tu....kalu letak pak tun pun bn akan terlungkup...silap2 hilang deposit...
report abuse
disagree 4
agree 40
Votes: +36
...
written by Bigjoe99, August 28, 2008 10:01:16
Setia kepada which UMNO? Onn Bin jaffar and Tunku Abdul Rahman Or the fake UMNO Baru he created?
report abuse
disagree 0
agree 24
Votes: +24
...
written by laksa maner, August 28, 2008 10:21:44
Sokongan rakyat kepada kerajaan Pimpinan Abdullah adalah hangat2 tahi ayam sebab Abdullah hanya berkerja hangat2 tahi ayam.
report abuse
disagree 1
agree 11
Votes: +10
...
written by laksa maner, August 28, 2008 10:24:10
Mahathir sayang BN & UMNO sebab pengasas UMNO (Baru) adalah Mahathir. Ia juga telah diacuankan mengikut kehendak Mahathir sendiri. Seluruh pelusuk dunia tahu semua ini.
report abuse
disagree 1
agree 23
Votes: +22
...
written by jayenjr, August 28, 2008 10:24:36
"Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno mengingatkan pemimpin Umno bahawa undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan.
"Untuk menang, calon Umno perlukan undi orang bukan ahli parti serta orang Cina dan India."
---------------------------------------------------------------------------

Ai, hari tu melatah pasal hak orang Melayu je dlm you punya speech...skg nak undi orang bukan Melayu..??..??

You punya time dah lama expire....I pun ta faham apasal MSM masih lagi "playing the old record" la...

I advise you & family to pack up & cabut la....ta lama lagi fail VK Lingam akan di buka untuk lanjutan siasatan...


report abuse
disagree 2
agree 26
Votes: +24
...
written by taufan, August 28, 2008 10:36:57
Tua kutuk tak sedar diri! Bukankah apa yang berlaku selama ini disebabkan angkara kamu! Apa Pak Lah saja yang salah ke? Apahal dengan yang lain-lain? Orang-orang BN semakin bercelaru, agaknya sedang menerima balasan dari mengikuti tingkah-laku serta tindak-tanduk kamu.

Pi lah mampui cepat....hang ni cuma sampah masyarakat lah ni!!!
report abuse
disagree 5
agree 24
Votes: +19
...
written by benjo, August 28, 2008 10:45:25
Just wish someone can shut this man's mouth.
report abuse
disagree 1
agree 13
Votes: +12
...
written by smpadayachi, August 28, 2008 10:46:14
Dr.Mahathir Kutty please learn before you depart us the beautiful Malayalam language. That is your root, and you owe every Malayalam speaking person on this planet that is Indian in origin.
report abuse
disagree 4
agree 7
Votes: +3
...
written by seawolf, August 28, 2008 10:54:54
orang tua ni ari tu cakap lain la ni kutuk balik pak lah..mana satu betul org tua ni
report abuse
disagree 3
agree 13
Votes: +10
...
written by RBJ, August 28, 2008 11:16:26
Still cannot figure out why they are not getting it!
Are you slow to understand?
WE DONT WANT BN and that's it
Old man take a break and enjoy life!!!!just an hour ago the man you took out is back in!!!!!! You just wait till DSAI becomes PM.....
report abuse
disagree 2
agree 6
Votes: +4
...
written by laksa maner, August 28, 2008 11:26:34
Mahathir tak perlu kempen...he should prepare for R.I.P. Pergilah masjid atau setidak-tidaknya surau dan bertaubatlah. Bukan your time is expired, your jantung bypass pun dah expired. Your life is like Time Bomb.
It's a FINAL COUNTDOWN.
report abuse
disagree 3
agree 11
Votes: +8
...
written by onnetline, August 28, 2008 11:49:35
Who is this big mouth, partyless TOON fella ???
report abuse
disagree 3
agree 6
Votes: +3
...
written by asguard, August 28, 2008 11:58:24
Tengok siapa sekarang hentam pak lah.... si tun Matahari... boleh dikatakan hampir semua murid umno...belajar selok blok tentang gunakan apa sahaja jentera ataupun mediamassa untuk tipu rakyat tetapi sekarang rakyat dah pandai nilai diantara baik dan jahat.......
report abuse
disagree 3
agree 4
Votes: +1
...
written by SJB, August 28, 2008 12:18:56
"Ujar beliau, hakikatnya pengundi Permatang Pauh tidak mengundi untuk Anwar ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mereka mengundi untuk mengalahkan Umno dan BN."

Maaf, Umno & BN tidak relevan maka Undi bukanlah untuk kalahkan Umno / BN tetapi undi untuk memilih PKR sebagai pemerintah masa depan.

Umno / BN telah lama kalah dan gagal di dalam pelbagai aspek pentadbiran. Kenyataan seperti ini mempamerkan keegoan Umno / BN (atau bekas ahli-ahlinya).

Sepatutnya, TDM faham bahawa masyarakat di Malaysia JUGA TERPAKSA MEMILIH BN kerana agenda politik mereka sering menggunakan elemen "ketakutan" seperti sering membangkitkan insiden May 13.

Bukan kerana sokongan dan kepercayaan rakyat. Mereka lebih minat keamanan walaupun kadar penyelewangan pentadbiran hampir 100%.
report abuse
disagree 0
agree 10
Votes: +10
...
written by penangboi, August 28, 2008 12:36:57
'pengundi Permatang Pauh sama ada Melayu mahupun bukan Melayu berada dalam dilema kerana ramai pengundi tidak mahu memberi undi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun mereka juga tidak ingin mengundi BN'

Can you all see just how OUT OF TOUCH TDM is. He still thinks that we the rakyat do not support DSAI. Guess what? We don't support DSAI, we support what DSAI is championing.

Wake up TDM. We are talking about fundamental policies here. Policies that is going to promote everything that is good, policies which are the opposite of those of BN which are evil.

Of course, TDM is in his twilight years, getting a bit senile and amnesic. Or he is just stubborn and refusing to admit that it is the evil policies we are rejecting and equally it is the noble policies promulgated by DSAI we are supporting.
report abuse
disagree 2
agree 7
Votes: +5
...
written by New Frontier, August 28, 2008 12:41:05
Mahathir ni pun sama dgn Dollah masih tak sedar dari lamunan mimpi bahawa rakyat mahu tukar kerajaan, tukar dari pemerintahan korup kepada bersih. Jika sekiranya PR juga korup kita mesti tukar. Rakyat sudah matang, kita sudah menerima satu anjakan paradigma baru dalam politik dan ini adalah sihat dan baik utk pembangunan dan pembentukan negara moden. Wawasan 2020 Mahahir adalah satu kerugian dan wawasan bangang kerana dia merekabentuk acuan Wawasan tsb mengikut kepala otak dia dan hanya dia yang boleh mentafsirnya. itu sebabnya dia perlukan si Dungu (Dollah)utk mengganti tempat beliau semata-mata utk ikut telunjuknya. Tapi Si Beruk Khairy campurtangan ibarat tikus membaiki labu, itulah sebabnya semua haru biru. Itulah dia Mahathir yang mahukan Malaysia dibangunkan mengikut visionary 2020 yang beliau dan think tank beliau (dari kalangan yang percaya ramalan masa hadapan), telah hiruk pikuk krn Dollah dan Khairy salin kulit perancangan mereka. Oleh yang demikian, kita perlu tolak campurtangan Mahathir, tolak UMNO/BN. Sekiranya Mahathir betul-betul ikhlas utk membangunkan Malaysia dia mesti bersama-sama rakyat dan kerajaan pilihan rakyat (PR) bukannya bertindak menikam belakang/campurtangan.
report abuse
disagree 2
agree 7
Votes: +5
...
written by laksa maner, August 28, 2008 12:41:47
Statement Mahathir tak masuk akal. Hanya orang gila shj boleh berfikiran begini.

"Ujar beliau, hakikatnya pengundi Permatang Pauh tidak mengundi untuk Anwar ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mereka mengundi untuk mengalahkan Umno dan BN."

Soalan saya kepada Mahathir, kenapa mereka tidak menangkan AKIM? Kenapa PKR yang menang? Lainlah sekiranya hanya PKR dan BN sahaja yang bertanding. Nyanyuk. Dia ingat rakyat semuanya bodoh dan boleh diperbodohkan ke?
report abuse
disagree 3
agree 19
Votes: +16
...
written by justiceforallorg, August 28, 2008 12:46:16
penangboi, you are absolutely right!!
report abuse
disagree 1
agree 1
Votes: +0
...
written by KotaDamansara73, August 28, 2008 14:25:29
Dear Mahathir,

You have fail the malays.
You have fail all Malaysians.
You have inculcate dirty politics into UMNO and many Malay academicians in university.
You have fail to instill equality, justice and transparency in the Malay mindset and Malaysia.
YOu have fail as a leader.
You have use intimidation and fear to rule Malaysia.
YOu have created many imagery enemies of the Malays.
You have made the Malays afraid of the world.
You have made the AUstralian, Americans, Jewish, British and Chinese and Indians as the enemy of Malays.
You have taken a short cut road to build artificial success into Malays business.
You have taken short cut road to create a monumental success for the Malays.
You have only enrich your friends and family by taking short cuts in life.
You are the worst hipocrate ever to live in Malaysia.
You are the evils of the Malays and Malaysia.
You think that building the biggest and tallest building in the world would impress the world. But sadly, people can see the truth. And you are just one big liar and a conman.
report abuse
disagree 2
agree 11
Votes: +9
...
written by apanama, August 28, 2008 14:32:31
paklah tak kerja hangat hangat tahi ayam.
dia tak kerja langsung
dia sedang tidur.
hangat tidur.
mimpi buruk akan datang
report abuse
disagree 1
agree 4
Votes: +3
...
written by Fart Fart Wah, August 28, 2008 16:59:54
Again this Mtamak is talking cock. Half the UMNO is now full of Mtamaks and these have prostituted the OLD UMNO of Tunku. How come this Mtamak gives full rights to all the other Mtamaks ending in the original Malays rights to be set asIDE..until you see this new batch of Mtamaks are richer and better than normal Malays..

Embracing Islam does not change ones ethnicity...Now you Malays have a problem because outsiders who never were in Malaysia more than 10years are now in equal status to you all because of this bloody Mtamak..not one but Going to millions....so now you hve to share the cake or the NEP with them...

It is clear that this Mtamak in baju Melayu is the source and beginnning of all corruptioN and the destruction of the Malay race....
report abuse
disagree 0
agree 5
Votes: +5
...
written by AUTAR, August 28, 2008 19:59:18
Mahathir! engkau kena ingat masa dah dekat dan hang kenalah berhubungan terus ke Mesir untuk tinggal kat sana atau masa DSAI ambil alih tempat nanti engkau tak sempat kesana pulak. Tolong pergi charge bateri dalam badan hang tu. Sekarang ni rakyat malaysia sedang mendoakan agar engkau cepat mati. Wak Dolah dan Najis lambat sikit tak pe sebab diorang kena bayar balik dosa pada rakyat.

Orang orang macam ni tak perlu di kuburkan di makam pahlawan. Cukup setakat kat kampong halaman mereka. Tak ada apa yang perlu di banggakan. Semuanya mentahdarah hasil titik peluh rakyat Negara ni.
report abuse
disagree 0
agree 6
Votes: +6
...
written by Sylvia, August 28, 2008 23:15:08
*****thir, you were also not wanted the time you stepped down and handed the reins of rule to the wrong sleepy head PM. You are like an old kettle calling a pot black.Do you actually think rakyat liked you any better than Bodowi? Umnoputras minbisters were scared of you becos you had them under your thumbs through their bribery dishonesties, thats why you managed to stay on for so long. Similarly to Bodowi's cabinet (the ones you have moulded) there are still those with weaknesses in his hands that they until BN falls got to bow down to him as they had to you for years.
So all of us agreed that you should go and sleep early every night and stop putting your nose into every problem faced by anybody, lest you need another bypass and due to your age you may not survive another one and its high time ALLAH calls you to be with HIM. Rest in peace(RIP) then!
report abuse
disagree 0
agree 2
Votes: +2
...
written by Loonie, August 29, 2008 08:07:23
KotaDamansara73 said:-
You have made the Malays afraid of the world.


Right on, man. That's why UMNO needs to keep the umbilical cord intact lest there is an awakening of the renaissance spirit.
report abuse
disagree 0
agree 0
Votes: +0
...
written by Vasily, August 30, 2008 02:08:23
Ciss! bebunyi lagi pelacur tua kecut nie....hang dah tak releven lg dah tua kutuk oii....kenapakah kao dijadikan sebagai manusia...kan lebih baik kao jadi binatang!!
Anyway semoga panjang umur...pasal org jahat memang susah nak mati...
report abuse
disagree 0
agree 1
Votes: +1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK


 

Abolish ISA
 
 
RPK: Lost Freedom
56 days 2 hours 10 mins
(12Sep2008 13:10 to 07Nov2008 15:20)

 

bloggers against ISA
magic mirror ad

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM