A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kalah di Permatang Pauh, BN dimakan sumpah sendiri

Kalah di Permatang Pauh, BN dimakan sumpah sendiri PDF Print E-mail
Posted by admin   
Wednesday, 27 August 2008 14:45

Irwan Muhammad Zain, Harakah

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh akibat dimakan sumpah yang dijaja oleh mereka sendiri.

Mahfuz berkata demikian, ketika diminta mengulas kemenangan besar yang diperolehi oleh Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil yang diadakan semalam.

"Di Permatang Pauh BN asyik bersumpah dan Najib juga sering saja bersumpah ketika berkempen dan akibatnya mereka kalah teruk," kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Permatang Pauh yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya telah menolak budaya politik fitnah yang menjadi amalan Umno-BN.

Malah kata beliau, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno telah meminta pengundi di Permatang Pauh agar menolak budaya politik fitnah dan seruan Perdana Menteri itu disahut oleh mereka dengan memberikan kemenangan kepada calon yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Abdullah minta rakyat tolak budaya politik fitnah tetapi beliau sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk membanteras amalan kotor yang dibawakan oleh jentera kempen BN yang diketuai oleh Najib," tambah beliau lagi.

Kemenangan besar calon Pakatan Rakyat juga kata beliau membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah menolak politik yang tidak beretika yang dibawa oleh BN dan parti yang semakin parah itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka semakin ditolak oleh rakyat.

Mahfuz juga menjelaskan bahawa suasana baru diperolehi dalam pilihan raya kecil ini kerana pengundi menggunakan kematangan mereka untuk memilih calon yang layak dan tidak menggunakan emosi.

"Lebih penting lagi kemenangan Anwar membuktikan harapan rakyat untuk melihat perubahan landskap politik di negara ini," kata Mahfuz.

Justeru itu kata beliau, adalah wajar bagi pemimpin yang bermaruah agar segera berundur.

"Abdullah dan Najib sudah sewajarnya meletakan jawatan kerana keduanya telah terbukti gagal," kata beliau.

Mengulas mengenai kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa majlis angkat sumpah ahli Parlimen Permatang Pauh tidak perlu disegerakan, Mahfuz berkata tindakan tersebut merupakan salah satu langkah yang diambil BN untuk memastikan Anwar tidak berjaya ke Parlimen.

"Langkah pertama mereka dengan segala fitnah terhadap Anwar sudah gagal dan kita lihat mereka sedang berusaha untuk menggunakan langkah kedua bagi menghalang Anwar dari memasuki Parlimen," kata beliau.

Beliau menjelaskan, jika sekiranya Anwar tidak dibenarkan mengangkat sumpah minggu ini, kemungkinan untuk Anwar tidak akan mengangkat sumpah langsung akan berlaku.

Kata beliau, pertuduhan liwat terhadap Anwar akan didengar pada September nanti dan besar kemungkinan Anwar tidak dibenarkan ikat jamin maka Penasihat KeADILan itu akan dipenjara sementara menunggu selesai perbincaraan dan ianya akan memakan masa yang lama dan akan mengagalkan usaha membentuk sebuah kerajaan baru.

"Kita melihat ada kecenderungan ke arah itu dan kita juga bimbang jika Anwar dinafikan haknya untuk mengangkat sumpah secepat mungkin," jelas Mahfuz.

Mahfuz juga berpendapat tiada alasan untuk melambat-lambatkan majlis angkat sumpah Anwar selaku ahli parlimen kerana jika laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kepada speaker dijadikan alasan ianya tidak masuk akal kerana keputusan yang dikeluarkan oleh SPR pada malam 27 Ogos sudah boleh diterima pakai.

"Selaku speaker, Pandikar Amin harus bertindak wajar agar beliau dilihat berwibawa dan tidak berat sebelah," tegas beliau.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menyifatkan kemenangan besar KeADILan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh sebagai satu amanah besar rakyat terhadap Anwar khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Beliau juga berkata kemenangan Anwar merupakan ujian besar yang harus digalas oleh Pakatan Rakyat dan seharusnya memikirkan bagaimana cara untuk mengisi kemenangan tersebut.

"Rakyat telah memberikan Pakatan Rakyat amanah yang besar dan kita tidak boleh berbangga dengan kemenangan tersebut hingga lupa tanggungjawab kita yang masih belum tercapai," jelas beliau.

Beliau juga menjelaskan bahawa harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam landskpa politik tanahair harus segera dilaksanakan agar tidak dikatakan hanya tahu menabur janji semata-mata.

Salehuddin juga berharap agar prosedur untuk Anwar mengangkat sumpah selaku ahli parlimen dipermudahkan dan tiada alasan untuk speaker melengah-lengahkan perkara tersebut.

"Saya berharap agar urusan mengangkat sumpah bagi membolehkan Anwar berada di Parlimen dipermudahkan," kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa kehadiran Anwar di Parlimen bukan hanya ditunggu oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tetapi turut dinantikan oleh rakyat negara ini.

Dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam, Anwar mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Dato' Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara Hanafi Mamat, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Majoriti undi mantan Timbalan Perdana Menteri itu lebih tinggi daripada yang diperolehi isterinya Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan raya Umum ke-12 pada 8 Mac lepas. - mks.

Comments (17)Add Comment
...
written by ahmadneil, August 27, 2008 15:00:56
CNN says it's a whitewash!ABC says it's a landslide.BBC says it's incredible.We all say it's expected.some says it's a knockout.whichever!Anwar has done it
report abuse
disagree 1
agree 46
...
written by Flex65, August 27, 2008 15:07:40
I hope that DSAI will be more careful as I am sure 'they' will do what ever it takes to prevent DSAI from go to parlimen. Please don't forget those that were detained by the police yesterday for stopping the phantom voters.
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by FFT, August 27, 2008 15:19:47
written by ahmadneil, August 27, 2008 | 15:00:56
CNN says it's a whitewash!ABC says it's a landslide.BBC says it's incredible.We all say it's expected.some says it's a knockout.whichever!Anwar has done it


Yep...but in AgendaDaily, the UMNO eggheads are saying Anwar only won by 857 new votes.

http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

I'm not sure exactly who it is they are trying to fool. Maybe they are trying to console Rosmah so she doesn't go into a tantrum and blow things up.
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by Baronshah, August 27, 2008 15:20:11
Yes, DSAI has to be very very careful from now on, as the BN and all those associated (PDRM,ACA etc) with them, will find ways and means to STOP DSAI and PR from reaching the gates of Putrajaya.

GOD BLESS DSAI & PR
GOD BLESS ALL BLOGGERS

regards
GOD bless all.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by ahmadneil, August 27, 2008 15:22:07
Tomorrow there will be dragon dance at Putrajaya at 9am to welcome MP Anwar's return to Parliament.You can watch live on Youtube.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by oknyua, August 27, 2008 15:36:54
FFT, i can't help helping you a little bit, I mean its irresistable. Change the word "things up" to "herself up," I think you wouldn't mind.

"Maybe they are trying to console Rosmah so she doesn't go into a tantrum and blow herself up."
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Chasl77 D, August 27, 2008 15:39:13
Congratualtions to DSAI and Pakatan, from now on the journey to Parliment and beyond will be more tricky and treacherous, littered with booby traps left right and center. Keep marching on, the Rakyat is watching and the rakyat is with you...all the way.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by SamSan, August 27, 2008 16:27:38
If you all study the underlying reason why this sumpah situation came about, it has nothing to with Saiful. You see Dato' Najib just couldn't take the heat of all the descrepancies in the Altantuya Case being caught with the wrong end of public perception. He didn't know how to come out of this negative perception thath is now gaining momentum and acquiring international attention . So he concoted this saiful liwat case, hoping that both he and Anwar can Sumpah and in the process neutralize the world's and public negative perception of him at the expense of Sdr. Anwar.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ROBERTNGTG, August 27, 2008 17:22:37
Kalah di Permatang Pauh, BN dimakan sumpah sendiri

KASI BUNGKUS SI BUNTUT INI DAN CAMPAK DI LUBANG PUNCAK ALAM DAN DI TANAMKAN.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by banzai, August 27, 2008 17:35:40
Flex65 & Baronshah,
Do not worry about DSAI.
Just look at how the EC announser shook with DSAI.
A sign of BODEK started already. Soon anywhere,
anyone will do the same.
Hidup DSAI.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Mark C, August 27, 2008 18:21:41
#
Malaysia Today blocked! Order from MCMC
Aug 27, 08 5:05pm
# BREAKING NEWS! The government's cyber watchdog says it ordered TMnet to pull the plug on the controversial website.MORE


those in BN are quivering like shit. Clamping on free speech already. losers!
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Sabahfan, August 27, 2008 19:23:22
Tengok lah siapa sumpah yang lebih kuat..;.


sekarang ini... ;.. AKU SUMPAH.... UMNO DAN PEMIMPINNYA AKAN MASUK NERAKA DALAM SETAHUN DARI SEKARANG..!!!!
report abuse
disagree 2
agree 9
...
written by Sitora, August 27, 2008 21:20:04
Sudah terang dan nyata sumpah si bodoh Si Fool dan Najib telah menunjukkan kebenaran ke atas DSAI. Kemenangnya telah membuktikan niat jahat BN dan kuncu-kunucunya tidak berjaya.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by StoneRiver, August 27, 2008 21:37:46
Let's we don't forget about Altantuya case and MR C4 AND Rosemak

We don't give up our hope we must attack Najis and the gang day and night.

Remember!!! media are playing the sycology to make us forget this case.

We must remember to Mr.Bala. How is he now???

We must keep attacking Najis. Remember what he did to our beloved futures PM in waiting (DSAI).
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Tom n Jerry, August 28, 2008 10:23:17
Badawi & Najib,Rosmah must face firing squad! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by kavidibaku, August 28, 2008 20:57:17
ALL THE CREDIT SHOULD GO TO HINDRAF. IT WAS THE REAL TSUNAMI IN MALAYSIA.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by bluesky, August 29, 2008 10:39:58
sack all the ministers of UMNO...
kick them out of the country...send them to the dungeons...
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Abolish ISA
RPK Lost Freedom
56 days 2 hours 10mins

(12Sep2008 1310 to 07Nov2008 1520)
Rent A Car Here
People's Declaration
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Sponsored Links

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

 BLOGGERS AGAINST ISA
Terenganu by-Election 2009

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM