A+ | A- | Reset

Permatang Pauh bertanggugjawab lakar sejarah perubahan PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 26 August 2008 01:24

Sudah tentu Khairy ini cakap ikut mulut sahaja dan dia tak nampak kepada perkembangan hari ini yang mana rakyat mahu kepada perubahan.

Wan Nordin Wan Yaacob, HARAKAH

Pemerhati dan penganalisa politik, semuanya menghalakan fokusnya ke Pertmatang Pauh. Ada sesuatu yang unik dan menarik di sana. Telaahlah wawancara wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob bersama Pengarah Kempen Pilihan Raya Kecil PAS bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mujahid Yusof Rawa bagi mencungkil keunikan itu.

Harakah: Ulasan Dr tentang perjalanan kempen kedua-dua pihak bertanding dan kesan kepada pengundi?

Dr Mujahid: Setakat ini kempen berjalan lancar dengan kedua-dua pihak nampak bersungguh-sungguh. Justeru saya lihat banyak kempen yang berjalan dengan sifat ceramah-ceramah dan secara personal iaitu dari rumah ke rumah.

Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri berkempen dengan mengunjungi pengundi di pasar-pasar, ke masjid, rumah ke rumah, buat tahlil di masjid dan ianya lebih kepada 'personal touch'. Kita lebih berkempen dengan PAS diminta beri perhatian kepada pengundi Melayu.

Apa sebab beri perhatian kepada pengundi Melayu?

Ia disebabkan kesan terhadap serangan ke atas Anwar. Nampaknya pengundi Melayu sedikit terpengaruh. Namun tidak secara menyeluruh kerana yang terkesan sedikit sahaja. Kita tumpu kepada pengundi Melayu dengan PAS yang buat kempen itu kawasan Melayu.

Isu sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan dalam kes dakwaan liwat babitkan Anwar, adakah ia mempengaruhi pengundi?

Ada sedikit tetapi tidak jejaskan sangat. Namun isunya kali ini ialah kita nak capai majoriti yang lebih baik. Itu yang kita nak cuba tingkatkan. Selain itu tak ada insiden yang terlalu berat, nampak berjalan lancar jentera dua pihak tumpu kepada isu semasa yang ada.

Kehadiran polis dan FRU yang ramai di sana apa sebabnya?

Selalunya dalam pilihan raya kecil, isu keselamatan jadi keutamaan. Dalam tekanan yang tinggi pihak keselamatan melihat sebarang kemungkinan yang boleh jejaskan aspek tersebut.

Sebenarnya kita tidak perlu bimbang kerana kedua-dua pihak sudah matang. Kita di Pakatan Rakyat telah memberitahu kepada petugas kita jangan timbulkan kekacauan. Justeru kalau ada kekacauan itu mungkin ditimbul oleh provokasi pihak lain, bukan pihak kitalah.

Kita akan jaga disiplin dan undang-undang. Jangan terpengaruh dengan provokasi yang boleh jejaskan kempen dan pengundian Selasa ini. Nasihat saya kita tumpu kepada gerak kerja.

Khairy kata mahu kuburkan politik Anwar di Permatang Pauh. Apa komen Dr?

Sudah tentulah dalam pilihan raya ini macam-macam kenyataan panas tetapi kita minta jangan berlebihan, kerana setakat ini kita tidak serang mana-mana orang dengan isu peribadi. Kita lebih tumpukan kepada isu semasa.

Sudah tentu Khairy ini cakap ikut mulut sahaja dan dia tak nampak kepada perkembangan hari ini yang mana rakyat mahu kepada perubahan. Setakat cakap macam itu sebenarnya menunjukkan tak cerdiknya politik Khairy dan kebudak-budakanlah. Bagi saya sesuailah kita gelar dia ini sebagai pemuda yang tidak berpandangan jauh. - (tmj) Nasihat Dr kepada pengundi dan jentera kempen? Pada 26 ini saya nasihatkan jentera supaya menjaga undang-undang, peraturan. Pastikan kerja kita berjalan, pergi rumah ke rumah dan jumpa pengundi dan pastikan kemenangan calon kita. Kepada pengundi pula, kita harap mereka buat keputusan yang terbaik kerana Permatang Pauh ini akan membuka lembaran baru dalam sejarah negara. Justeru merekalah yang akan menyumbang kepada sejarahnya dan jangan sebaliknya.

Comments (10)Add Comment
...
written by mpkapar, August 26, 2008 01:51:14
victory sure Anwar's.
BN buying ICs , millions of ringgit being and legalised gangsters already in permatang pauh.
www.mpkapar.com
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Kerajaan Rakyat, August 26, 2008 01:56:10
Ya ALLAH yang maha mengetahui, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, peliharakanlah hamba MU, rakyat Malaysia daripada segala kekejaman dan kezaliman pemerintahan regim UMNO dan Barisan Nasional.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, laknatilah dan turunkanlah bala dan pembalasan azab MU kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang telah mengkhianati amanah MU agar menjadi pentadbir yang telus kepada rakyat Malaysia.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, kurniakanlah kekuatan, ketabahan, kemenangan dan hidayah MU kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah dizalimi oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, bukakanlah pintu hati seluruh penduduk dan pengundi di Permatang Pauh agar memilih dan memberi undian mereka kepada hamba MU, Anwar bin Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 24 hb Syaaban 1429 Hijrah ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Rasulullah sallallahu aleihi wassalam, kaum keluarga serta para sahabat.

Amin ya Rabbal’alamin.

http://www.kerajaanrakyat.com/
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Umm Adzka, August 26, 2008 02:44:59
amin.. ya rabbal alamin....
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Umno Slayer, August 26, 2008 03:10:15
Amen..!victory for us the oxford guy sounds like budak sekolah kampung,thinking like monkey! lol!1
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Umno Slayer, August 26, 2008 03:14:06
The country wealth are for equally shared or use for the country and rakyat. Instead of this fact, the BN led by UMNO are busystealing that wealth for their own pockets.5 years after another they kept ripping us off...so Malaysian wake s up and lets say NO to BN and UMNO and Choose PKR and Anwar so that we can start a new ERA for Malaysia
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by mob1900, August 26, 2008 03:17:28

hah ni Khairy Nazi German!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by manny_california_usa, August 26, 2008 06:15:58
B - Bodowi N - Najib M - Mohd Najib K - Kera
A - Adalah A - Adalah A - Abdullah Badawi H - Hadhari
D - Dalang J - Juara H - Hishammuddin A - Abdullah, adalah
A - Agen I - India A - Ahmad Shaberry I - Iblis
W - Warganegara S - Sembahyang T - Thambi Chik R - Rasuah
I - Israel H - Hamid Albar I - Institusi Negara
I - Ismail Sabri
R - Rais Yatim

Inilah dia Barisan Najis - Barisan Haprak Negara !!!

Pagi ini jangan lupa nak undi Dato Seri Anwar.
Pakatan Rakyat - Pakatan Suara Keramat !!!

All the best from California.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by manny_california_usa, August 26, 2008 06:17:41
administartor, can you please delete my comments above, typing errors, sorry
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Tom n Jerry, August 26, 2008 07:14:18
Insyah Allah DSAI will get overwhelming victory & bring peace & prosperity to our beloved nation;Alhamdulilah for showing himthe way back to Putrajaya despite all odds against him! smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Langadon, August 26, 2008 07:59:50
hari ini berakhirnya episod UMNO/BN. bravo DSAI... pastikan orang-orang UMNO/BN seperti anjing yang tidak bertuan di jalanan.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM