A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Politik Wang di Silam?

Politik Wang di Silam? PDF Print
Posted by admin   
Monday, 25 August 2008 09:42

Oleh: 'Deep Throat' Sabah

 

Sekurang-kurangnya 34 cawangan dikenalpasti menerima sekurang-kurangnya RM3,000 bagi setiap cawangan yang mencadangkan Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Haji Jasa Datuk Haji Rauddah sebagai Calon Naib Ketua UMNO Bahagian Silam.

Seorang Ketua Cawangan UMNO Kampung Sungai Atas, Kunak, Pullong Haji Masdal telah mengakui menerima RM3,000 daripada Jasa kerana mencalonkan beliau sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Silam dalam persidangan cawangannya baru-baru ini.

 

"Dia merayu saya dan 33 cawangan lain. Kami calonkan dia kerana terhutang budi semasa beliau menjadi Adun Kunak. Dia banyak bantu kami. Jadi saya mintalah saudara bantu calonkan beliau juga. Ini ada dia kasi saguhati (RM3,000) untuk mengendalikan mesyuarat," ujar Pullong kepada seorang Ketua Cawangan UMNO di Kunak yang sebelum bermesyuarat baru-baru ini.

 

Ketua Cawangan yang hanya mahu dikenali sebagai Husin berkata beliau serba salah untuk menolak pemberian Pullong namun bimbang kerana sebelum ini Mantan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Yusof Amat Jamlee dan Haji Mohd Yusof Afdal di gantung satu penggal kerana terlibat dengan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO.

 

Ketika menghubungi wakil Malaysia Today di Tawau, Husin berkata beliau terpaksa melaporkan kepada Malaysia Today kerana kagum dengan keberanian portal berkenaan mendedahkan kebenaran.

 

"Saya berpegang kepada Perlembagaan Parti dan Tata Etika Ahli UMNO dan bukan untuk menganiaya sesiapa," ujar Husin yang sudah menulis surat aduan beserta salinan pendua wang bukti kepada Lembaga Disiplin UMNO.

 

Husin mempertikaikan kekayaan Jasa yang selama ini hanya menjawat Pengerusi Ko-Nelayan dan kini tidak lagi menjadi Adun Kunak untuk bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Silam dengan menggunakan wang yang begitu banyak.

 

"Jika sebelum ini tidak ada satu cawangan pun yang mahu mencalonkan beliau, kenapa secara tiba-tiba pencalonannya begitu mendadak. Hanya selepas saya terima wang baru lah saya sedar Jasa mengamalkan politik wang," ujar Husin yang kesal kerana Silam telah membudayakan politik wang sejak beliau menyertai UMNO pada 1991.

 

Husin juga hairan kenapa Jasa masih belum meninggalkan pejabat Pengerusi Ko-Nelayan sedangkan Ketua Menteri Sabah telah melantik Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan yang baru.

 

Berdasarkan laporan Husin, Malaysia Today telah menjalankan siasatan terperinci dan mendapati dakwaan Husin ternyata benar kerana Jasa telah memaksa semua syarikat yang mendapat Kuota Bekalan Diesel Bersubsidi memberikan 50 sen bagi setiap liter yang dibekalkan sebagai komisyen kepadanya.

 

Jasa menerima tidak kurang daripada RM8 juta sebulan daripada operasi haram menjual minyak Diesel bersubsidi berkenaan dan menjadi sebab utama kenapa Jasa enggan meninggalkan kerusi Pengerusi Ko-Nelayan walaupun pernah ditawarkan jawatan Pembantu Menteri sebelum ini.

 

Jika sebelum ini, Malaysia Today melaporkan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Dato' Mustaffa Haji Ahmad terlibat dengan kes penyeludupan diesel bersubsidi di Sandakan, kali ini siasatan ditumpukan kepada Modus Operandi Jasa memungut 'Cukai' daripada pembekal Minyak Diesel Bersubsidi terutama JC Petroleum Sdn.Bhd.

 

Sejumlah 12.417 juta liter diesel bersubsidi telah diagehkan di lapan kawasan di Sabah setiap bulan  namun dua depoh telah di tutup berikutan serbuan Badan Pencegah Rasuah (BPR) iaitu Depoh Barter Trade dan Depoh PNK Buli Sim Sim, kedua-duanya di Sandakan.

 

Walaupun dua depoh telah di tutup namun kuota berkenaan sejumlah 1.150 juta liter terus di bolot oleh JC Petroleum dengan menjual keluar diesel bersubsidi kepada kapal asing atau di eksport ke negara jiran yang menawarkan harga yang mahal.

 

Mengikut tinjauan Malaysia Today, harga murah diesel bersubsidi di Sabah iaitu RM1.40 seliter menarik minat Jasa dan pegawai Ko-Nelayan menjualkan minyak yang di seludup keluar kerana harga pasaran begitu menggalakkan di Indonesia dan Filipina masing-masing RM3.70 dan RM4.50 seliter.

  

Bagi merealisasikan perniagaan haram ini Jasa yang bersekongkol dengan Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Masood Haji Salleh telah menyerahkan operasi 'mencuri kuota' minyak diesel bersubsidi ini kepada Pegawai Tadbir Ko-Nelayan yang bertanggung jawab terhadap operasi petroleum, Dahara Paro.

 

Walaupun hanya menerima antara 15 hingga 30 sen seliter bagi minyak diesel bersubsidi yang diselewengkan namun Haji Mashood mampu membina rumah mewah baru di Kampung Gudon, Menggatal dan Dahara pula mampu melancong bersama keluarga ke Australia selama satu minggu.  

 

"Jika tidak percaya, periksa pasport Dahara. Berapa kali dia keluar negara setiap tahun? Dia pegawai tadbir dan bukannya CEO. Gajinya kecil sahaja dan suaminya orang biasa. Apa dia buat di luar negara?," ujar seorang pegawai Kanan Ko-Nelayan yang membayangkan Dahara mempunyai skandal dengan Jasa, namun memberitahunya secara kiasan.

 

Pendedahan skandal antara Jasa dengan Dahara tidak begitu mengejutkan kerana sebelum ini Jasa terlibat dengan beberapa Skandal Seks termasuk hubungan sulit dengan Suraya Hussin dan Norjeti Sulaiman sehingga beliau tidak dicalonkan sebagai Adun Kunak pada pilihanraya 2008.  
 

Malaysia Today belum dapat menentukan jumlah komisyen yang di terima oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Hussin dan Pembantunya, Datuk Haji Musbah Jamli yang bersekongkol dengan Jasa, Mashood dan Dahara kerana membiarkan perkara ini berterusan sekalipun BPR dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah membuat beberapa tangkapan.

 

Kenapakah Jasa begitu kebal daripada tindakan BPR? Apakah kerana mempunyai hubungan rapat dengan rakan lama Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Haji Salsidu Ibrahim sehingga Jasa terus dilindungi dan mempunyai imuniti?

Comments (4)Add Comment
...
written by LILIN, August 25, 2008 09:49:07
The inquisition of NATO, the new CRUSADER!
http://www.worldfutures.info/Analysis/Islamic-World/Nato-expands-into-crusades-and-inquisitions.html
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by Rundukon, August 25, 2008 09:57:00
Kita minta Jasa Raudah bersumpah menjunjung Quran bahawa beliau tidak ada hubungan seks dengan Suraya Hussin dan Norjeti Sulaiman.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Tom n Jerry, August 25, 2008 10:02:05
The corrupted despicable UMNO chameleons should be brought to justice when PR comes to power!Alhamdulilah tey are still alive and kicking;not six feet underground from heart attack! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Langadon, August 25, 2008 13:33:17
Kan saya suda cakap.. BPR ni bukan boleh diharap.. setakat tangkap IKAN-IKAN BILIS tu boleh laaaa
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM