A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Sumpah Saiful kekal modal kempen, Anwar ulangi Sabah Sarawak sokong bentuk kerajaan

Sumpah Saiful kekal modal kempen, Anwar ulangi Sabah Sarawak sokong bentuk kerajaan PDF Print E-mail
Posted by admin   
Tuesday, 19 August 2008 10:55

(mStar Online) - Dengan isu bersumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih mendapat tempat dalam kempen politik pilihan raya kecil di sini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan menyertai beliau sebaik sahaja melangkah ke Parlimen minggu depan.

"Rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak sudah berjanji akan (menyokong) membentuk kerajaan," kata beliau ketika mengadakan ceramah umum di Kg. Petani, Permatang Pasir di sini malam tadi.

Kata Anwar, ahli-ahli Parlimen dan parti politik dari kedua-dua negeri itu menyatakan sokongan untuk membentuk kerajaan sebaik sahaja beliau melangkah ke Parlimen.

Anwar telah menetapkan 16 September ini sebagai tarikh untuk membentuk kerajaan persekutuan baru.

Pembangkang yakin 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan pembentukan kerajaan baru.

Permatang Pasir merupakan satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Permatang Pauh.

Anwar bertanding atas kapasiti sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), anggota Pakatan Rakyat.

Beliau hadapi saingan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Kerusi DUN Permatang Pasir dipegang oleh wakil PAS.

Sambil menegaskan pendiriannya untuk membentuk kerajaan khususnya kembali ke Parlimen bukan satu "kerja gila", sebaliknya perkara itu telah lama dirancang.

"Sepuluh tahun saya menanti. (Tempoh) 10 tahun bukan satu masa yang lama," kata beliau dalam nada mendendang lagu.

"Saya tidak gila, saya memang sudah lama rancang," katanya lagi.

Malah dalam ucapannya itu Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri yakin akan kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau menyandang kerusi itu dari 1982 hingga 1999 dan kemudiannya oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut hadir pada ceramah itu.

"Wan Azizah sudah memaklumkan saya, meminta saya pada tahun 2004 (untuk bertanding)," katanya.

"Pada tahun 2004, saya dah kata kalau ada peluang saya akan bertanding," katanya.

Bagaimanapun tambah Anwar, beliau terus berhadapan dengan halangan termasuk menghadapi kes meliwat sekali lagi membabitkan Saiful yang bersumpah pada Jumaat lalu.

mStar Online difahamkan kedua-dua parti menggunakan isu berkenaan, antara lain mengedarkan rakaman upacara bersumpah Saiful dan bahan cetakan bagi mempengaruhi penyokong masing-masing.

Anwar keluar penjara pada 2004 tetapi berhadapan dengan larangan tidak boleh memegang jawatan politik dan bertanding pilihan raya selama lima tahun. Larangan ini berakhir sebulan selepas pilihan raya umum ke-12 yang berlangsung Mac lalu.

Malah dalam ucapannya itu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat yakin akan bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Pada 26 Ogos kita menang, pada 29 Ogos Perdana Menteri akan membentangkan Bajet (2009), saya akan duduk bertentangan dengan beliau (sebagai Ketua Pembangkang)," katanya.

Bagaimanapun katanya, peluang kemenangan itu tidak harus diambil mudah kerana ada cubaan untuk menghalangnya daripada ke Parlimen.

Sehubungan itu, Anwar memberitahu, pihaknya akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bahawa BN mengambil kad pengenalan daripada sebahagian pemilih dan menyimpannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil.

Sebuah blog pro-Anwar mendakwa BN berusaha untuk mengambil 20,000 kad pengenalan dan digantikan kad pengenalan palsu bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil minggu depan.

Bahagian Permatang Pauh terdiri daripada lebih 58,000 pemilih.

Comments (16)Add Comment
...
written by Jivathma, August 19, 2008 11:10:20
Yes DSAI, the rats will virtually do anthing to steal the election. Be prepared.
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by Rundukon, August 19, 2008 11:13:48
Bagaimana kalau kita meminta semua pemimpin UMNO/BN untuk menjunjung Quran, Bible, apa saja Kitab suci mereka bahawa mereka tidak rasuah, tidak ada skandal seks, tidak ada minum arak dan sebagainya. Dan kita minta Abdullah bersumpah bahawa dia tidak ada melakukan khalwat dengan Jeane sebelum nikah.
report abuse
disagree 1
agree 19
...
written by ctchoolaw, August 19, 2008 11:14:01
If DSAI and engineer the crossovers, then a new dawn will truly emerge in Malaysia. After 50 years, it has gotten to the point where the desire for positive change is very high. And, we really do need a government that can deal with the economy more effectively. http://ctchoolaw.blogspot.com/
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Langadon, August 19, 2008 11:50:35
Saya amat berharap pada 16 September ini akan menjadi sejarah hitam bagi UMNO/BN (Memang padan juga UMNO/BN terima ketulahan).
Sekiranya 16 september menjadi kenyataan, sejarah ini dapat menjahamkan dominasi UMNO/BN yang bongkak, bodoh, sombong, ego serta hanya pentingkan kesejahteraan knoni-knoni (Monyet-monyet)UMNO/BN. saya sebagai rakyat biasa Malaysia suda tidak sabar menunggu untuk mengakhiri penderitaan ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan asas yang lain.
saya berharap apa yang dikatakan oleh DSAI pada 16 september ini jadi kenyataan.
God bless you DSAI.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by A MI, August 19, 2008 12:28:38
BN mengambil kad pengenalan daripada sebahagian pemilih dan menyimpannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil.


I am totally against handing over my mykad to every Tom Dick and Harry who asks for it. This practice of asking for the NRIC and then going off somewhere on the pretext of checking should stop! Check infront of mykad owner and return card promtly..

More tricks in the bag UMNO? You never cease to amaze me as to how low you can your goons can stoop...
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Cinakelate, August 19, 2008 13:06:12
Dear Friend,
Please leave Jeane alone. She has no quarell with us
report abuse
disagree 3
agree 6
...
written by sjs, August 19, 2008 13:37:48
Let me give you my take on the swearing on the Quran. While I respect the various viewpoints by PAS Islamic scholars and Gus Dur of Nahdlatul Ulama, I am disappointed that they have not spelt out the punishment under Islam for such an action! PAS leaders have generally categorized the action as stupidity, while Gus Dur described it as un-Islamic. It is also understandable why UMNO leaders have a flawed definition of this action, which they use for their political mileage and to further reinforce the fabricated sodomy saga.

My advice to all ulamaks and Islamic scholars in Malaysia, please do not just pass your viewpoints on this matter. The swearing on the Quran is a true mockery of the holy book.
More so if the action is carried out by the guilty! Please pass your verdict of punishment for such an action to deter further and similar wrong-doing in the future.

If you are doubtful as regards to the type of punishment to be meted out, as it may not have been spelt out by the syariah laws, then I suggest the punishment to be somewhat similar to that of “manipulating/desecrating the Quran”.

Finally I wish to state here that I am a Hindu, an Islamic scholar but a kafir under your definition. Who is the real kafir? A Hindu who respects the Quran or a Muslim who manipulate the Quran?
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by Rock, August 19, 2008 14:34:53
Ulamaks can give their views and fatwas. Only Syar'iyah Court can decide whether he's guilty of an offence and be punished accordingly.
report abuse
disagree 2
agree 1
...
written by asguard, August 19, 2008 15:02:39
Sent out your PKR supporters to garner information on BN/UMNO what else that they are willing to just make Anwar look bad..THEY ARE THE WORST HANTUS ever has been seem since begining world creation...
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by ibabonma, August 19, 2008 15:47:56
I still insist "A frailer and a battered 61-year-old Anwar was strong enough to screw a 23-year-old six-footer’s *******?"
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by budakindia, August 19, 2008 17:31:25
Hidup Anwar! smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by The bags, August 19, 2008 19:38:49
kini saya dapat rasaikan persahabatan saya dgn rakan2 dari kaum lain lebih erat apabila kami bincangkan isu2 agama / kaum . Selama ini ianya dianggap sensitif ....TAK KENAL MAKA TAK CINTA....
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by The bags, August 19, 2008 19:39:56
LET SEND ANWAR TO PARLIAMENT , SEND ALTANTUYA KILLER TO HELL......
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by OMARZ, August 19, 2008 23:22:32
Isu angkat sumpah saifool...jadi modal yang dipertontonkan dalam kempen UMNO di Permatang Pauh, dimanakah nilai DEMOKRASI kepimpinan kerajaan BN yang dipelopori oleh golongan mereka yang dikatakan cerdik pandai , sehingga tekad mempergunakan agama semata-mata untuk kepentingan agenda politik mereka...di manakah hilang nilai DEMOKRASI sebenar yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN...NILAI ini telah jauh terpesong daripada perjuangan politik sebenar yang membela rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang, status, agama...Bangkitlah wahai saudara-saudari di Permatang Pauh..bangkitlah menentang keTIDAKADIlan yang selama ini membekam mencengkam menerkam....hak yang sebenar dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat yang dinamakan rakyat MALAYSIA...beri peluang untuk SATU PERUBAHAN...
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Tom n Jerry, August 20, 2008 07:01:09
Sungguh menjijikan-*telah memasuki zakar-nya kedalam lubang dubur saya;saiful telah mengucapkan kepada Allah di masjid;alhamdulilah dia masih hidup ,belum masuk neraka;mungkin masa nya suda singkat;pembohong nombor satu,tak tahu malu!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Abajawi, August 20, 2008 23:24:14
Manusia sudah hilang rasa malu apabila diumpan dengan wang ringgit. Jika ada rasa malu, mereka tidak akan membuat pengakuan seperti apa yang dilakukan oleh 'Shameful' -- lihat posting di atas oleh Tom n Jerry! Shameful kini sudah jadi selebrity BN--sehingga Najib DPM pun mengaku Shameful ini kelihatan 'jambu' pada mata najib. Akau nak tanya Najib, 'Ai, ada apa-apa ke antara kamu dengan Shameful ini, oi Najib? Bukan apa-apa, aku ingin tahu aje, manalah tahu? Kot-kot ada sesuatu yang rakyat Msia patut tahu. Kan Subaramaniam ada buat surat sumpah yang mengatakan Kau Najib pun suka 'cara luar biasa' ni.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Abolish ISA
RPK Lost Freedom
56 days 2 hours 10mins

(12Sep2008 1310 to 07Nov2008 1520)
Rent A Car Here
People's Declaration
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Sponsored Links

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

 BLOGGERS AGAINST ISA
Terenganu by-Election 2009

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM