A+ | A- | Reset

Saiful: Tindakan saya bukan bertujuan politik! PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 16 August 2008 11:34

KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.

Tindakan itu mengakhiri penantian pelbagai pihak untuk melihat pendirian Saiful yang telah menyatakan untuk bersumpah kira-kira sebulan lalu.

Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, 'Uncle Pet', beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.

Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara 'bermubahalah' dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.


Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi sejurus membacakan sumpah 'mubahalah'.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

---------------------------------------------------------------------------------------------

KOMEN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan akuan bersumpah bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai politik murahan ketika "kempen".

Di sini, Anwar berkata ia merupakan permainan taktik kotor Umno dan Barisan Nasional.

Penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pagi esok.

Ketika bercakap kepada wartawan di kawasan Permatang Pasir, di sini malam ini, Anwar berkata beliau telah merujuk dakwaan kes meliwat itu kepada Mahkamah Syariah.

"Saya telah merujuk kepada Mahkamah Syariah berkenaan dakwaan ini sebulan yang lalu dan pihak mahkamah mahu menemui Saiful tetapi polis tidak membenarkan pegawai mahkamah berjumpa dengannya (Saiful).

"Permainan apa ini? Apa polis punya permainan. Kalau nak ikutkan prosedur Islam, pergilah ke Mahkamah Syariah. Ini gimik politik," kata beliau.

Anwar menambah, sehari sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Pematang Pauh beliau telah didakwa di mahkamah dan menjelang hari penamaan calon esok upacara bersumpah Saiful pula diadakan.

"Ini politik kotor Umno yang terdesak," kata beliau.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majlis Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tinjauan mendapati sebelum itu Saiful melakukan sumpah, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar tadi setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful. 

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Dalam pukul 5.30 petang tadi, lebih kurang 30 wartawan cuba menyelinap masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan untuk melihat apa yang berlaku tetapi telah dihalau oleh pihak keselamatan pada mulanya.

Apabila ditanya kenapa wartawan dihalau, pihak keselamatan berkata itu, adalah arahan pihak atasan.

Bagaimanapun, pihak wartawan berjaya juga memasuki masjid itu.

Difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.  

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana  Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu."

- mStar

Comments (7)Add Comment
...
written by justice, August 16, 2008 11:42:22
Saiful: Tindakan saya bertujuan wang!

report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Bandit, August 16, 2008 12:03:42
Good timing saifool. Orang yang betul betul meliwat awak awak adalah orang bangsa kaum sendiri dari suku UMNO. UMNO memang dah pakar meliwat Malaysia lebih 50 tahun. Setiap tahun semua babi UMNO pergi ke Makkah untuk umrah yakni cuci dosa dan Tuan Allah akan maafkan. Adakah UMNO sudah belikan tiket penerbangan Businessclass all paif for untuk awak mencuci dosa awak di Makkah Saifool?
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by karpi77, August 16, 2008 12:13:29
Ya Allah tunjukkanlah kuasa Mu kepada semua Umat di muka bumi ini!! dengan rendah diri ku minta agar Kau tunjukkan kebenaran di dalan kes yang menimpa rakyat malaysia ini, Ya Allah jika anwar ibrahim di pihak yang benar kau tunjukklah kuasa Mu kepada saiful,jika saiful di pihak yang benar kau tunjukkan kuasa mu kepada anwar ibrahim.AMIEN
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by BORN FREE, August 16, 2008 12:57:20
Ya la, bukan politik alasan nya yang sebenar TETAPI $$$$$
Tentu la, sesiapa pun boleh sumpah, lepas tu pergi Mekka untuk haj
dosa dosa yang kau buat dah di maafkan ! Balik semua sudah jadi suci
sekali ! Oh Saifool !! Pandai betul !!

report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Malaysiaku, August 16, 2008 13:56:40
Ya, betul. Tujuan bukan politik tapi untuk wang aje. If I did not respect the gay community, I would have called you a ****ing lying retarded 'Pondan'.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by shamadz72, August 16, 2008 16:29:11
Wahai Saiful & Mufti Perlis (yang dibayar gaji oleh BN), tahu tak kamu bahawa zaman Rasulullah dulu tu mana ada lagi Al-Quran yang lengkap dalam bentuk kitab. Bukankah Al-Quran tu di turunkan dalam bentuk wahyu berperingkat2 kepada junjungan besar kita Rasulullah SAW? Bukankah ini satu perkara amalan bidaah? Tahukah kamu semua apa maknanya Bidaah? Bertaubatlah kamu semua yang menganut Islam Hadhari dan kembalilah kamu ke jalan Islam yang sebenar.

Nasihat ikhlas dari saudara satu Islam
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Fart Fart Wah, August 16, 2008 21:49:17

Saya Saiful Bukhari sumpah atas Koran UMNO bahawa saya telah diliwat oleh Anwar. Pada masa saya diliwat saya tidak bantah atau melawan dia. Ini kerana pada masa zak**r nya memasukki du*ur saya , dan dia kemut, perasaan syiok hingga kecapi kemuncak yang saya terima telah membabibutakan saya bahawa ini adalah dosa dan salah dari sisi agama dan Allah UMNO. Saya tiada daya untuk menahan diri saya dan akhirnya saya serah diri kepada perasaan yang membawa saya kepintu syurga.
Anwar telah mengambil kesempatan kerana saya anak UMKU( umno melayu kurang upaya). Ini adalah benar . Saya tidak melaporkan perkara ini awal-awal kerana pada masa itu saya belum terima commission RM 2,000,0000. dari UMKU dan Godfather saya Najis

KORAN PALSU..TIADA BUKTI ..INI MUNGKIN KORAN UMNO...

report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM