A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Special Reports arrow Kisah hidup mati di Permatang Pauh dan teori calon BN

Kisah hidup mati di Permatang Pauh dan teori calon BN PDF Print E-mail
Posted by admin   
Wednesday, 13 August 2008 18:30

Ada kemungkinan Ezam Mohd Noor yang lebih awal mempelawa diri bertanding melawan bekas bosnya akan mendapat laluan sekiranya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin campur tangan dalam pemilihan calon kali ini.

Wan Nordin Wan Yaacob, HARAKAH

Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pengumuman tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 6 Ogos lalu, seluruh perhatian rakyat tertumpu kepada Parlimen yang menempatkan sejumlah 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos.

Pilihan raya kecil di Permatang Pauh kali ini lebih bermakna apabila ia dikaitkan dengan soal perjalanan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menuju ke Putrajaya

Namun paling menyakitkan lagi, pilihan raya kecil itu juga sebenarnya menjadi penentu kepada Umno-BN samada akan terus dikuburkan rakyat tatkala parti pemerntah semakin bergolak dengan kemelut dalaman pentadbiran goyah, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tanggal 16 Ogos adalah tarikh yang bakal menentukan siapa lawan kepada Anwar yang akan ditampilkan Umno untuk mencabar populariti bekas TPM itu sejak Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Pirdaus, Ezam atau Jalil?

Nama-nama seperti, Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Dato' Jalil Abdul Majid disebut-sebut sebagai calon BN selain ada juga suara nakal yang mahu bekas Ketua AMK, Ezam Mohammad Noor menentang Anwar.

Selain dua nama hangat itu, bekas calon BN semasa Pilihan raya Umum ke-11 dan 12, Dato' Pirdaus Ismail dan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato' Zainol Abidin Othman turut dikaitkan dalam usaha BN menghalang hasrat Anwar untuk menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat selepas isterinya meninggalkan jawatan itu 31 Julai lalu.

Paling teruja untuk menentang Anwar ialah, Pirdaus yang juga bekas imam Masjid Negara yang masih terngiang-ngiang dengan kekalahan teruk pada pilihan raya umum 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi.

Umum menyedari, walaupun siapa nama yang dijangkakan untuk dicalonkan BN bagi menentang Anwar, keputusan akhir akan terletak di tangan Presiden Umno.

Khairy boleh tentukan

Ada kemungkinan Ezam Mohd Noor yang lebih awal mempelawa diri bertanding melawan bekas bosnya akan mendapat laluan sekiranya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin campur tangan dalam pemilihan calon kali ini.

Ezam kini sangat dikenali dengan ceramah-ceramah perdananya menghentam Anwar di sana-sini, malah turut menghebahkan dakwaan bahawa beliau memiliki rahsia besar Anwar.

Seingat penulis, sewaktu Ezam menjadi 'ayam tambatan' Anwar sekitar 1998 hingga 2004, beliau pernah mendedahkan ada 'enam kotak rahsia' berhubung Umno, namun hingga kini entah ke mana perginya enam kotak rahsia tersebut.

Mungkin, kotak-kotak itu kini terus menjadi simpanan Ezam yang juga kenalan penulis selepas beliau bebas dari tahanan dan menubukan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) bersama rakan, Abdul Ghani Haroon.

Apa-apapun penulis tidak pernah membuang jauh persahabatan dengan beliau, walaupun kami berbeza idealogi politik selepas Ezam menyertai semula Umno beberapa bulan lalu.

Tampak lebih meyakin BN jika Ezam dicalonkan dalam usaha menyerang Anwar yang sedang berhadapan dengan dakwaan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan yang telahpun menghadapi pertuduhan di mahkamah 6 Ogos lalu.

Ezam mungkin boleh meyakinkan menantu Perdana Menteri untuk memberi nasihat supaya namanya diletakkan sebagai calon menentang Anwar dengan segala pengalaman bersama Anwar sebelum ini.

Laluan mudah dan teori Mahathir

Di pihak Anwar pula, mungkin dengan tercalonnya Ezam mewakili BN, satu peluang yang lebih cerah boleh diimpikan kerana segala-gala rahsia bekas Ketua AMK itu ada dalam pengetahuan rakan-rakan dalam KeADILan.

Bekas teman rapat Ezam, Badrul Hisham Shaharin sendiri sebelum ini beberapa kali mendedahkan dakwaan keterbabitan Ezam dalam konspirasi memfitnah Anwar.

Apapun, peristiwa 16 dan 26 Ogos ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada politik Umno-BN yang kini mula tidak diyakini rakyat, malah jika silap percaturan Umno-BN akan berhadapan titik-titik ajal kepada hayat parti itu.

Namun rakyat tidak boleh meninggirkan beberapa siri kenyataan Perdana Menteri yang cenderung kepada membentuk fikiran rakyat bahawa BN akan berusaha mengurangkan majoriti undi.

Penetapan tarikh hari bekerja pada Selasa 26 Ogos bagi pembuangan undi itu sendiri pun sudah memberi signal awal bahawa BN sedang berusaha mengurangkan majoriti undi yang dimenangi Wan Azizah pada 8 Mac lalu.

Dengan meletakkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi, usaha mengurangkan jumlah keluar mengundi mungkin bakal berjaya dan ia akan menyumbang kepada pengurangan majoriti sekiranyan Anwar menang.

Dengan mengurangkan majoriti undi, Umno sedikit sebanyak akan menggunakan fakta tersebut untuk dimuatkan dalam media arus perdana bagi meracuni pemikiran rakyat bahawa sokongan terhadap Anwar berkurangan.

Walhal seperti kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ia adakah taktik Umno-BN yang sudahpun dikesan sebaik pengumuman tarikh dibuat SPR.

Namun, segala-galanya akan terjawab sebaik sahaja peti-peti undi ditutup untuk proses pembuangan undi pada jam 5.00 petang, 26 Ogos 2008.

Apakah ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar akan menang besar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi kenyataan, sama-sama kita nantikan.

 

Comments (19)Add Comment
...
written by Evol, August 13, 2008 18:48:50
We will make sure you sink like Titanic and will be never ever be seen any more in the future of Malaysia!
report abuse
disagree 2
agree 55
...
written by ohuat, August 13, 2008 19:17:56
RED Alert ! There are possibility that they will disqualify Anwar from contesting due to "error" in nomination papar. Be very careful.
report abuse
disagree 2
agree 19
...
written by 4country, August 13, 2008 19:37:06
Siapa Masuk gelanggang pun tak kisah!
Kemenangan PKR ialah kenyataan!
Mati UMNO Hidup PKR! Hidup rakyat!
UMNO tak kalah saya telan peluru!
report abuse
disagree 1
agree 21
...
written by shan, August 13, 2008 19:37:18

ITS THE FINAL COUNTDOWN!!!
report abuse
disagree 2
agree 39
...
written by laksa maner, August 13, 2008 19:44:11
TDM pun dah tak yakin dengan BN & UMNO. Apa lagi grassroot UMNO. Mengundi UMNO seperti melepaskan anjing tersepit. Lepas menang dia gigit. Lupakanlah UMNO.
report abuse
disagree 2
agree 36
...
written by LILIN, August 13, 2008 20:58:32
old DNA help identify dead soldier after 60 years!
http://www.worldfutures.info/News/Latest/Old-DNA-helps-identify-dead-soldier.html
report abuse
disagree 5
agree 4
...
written by asguard, August 13, 2008 20:59:17
Tak kira siapa bakal dipilih oleh bARANG nAIK untuk bertanding di Permatang Pauh tiada perbezaan... yang tetap menang adalah Anwar...
report abuse
disagree 2
agree 22
...
written by DXB2008, August 13, 2008 21:02:19
Will PKR face another unexpected revolt from within during this by-election?http://1426.blogspot.com/2008/...st-yb.html
report abuse
disagree 5
agree 3
...
written by Richy, August 13, 2008 22:56:38
According to Malaysian insider lawyer Shafee has obtained restraining order against RPK from further defamation. Also he has gotten a court order to compell RPK to reveal all commentators details.

Wow. it's going to be another few million suit against RPK.
report abuse
disagree 4
agree 2
...
written by Alpha, August 13, 2008 23:13:58
To all the people,

I think Dr. Syed Husin Ali is 1000x better than chandra muzaffar. Does anyone agree? I think the reasons are clear. Please vote. Just my 2 cents worth. Thanks.
report abuse
disagree 0
agree 25
...
written by rayden chan, August 13, 2008 23:37:54
Pirdaus, Ezam atau Jalil?
Where's my Samy Value?

The Star newspaper today say that he's offering himself le...
Is that true?
God, our savior has arise!!
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by boeytahan, August 13, 2008 23:50:39
http://boeytahancurious.blogspot.com/
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by hiro, August 14, 2008 00:01:05
So much speculation yet all inaccurate. It's Arif Shah and his opening shot is along the lines of provision of service. Jezz... can't they think of anything more original? Who cares about what services you can bring to Permatang Pauh when there are kazillion more pressing issues that the nation is confronting, including certain sectors of backwards Bumi who can't even take 10% competition at UiTM...

Anwar will bury him, god willing...
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by Langadon, August 14, 2008 08:18:37
mana-mana calon UMNO atau BN yang bertanding untuk melawan Anwar di Permatang Pauh hanyalah untuk mencukupkan syarat pilihanraya kecil serta jangan `kalah malu'. tetapi walaubagaimanapun, Calon UMNO/BN umpama bunuh diri di Permatang Pauh. Bravo Anwar
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by CL Lee, August 14, 2008 12:17:45
Permatang Pauh = PP = People's Power
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by CL Lee, August 14, 2008 12:20:58
Permatang Pauh = PP = People's Power
This is where it begins..... the POLITICAL STAMPEDE.... after the 308 tsunami...
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by The bags, August 17, 2008 14:47:11
Kes liwat ini tak pentinglah , samaada betul diliwat atau tidak biarlah DSAi dan si saiful jawap di alam kubur mereka . Kalau nak banding dgn si altantuya lagi kes liwat ini tak penting , saiful tak mati , si altantuya dah berkecai . Tg penting nasib seluruh rakyat Malaysia. Rakyat kita rajin bini kerja , laki kerja dan anak pun kerja tapi tak berharta kalau adapun rumah kecil kereta kancil . Rakyat di negara luar malas tapi mereka berharta walaupun negara mereka apapun tak ada .... marilah undi untuk anwar...lupakanlah kes saiful....
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by The bags, August 17, 2008 14:53:18
saya boleh terima DSAI tak sumpah macam si saiful sebab dia pemimpin , dia perlu ikut undang2 dan hukum Islam . Si saiful itu budak rakyat biasa . Kalau semua orang yg disyaki buat salah , sumpah maka penjara kajang akan kosonglah , jenayah makin banyaklah . Lagi pun perbicaraan belum mula , apasal si saiful tak sabar-sabar nak sumpah....timming pun cantik esok DSAi nak calon malam ini si saiful sumpah....perbuatan si saiful ini boleh dikira nak mempengaruhi keputusan hakim atau menganggu pembicaraan lebih-lebih lagi di mahkamah syariah .
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by The bags, August 17, 2008 14:59:02
Saya harap pengundi di Permatang Pauh perlu sedar dan sesedar-sedarnya . Kes saiful tak penting....kalau DSAI buat biarkan dia atau si saiful jawap di dlm kubur masing-masing....Yg penting belanja rumah kita dah bertambah , nak makan pun susah , Anwarlah satu-satunya peluang kita kalau kita nak hidup senang . Undilah wahai wiraku di Permatang Pauh , undilah walau bertapa susahnya mengundi pada hari itu demi seluruh rakyat Malaysia.......
report abuse
disagree 1
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Abolish ISA
RPK Lost Freedom
56 days 2 hours 10mins

(12Sep2008 1310 to 07Nov2008 1520)
Rent A Car Here
People's Declaration
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Sponsored Links

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

 BLOGGERS AGAINST ISA
Terenganu by-Election 2009

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM