|
Dari Permatang Pauh ke Putrajaya |
|
|
|
Tuesday, 12 August 2008 19:03 |
|
Malaysia kaya dengan sumber asli Minyak memancut keluar tanpa henti Petronas tak habis-habis cari dan gali Petronas teruk-teruk gali orang lain joli
Kelapa sawit dan getah disana-sini Bahan mineral seperti timah dan besi Di Penang pula terdapat banyak industri Pelabur ternama macam Intel dan AMD Kalau nak jadi world class dah cukup resepi
Namun sayang tidak setanding dengan jiran Kalau banding dengan Singapore jauh ketinggalan Apakah masalah utama ialah pucuk pimpinan Tun M meninggalkan lebih banyak beban Yang tercalar teruk ialah sistem kehakiman Hakim bersekongkol dengan peguam kanan Imej polis tercorot sebagai penjaga keamanan Bekas Ketua Polis sendiri terlibat kes penderaan Harapkan pagar tapi pagar makan tuan
Bila Dollah naik rakyat menaruh harapan Moga-moga dapat diperbetulkan kepincangan Moga-moga barah rasuah dapat dihapuskan 2004 kemenangan besar buat Dollah dan Barisan Namun sayang Dollah pula lupa daratan Hidup dalam khayalan dan awang-awangan Lebih banyak tidur dari bekerja mengejar wawasan Rupanya Dollah lebih suka mengejar kemewahan Anak-anak sendiri kaut harta bukan main sakan Dan banyak dengar nasihat menantu kesayangan Ekonomi negara pincang masa depan tak ketahuan Dollah meneruskan Tun M punya warisan Hakim besar dilantik dari beberapa kenalan Ketua Polis dilantik dari personaliti yang meragukan Macam tak ada orang lain kena lantik anak Haji Hassan Dollah masih degil tak mau letak jawatan 2010 cuma gimik Najib mungkin disingkirkan
Negara amat memerlukan pemimpin berkarisma Untuk membawa negara ke dalam peta dunia Pemimpin yang mampu menyatupadukan semua Pemimpin yang bersikap adil dan saksama Pemimpin yang dapat menghapuskan pelbagai gejala Rasuah, dadah, jenayah, dan salah guna kuasa Adakah kita akan dapat PM yang baru di Putrajaya Marilah wahai rakyat Malaysia sama-sama kita berdoa!
Keris Silau 12 Ogos 2008
|
Malaysia kaya dgn C4 experts
Malaysia kaya dgn Corrupted experts
Malaysia kaya dgn Falling Bridge experts
Malaysia kaya dgn Hospital Bocor experts
Malaysia kaya dgn Hospital Berkuman experts
Malaysia kaya dgn Pencuci Wang experts
Malaysia kaya dgn Pemukul Rakyat experts
Malaysia kaya dgn Racist experts
Malaysia kaya dgn ISA experts
Malaysia kaya dgn OSA experts
Tapi satu pingat emas dlm Olympic pun blm ada lagi. Mungkin dlm acara sodomy kita layak dpt emas.