A+ | A- | Reset
Home

Apabila menantu Nik Aziz Disiasat BPR? PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 09 August 2008 11:33

Sekarang natijah daripada surat layang berkenaan dan kedatangan pegawai BPR ke pejabat PMBK itu umum sudah tahu yang seorang menantu MB Kelantan bekerja di situ.

http://msomelayu.blogspot.com/

MENURUT prinsip undang-undang seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi mahkamah tidak memutuskan ianya bersalah. Bagaimana pun dari segi moral apabila seseorang itu ditangkap dan disiasat ia memberi persepsi yang kurang baik.

Dengan mengira tidak ada sebab polis menyiasat kita atau pegawai BPR mengerumuni rumah kita sekiranya tidak ada sesuatu yang boleh membawa mereka ke situ. Selalunya adalah masalahnya kalau tempua bersarang rendah!

Biasanya baik polis, BPR dan pegawai keselamatan lain akan bertindak, menyiasat, memantau dan menangkap apabila ada laporan dibuat. Itulah prinsip dan amalan dilakukan oleh badan penguasat kuasa (enforce) di negara-negara di seluruh dunia.

Apabila BPR dilaporkan memasuki ke pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ia memberi berbagai tafsiran. Mesti ada sesuatu yang tidak kena berlaku sehingga pegawai BPR bergegas ke sana. Jangan fikir ia sebagai satu strategi untuk memburukkan MB atau kerajaan, tetapi pegawai BPR berkenaan pastinya bertindak berpandukan asas-asas logik baginya.

Menurut laporan akhbar semalam BPR sudah mula menjenguk ke pejabat PMBK yang terletak di bangunan bersebelahan dengan kompleks Kota Darulnaim itu. Beberapa dokumen juga telah diambil. Kedatangan BPR itu ialah ekoran tersebarnya surat layang yang mencerca perbadanan yang dipengerusi oleh Tok Guru Nik Aziz itu. Orang yang menjadi sasaran dalam hal ini ialah menantu MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas itu, bernama Ariff Fahmi Abdul Rahman.

Sebenarnya kedatangan pegawai BPR ke pejabat-pejabat kerajaan seperti itu perkara biasa. Tetapi seperti juga dihuraikan tadi pemergian itu akan ditafsirkan dengan berbagai makna dan pengertian prejudis. Kedatangan ke pejabat PMBK itu bukan perkara baru, sebelum ini BPR juga pernah singgah di pejabat salah seorang Exco kanan dan mengambil beberapa fail dan dibawa ke pejabat BPR di Wisama Persekutuan Jalan Bayam.

Sekarang natijah daripada surat layang berkenaan dan kedatangan pegawai BPR ke pejabat PMBK itu umum sudah tahu yang seorang menantu MB Kelantan bekerja di situ. Tidak ada masalah kalau menantu MB bekerja di situ. Menantu Perdana Menteri bernama Khairy Jamaluddin juga bekerja di pejabat di bawah bidang kuasa Abdullah Badawi. Jadi kalau dicongkak dan dikalidharabkan sama saja.

Di sini saya tidak mahu mempersoalkan itu. Menantu MB itu berhak berkerja di mana sahaja mengikut kelayakannya. Dan kedudukan bapa mertuanya sebagai MB dan pengerusi syarikat itu sepatutnya tidak menghalangnya.

Hal sama pernah dikatakan Mahathir Mohamad, “maka sukarlah anak-anak saya untuk cari makan di Malaysia kerana bapanya Perdana Menteri. Ini tidak adil,” begitulah kata Mahathir. Kita faham dan mengerti maksud kata-kata Mahathir itu.

Bagaimana pun hadith Mahathir itu sepatutnya tidak dituruti atau diambil sebagai justifikasi. Mengambil kira kata-kata Mahathir atau apa yang berlaku di sekitar Abdullah itu untuk menjustifikasikan apa yang menimpa kita samalah seperti apa yang berlaku kepada Pak Pandir yang kematian anak dengan mengatakan anak orang lain juga mati walhal mayat yang ditemui dijalanan itu adalah anaknya sendiri yang tercicir dari keranda!

Sebenarnya kebimbangan mengenai akan berlaku konflik interest dalaman hal seperti ini sudah lama diwaspadakan. Pernah satu ketika anak beranak Tok Guru itu dikatakan membuat protes dalaman apabila MB itu bersetuju dengan satu cadangan untuk menggantikan Pengarah Eksekutif Syarikat Air Kelantan, Fauzi Abdullah yang ketika itu menghadapi masalah dengan Ariff Fahmi Abdul Rahman menantunya itu.

Nasib baik kejadian itu disedari anak beranaknya dan mencegah Tok Guru itu agar tidak melantik Ariff Fahmi. Bantahan itu pun katanya disaat-saat akhir di mana ketika Tok Guru sudah melangkah untuk turun rumah menuju ke pejabat dan menghadiri mesyuarat bagi tujuan perlantikan itu.

Katanya dengan berat hati beliau telah memaklumkan semula kepada orang yang mencadangkan nama Ariff Fahmi itu bahawa Ariff Fahmi tidak boleh dilantik mengganti Fauzi kerana dibimbang timbul masalah dikemudian hari.

Ekoran penolakan cadangan itu juga menyebabkan Fauzi Abdullah kekal sampai kini menjadi Pengurus Eksekutif Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd.

Beberapa persoalan timbul di sebalik isu yang boleh dikaji dan seharusnya difahami oleh YAB Menteri besar Kelantan itu. Apakah cadangan perlantikan Airff Fahmi sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK itu adalah atas cadangan orang yang sama mencadangkan agar Ariff Fahmi mengganti Fauzi Abdullah itu dulu?

Apakah cadangan itu mempunyai motif politik tersendiri yang dibuat secara penuh taktikal untuk memburukan imej dan maruah Nik Aziz sebagai MB Kelantan? Kalau anggapan ini benar maka ia kini telah membuahkan hasil. Apa yang berlaku kini sedikit sebanyak mencalarkan peribadi Nik Aziz sebab PMBK berkenaan adalah di bawah bidang kuasanya sepenuhnya. Calaran itu tidak boleh disapukan dengan mengambil sikap seperti Pak Pandir tadi dengan menuduh menantu PM juga bekerja dengan pejabat Perdana Menteri!

Dalam pada itu sudah pasti Nik Aziz tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas PMBK itu. Tugasanya yang banyak tidak mungkin beliau dapat memantau perjalanan PMBK berkenaan hanya akan mengambil peduli apa yang penting saja. Dalam hal ini pasti beliau serahkan sepenuhnya kepada penasihatnya.

Yang memusykilkan kini apakah bahana dan kesan perlantikan Ariff Fahmi di situ tidak terfikir oleh para penasihatnya? Nik Aziz sering mengkhabarkan bahawa penasihatnya seorang yang cerdik dan pandai mencari ‘pitis’ untuk Kelantan. Apakah orang pandai juga boleh silap ke? Ataupun memang perlantikan berkenaan adalah agenda dwi penasihat yang dikatakan sering menggunakan lorong tikus ke Pejabat MB itu!

Adalah diharap dalam usia yan sudah lanjut dan sering keuzuran Nik Aziz tidak mudah menerima nasihat daripada sesiapa saja tanpa membuat pemeriksaan serapi mungkin terlebih dulu. Seboleh-boleh janganlah menggunakan dua tiga orang penasihat sahaja atau terus menerima khidmat penasihat lama, sebaliknya carilah seberapa ramai yang boleh.

Yang penting Tok Guru kena ingat kepada pepatah ada sokong yang membawa rebah. Hakikinya kini ada orang yang sudah lama terliur untuk duduk di kerusi yang kerangkanya dibuat dari kayu cengal merah yang terpilih itu!

Comments (14)Add Comment
...
written by Rozlan, August 09, 2008 13:11:09
Adalah perkara biasa bagi BPR dan polis akan bergegas menyerbu mana mana institusi yg dikuasai oleh musuh musuh UMNO walaupun clue nya hanya secebis nota tanpa tandatangan..Sebab bagi kedua dua badan ini musuh UMNO ada lah juga musuh mereka..Tetapi persoalan didalam kes ini apa dia kesnya?
report abuse
disagree 1
agree 25
...
written by Wisdom above, August 09, 2008 13:12:34
See BN Umno machinery & MSM media spin are turning their focus and attacking Tok Guru Nik Aziz now !

PAS must be 'Vigilante' now, since 3 Moles in PAS have been exposed by Penarikbeca and many others!

Syabas Barisan Rakyat.
report abuse
disagree 1
agree 27
...
written by Awaken64, August 09, 2008 13:57:57
Hi BPR !!!!

Menantu PM .... si beruk KJ bila pulak nak disiasat????
report abuse
disagree 1
agree 50
...
written by tarantula, August 09, 2008 14:10:52
Beruk KJ mana boleh disiasat? dia lari sana, curi makan sini harap-harap suatu hari nanti si beruk ini jatuh ke mulut harimau. Biar MAMPUS.
BPR ta ada guna lah! Case mercedes, moon-son, sebut apa-apa case lah ... berapa peratus BPR sukses? Macam penis sudah ta boleh naik lah ...tongkat ali pun ta boleh tolong.
report abuse
disagree 3
agree 27
...
written by Sribayu, August 09, 2008 15:54:41
BPR pilih bulu?

3-4 bulan yg lepas ada laporan dibuat keatas Menteri Besar N. Sembilan tentang 2 saudara lelaki MB yg dilantik sebagai YPD di Nilai & Seremban tapi hingga kini kes tu senyap je....

BPR tentu dapat sogokan kot.

Hmm.. kurang2 dapat baucher free pergi umrah kot... Bak kata Ketua Hakim Negara dlm kenyataannya semalam kini terdapat banyak hakim2 buat benda yg haram untuk kerjakan yg wajib.

Dunia nak akhir zaman....
report abuse
disagree 0
agree 25
...
written by Ken Liew, August 09, 2008 16:20:01
UNMOral: JOM!! minum Kopi.
BPR: Apayang hendak saya buat TUAN!

UNMOral: Semua yang menentang saya adalah musuh!
BPR: ya, tuan. Saya bercadang untuk menurunkan maruah semua Ketua Musuh Tuan.

UNMOral: Macam mana???? Saya malas nak pikir!
BPR: Kita boleh buat siasatan. dan Media boleh membesar-besarkannya.

UNMOral: Baik! Ingat, kamu tidak pernah jumpa saya...... HAHAHHAA
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by Debbie, August 09, 2008 17:17:45
Really sickening..other bigger corruption cases going on and as usual, choose the least worrying stuff.

Keep up the good work BPR...the whole world is looking and laughing at you guys.

And as for the f...g cops..where are the missing kids and the murderers of nurul and god knows how many else?

Have they been forgotten?

Dont forget it could have easily been one of your own.

shalom
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by born2reign, August 09, 2008 18:00:10
For those PAS members who still want ketuanan melayu and malay unity...this is the real meaning of how UMNO treats their brothers. Party first, blood last.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by DXB2008, August 09, 2008 18:40:40
Maori has lost ketuanan long time ago http://1426.********.com/2008/...riors.html
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Celik, August 09, 2008 18:56:41
Its understood why BPR act like lightning. To me its also ok if they want to investigate Tok Guru's family. Nothing to be afraid off. I believe Tok Guru will be impartial i.e if his son-in law is proven wrong he would accept it. I hope it would be otherwise.

What puzzled us is what about the 6 boxes that EZAM said earlier as well as other cases KJ for example and other big names from the era of Tun Mahathir until today?

Till when will the selected prosecution goes onnnnnnn??????
celik
http://www.howtospeedupmypc.net
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by laksa maner, August 09, 2008 20:26:27
hemm..kalu musuh UMNO secebis nota atau khabar angin pun boleh hantar BPR. Kalu orang UMNO /BN, kena ade bukti kukuh sebelum menyiasat.

Undang2 apa ni? Undang2 UMNO?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Kerajaan Rakyat, August 09, 2008 22:45:07
Kalian tunggu 4 bulan dari sekarang, Tiada satu kes pun yang BPR dapat.

Ini semua lakon layar yang diarah oleh UMNO. Nak tanya sikit kepada BPR. "Kesialan dan kecelakaan yang berlambak dilakukan oleh umno kenapa engkau orang tidak siasat?.
Memang siallah BPR ni".

http://www.kerajaanrakyat.com/
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by pokwee, August 10, 2008 10:59:05
isu yang sensitif, tetapi mso lebih tahu politik kelantan who's who dalam pas; mso patut lebih terbuka siapa yang dimaksud "dua tiga penasihat lama"; mengambil catatan @ ingatan mso; quote "Calaran itu tidak boleh disapukan dengan mengambil sikap seperti Pak Pandir tadi dengan menuduh menantu PM juga bekerja dengan pejabat Perdana Menteri!" & pendekatan "a leader has not only be clean but has to seen as clean". takut2 komentar & ulasan 'backfire' kpd kerajaan kelantan @ tgna, terus memberi ruang manipulasi oleh perombolan umno@bn. saya yakin kemelut 'kecil' ini boleh diatasi dgn mudah & bijak. sokongan penuh tetap kpd tgna!!!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by MyView, August 10, 2008 21:45:17
KJ baru menantu. Anak dia sendiri.
projek Monorel dan BAS Scomi Mtren ????
BPR aku tahu hang jalankanperintah aje.
Kau tak salah. kau siasat aje lah..pastu kata takde kes.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM