A+ | A- | Reset
Home

Permatang Pauh tiket Anwar ke Putrajaya PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 02 August 2008 09:46

Jika mengikut trend sokongan rakyat, walaupun mungkin boleh wujud manipulasi BN bagi Bandar Tun Razak, Gombak atau Kulim-Bandar Baharu, Anwar dijangka tidak akan melalui jalan yang sukar untuk memenanginya.

Mohd Rashidi Hassan, HARAKAH

Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali ke Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008.

Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama 16 tahun mulai 1982 sehingga 1999. Kerusi tersebut yang terpaksa dilepaskannya akibat dipecat, didakwa dan dimalukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu.

Kerusi tersebut terus diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga semalam (31 Julai 2008).

Kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan hanya semata-mata untuk menunjukkan kasih sayang seorang isteri kepada suami.

Ke mana sahaja Wan Azizah pergi dan memegang jawatan sama ada Ahli Parlimen atau Presiden parti, rakyat tetap beranggapan atau mempunyai persepsi bahawa beliau adalah proksi Anwar.

Memang pun! Kerusi parlimen Permatang Pauh sememangnya kerusi milik Anwar. Wan Azizah menggantikannya seketika, sementara Anwar disekat undang-undang untuk bertanding dalam pilihan raya.

Juga sebagai presiden parti, rakyat tetap beranggapan bahawa Anwar adalah presiden sebenarnya, Wan Azizah hanya sebagai nominee. Sebab itu Anwar digelar Ketua Umum KeADILan atau de facto leader.

Parti KeADILan Rakyat, yang sebelum ini dikenali sebagai Parti KeADILan Nasional ditubuhkan kerana Anwar Ibrahim. Untuk memperjuangkan keadilan, cetusan daripada kezaliman melampau yang ditimpakan BN ke atas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1998.

Dan, Wan Azizah dipilih sebagai presiden parti kerana beliau adalah isteri kepada Anwar, Anwar sebenarnya yang menjadi ikon reformasi politik dalam negara.

Kesediaan Wan Azizah melepaskan jawatan sudah lama. Selama 16 tahun Anwar dalam Umno dan kerajaan (1982 - 1998) Wan Azizah tidak mencampuri urusan politik. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa.

Dalam tempoh sepuluh tahun, seorang suri rumah yang tidak mencampuri urusan politik, terpaksa mengetuai parti politik, terbabit dalam perancangan politik bagi menggantikan suami yang terpenjara selama enam tahun (1998 - 2004) dan empat tahun dihalang untuk bertanding.

Tugas Wan Azizah selama sepuluh tahun ini bukannya mudah, mengambil alih peranan Anwar bukannya mudah, justeru keputusannya berundur sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, harus dihormati.

Laluan mudah untuk Anwar ke Parlimen

Sebelum ini memang ada pertimbangan untuk Anwar bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Gombak kerana penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali sedia memberi laluan.

Manakala kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang diwakili peguam Zulkifli Noordin yang menghadapi petisyen pilihan raya, sedang menunggu keputusan mahkamah dna dijangka diputuskan 11 Ogos depan.

Jika mengikut trend sokongan rakyat, walaupun mungkin boleh wujud manipulasi BN bagi Bandar Tun Razak, Gombak atau Kulim-Bandar Baharu, Anwar dijangka tidak akan melalui jalan yang sukar untuk memenanginya.

Bagaimanapun, jalan terbaik untuk Anwar ialah kembali ke kerusi tradisi yang diwakili beliau dan keluarga sejak 25 tahun yang lalu.

Anwar mula mewakili Permatang Pauh pada tahun 1982 menewaskan calon PAS, Zabidi Ali (14,352 majoriti), 1986 menewaskan Mohamad Sabu (10,479 majoriti), 1990 mengalahkan Mahfuz Omar (16,150) dan 1995 menewaskan calon DAP, Abdul Rahman Manap dengan 23,515 majoriti.

Pada tahun 1999, Wan Azizah menang dengan majoriti 9077 menewaskan bekas Setiausaha Politik Anwar, Dato' Dr Ibrahim Saad, dikatakan kerana undi simpati terhadap Anwar. Pada 2004 kerusi Permatang Pauh dikekalkan dengan majoriti yang kecil (590 undi) dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail.

2008 menyaksikan Wan Azizah mengekalkan kerusinya dengan majoriti lebih besar iaitu 13,388.

Banyak sumber-sumber dalam Umno sendiri yang mengakui bahawa orang-orang Umno tetap mengundi Wan Azizah kerana Anwar, sebagai penolakan terhadap keputusan pucuk kepimpinan Umno yang memecat Anwar.

Ketika Anwar dipecat (1998), beliau bukan sahaja TPM dan Menteri Kewangan. Anwar ketika itu juga adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh.

Justeru dengan sokongan padu rakyat dari kalangan pelbagai kaum, beserta dengan penyokong tegar Anwar dalam Umno, Anwar dijangka akan memenangi kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil nanti dengan mudah, serta pertambahan majoriti lebih besar.

Anwar adalah masalah besar bagi Umno/BN

Masalahnya bagi Umno/BN mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan politik yang amat besar dan sukar jika Anwar kembali ke Parlimen.

Umno/BN sedar, jika Anwar menang kerusi Permatang Pauh, Anwar akan menggantikan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mereka juga amat menyedari apabila Anwar bertanding pilihan raya, masuk ke Parlimen, bukan semata-mata hendak menjadi Ketua Pembangkang. Hasratnya jelas, iaitu, berusaha mengambil alih kerajaan Pusat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6!

Sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat, Anwar sudah mengumumkan bahawa tarikh 16 September 2008 adalah 'deadline' utama pembentukan kerajaan baru. Mungkin akibat daripada pelbagai tekanan politik, khususnya isu tuduhan liwat terhadap Anwar, 'deadline' tersebut akan teranjak sedikit.

Barangkali ketika pengumuman yang dibuat Anwar tiga bulan lalu, pemimpin Umno/BN kurang gusar, kerana Anwar bukan Ahli Parlimen, untuk menjadi PM, Anwar harus menjadi wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya.

Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh nanti, beliau bukan setakat Ahli Parlimen atau Ketua Pembangkang sahaja, malah jalan ke Putrajaya sudah terbuka luas di hadapan beliau.

Jika di luar Parlimen agak sukar bagi Anwar untuk berjumpa, berunding serta bermuqabalah dengan mana-mana wakil rakyat BN yang berminat untuk berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.

Maka, sebaik sahaja Anwar menjejakkan kali ke Parlimen sebagai Ahli Dewan Rakyat dan duduk di kerusi Ketua Pembangkang di Parlimen, rakan-rakan yang berada di blok kerajaan, akan menjadi seumpama 'cacing kepanasan.'

Tidak boleh dibayangkan ketika itu wajah-wajah seperti Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan berubah 'merah padam' macam 'cacing kepanasan'.

Oleh itu usaha-usaha untuk menyekat Anwar dijangka akan berterusan. Walaupun ada jaminan daripada PM Abdullah, tidak akan wujud sebarang konspirasi untuk 'mengenakan' Anwar, rakyat masih sukar mempercayainya.

Isu yang besar di sebalik usaha untuk menyekat Anwar kembali ke Parlimen adalah, bagaimana BN hendak mengekalkan kuasanya dalam sebulan dua ini.

Justeru tidak mustahil dalam keadaan yang tertekan sedemikian rupa, tindakan luar jangka bagi menyelamatkan kepentingan politik kelompok tertentu, boleh mengatasi jaminan keselamatan dan keadilan terhadap Anwar.

Faktor teras mengapa Anwar dipercayai rakyat

Menjadi masalah yang besar kepada BN juga ialah, apa sahaja yang tindakan yang diambil terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat sudah tidak dipercayai rakyat.

Bukan sahaja BN. Rakyat juga sukar untuk mempercayai polis dan kehakiman. Persepsi ini seolah-olahnya sudah sebati dengan rakyat.

Hakikat sebenarnya, BN, Umno dan Abdullah Badawi sedang menghadapi krisis kepercayaan rakyat, bukan setakat dari penyokong Pakatan Rakyat sahaja, malah dari parti komponen BN sendiri.

Sehingga kini, selepas Dr Mahathir (yang sebelum ini turut dipertikaikan rakyat), belum ada mana-mana pemimpin Umno yang mendapat sokongan dari rakyat berbilang kaum.

Seburuk-buruk zaman Dr Mahathir, BN hanya hilang dua negeri, tetapi zaman Abdullah kini, BN tewas enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdullah, BN dan Umno sedang mengalami krisis kepercayaan daripada pelbagai kaum sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, Melanau, Iban, Kadazan, Dusun dan sebagainya.

Sebab itu wujud fenomena baru pasca PRU ke 12, iaitu rakyat dari kalangan pelbagai kaum, sudah meletakkan keyakinan dan kepercayaan ini kepada Anwar Ibrahim.

Faktor terasnya ialah kepercayaan terhadap Anwar. Rakyat yang menolak BN, yakin bahawa Anwar adalah faktor perpaduan, penyatuan (unifying factor) bagi rakyat pelbagai kaum, yang dilihat tidak stabil dan berkecamuk di negara ini.

Pengiktirafan atau recognition seumpama ini sukar diperolehi mana-mana pemimpin. Pemimpin tersebut harus mempunyai karisma dan diyakini rakyat.

Faktor utama kepada kesimbangan politik dalam negara ialah perpaduan kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik dalam negara.

Kunci atau key kepada perpaduan kaum, buat masa ini hanya pada Anwar, lain-lain pemimpin politik bukan tidak berkarisma, tetapi tidak sampai ke tahap sebagaimana Anwar.

Key unity factor ini boleh dilihat dengan jelas apabila ramai pemimpin BN, sama ada dari Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBB, SUPP, SAPP, PBS, UPKO dan sebagainya, selesa berunding dan berbicara dengan Anwar.

Jaminan transaksi kuasa yang aman dan stabil

Anwar Ibrahim memberikan komitmen yang jelas bahawa beliau akan berusaha membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Anwar sudah meletakkan sasarannya. Tetapi memberi jaminan bahawa beliau tidak akan gelojoh, kerana tidak mahu dilabel sebagai 'street-fighter' atau pemimpin demonstrasi jalanan, yang dianggap boleh mencetuskan elemen ganas.

Pada Anwar, sebarang transaksi kuasa harus berjalan dengan lancar atau 'smooth transfer', kerana Anwar mahu Malaysia mencatatkan transformasi kerajaan dengan sejarahnya yang tersendiri, tanpa sebarang kekecohan atau pertumpahan darah, 'no arrest, no assassination.'

Anwar tidak mahu memalit sejarah negara sama seperti kejatuhan Ferdinand Marcos di Filipina yang tumbang akibat pembunuhan Benigno Aquino.

Anwar juga tidak mahu kerajaan BN jatuh sebagaimana jatuhnya Presiden Suharto di Indonesia, selepas ramai mahasiswa terkorban semasa mendesak dilakukan demokrasi dalam negara.

Peralihan kuasa akan dibuat dengan jaminan keadilan dan kestabilan dengan membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.

Harapan ini melampaui batasan parti dan bangsa. Jika BN mengamalkan dasar, Umno selesaikan masalah kaum Melayu, MCA uruskan masalah kaum Cina dan MIC atasi masalah kaum India, tetapi tidak Pakatan Rakyat.

Anwar sudah memberi jaminan bahawa beliau adalah orang Melayu/ Islam yang tetap akan mempertahankan kepentingan bangsa dan agamanya sendiri.

Malah lebih baik daripada itu Anwar berkata, "saya adalah orang Melayu, tetapi masalah kaum Cina, India dan sebagainya adalah masalah saya juga, yang saya akan sedaya upaya selesaikan."

Justeru politik pasca baru ini, merentasi sempadan bangsa dan agama adalah sistem politik alaf baru yang sedang ditunggu-tunggu rakyat sekarang.

Apa yang penting, semua pihak harus memberikan kerjasama sebaiknya, menjayakan hasrat pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat, dengan jaminan keadilan, kesaksamaan dan kestabilan.

 

Comments (10)Add Comment
...
written by ctchoolaw, August 02, 2008 09:57:28
Permatang Pauh is the key to a Pakatan federal govt. http://ctchoolaw.********.com/
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by kangkbkeat, August 02, 2008 10:06:52
I m seeing some small little light at the end of the tunnel,and i hope it will get brighter and will be at the brightest level once Datuk Seri Anwar be the 6th PM of Malaysia.No one will be sure of what the future will be,but i do not mind giving a chance for him to prove himself as the PM of the rakyat of MALAYSIA.not for only once race,but for all
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by clting08, August 02, 2008 10:08:31
Percayalah, DSAI tidak akan mendapat laluan mudah ke Putrajaya!!!
UMNO dan BN akan melakukan apa saja asal dapat menghalang DSAI ke
Parlimen.. Believe me it will not be that smooth.. We will pray for
you DSAI.. Long live Pakatan Rakyat... September 16 here we come...
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by Sitora, August 02, 2008 10:24:45
Anwar tiada lain pilihan, jika tidak beliau akan dikecam mengamalkan dasar kronisma, isteri dan anaknya dalam Parlimen. Memang wajar Wan Azizah harus memberi laluan kepada suaminya. Harap penduduk Permatang Pauh tidak terpancing dengan tipu helah BN.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Man In Black, August 02, 2008 10:48:53
Very good article. Syabas!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by jasonkay, August 02, 2008 10:55:36
long live dsai and all pr members......
we'll support u guys all the way............
BE-END to BN.......
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by prsupporter, August 02, 2008 11:02:35
Hurray!!! Anway is heading to be our next prime minister...BN is going to the graveyard..As a penangite, i fully support Anwar.Hidup PR!!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by ROBERTNGTG, August 02, 2008 12:21:41
Permatang Pauh tiket Anwar ke Putrajaya

YES. IT WILL BE A TICKET ALL RIGHT. MY FAMILY HD SUPPORTED BN FOR ALMOST 20 YEARS TILL I READ AN ARTICLE BY RPK AND KNEW WE HD BEEN DUPED ALL THIS WHILE. IT IS ONLY FITTING AND PROPER FOR WAN AZIZAH TO BE BY YR SIDE FROM NOW ON. DSAI, WE AWAIT YR BIG DAY IN PARLIMEN TO SAVE THIS COUNTRY FROM GOING TO THE DOGS.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Yacob, August 02, 2008 12:56:01
Di mana-mana orang bercakap pasal Anwar Ibrahim. Orang bercakap dari berbagai sudut. Dari berbagai perspektif. Yang buruk dan yang baik. Anwar Ibrahim seolah-olah sudah jadi phenomena. Phenomena ini sudah berlarutan sejak Anwar Ibrahim terlibat dalam demonstrasi pelajar pada tahun 1970an.

Anwar Ibrahim sentiasa diperkatakan dalam apa juga keadaan. Waktu dia memimpin ABIM, namanya juga banyak disebut. Bila dia 'join' pemerintah, namanya juga tetap heboh diperkatakan. Bila dia kena tendang, bertambah heboh lagi. Kini, Anwar Ibrahim menjadi segala-galanya. Disanjung, dinista dan difitnah. Yang pasti, dia tetap menjadi bahan berita.

Seluruh media perkatakan pasal Anwar brahim. Yang bezanya, jika media pro pemerintah, Anwar Ibrahim hanya timbul sebagai penjenayah dan penipu. Lain-lain media termasuk diperingkat antarabangsa, Anwar Ibrahim diberitakan dengan wajah baik dan sebagai seorang pemimpin berwibawa.

Bukan mudah bagi sesiapa untuk menjadi seperti Anwar Ibrahim. Ezam yang pernah menjelmakan Anwar Ibrahim kedalam dirinya ternyata gagal sama sekali. Malah, Ezam kini seakan dimakan sumpah oleh dirinya sendiri kerana cuba melupakan dirinya sendiri dek asyik kemaruk dengan imej Anwar Ibrahim pada suatu ketika dulu. Akibatnya, Ezam sudah terlupa asal usulnya dan dikatakan Ezam kini suka merapu kerana hingga sekarang dia masih tercari-cari imej dirinya sendiri.

Setakat hari ini belum ada lagi seorang pemimpin yang boleh mengekalkan kedudukannya seperti Anwar Ibrahim. Malah belum ada mana-mana pemimpin yang dapat mengusik populariti Anwar Ibrahim hingga boleh menyebabkan Anwar Ibrahim dilupakan rakyat. Cubaan dahsyat Mahathir dengan pelbagai muslihat untuk membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim telah gagal. Malah, usaha Mahathir dengan bantuan seluruh ahli keluarganya untuk memalukan Anwar Ibrahim tetap gagal hingga ke hari ini. Sebaliknya, imej Mahathir dan keluarganya menjadi tercemar akibat perbuatan jahat tersebut. Adalah dipercayai bahawa sekiranya, Mahathir tidak melakukan semua perbuatan keji tersebut ke atas Anwar Ibrahim, nama dan imej Mahathir pasti dihormati oleh semua gulungan masyarakat termasuk diperingkat antarabangsa.

Tidak ramai pemimpin Melayu di Malaysia yang boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum. Tunku Abdul Rahman mungkin amat disenangi oleh bangsa asing tetapi selalu dicurigai oleh orang Melayu. Mahathir pula pernah dicurigai oleh orang Cina kerana sikap ultra-Melayu tetapi kemudiannya dia menjadi pemimpin yang membiarkan orang Melayu kerana terlalu taksub dengan kemewahan mega. Hanya segelintir Melayu yang sukakan Mahathir. Sebab itulah Mahathir telah ditolak bulat-bulat oleh orang Melayu dalam pilihanraya 1999. Tanpa sokongan orang Cina dan India, Mahathir pasti mencipta sejarah tersendiri. Tidak mustahil pretasinya lebih buruk dari apa yang dicapai oleh Pak Lah pada pilihan raya yang lalu.

Jika Pak Lah dan Najib hendak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, jawabnya pasti seperti membandingkan antara mutu kepimpinan seorang ketua kelas sekolah rendah dengan seorang pegawai daerah. Malah dalam keadaan tertentu, saya berasa sangsi samada Pak Lah atau Najib boleh menjadi ketua kelas yang baik terutama di zaman sekarang ini dimana terdapat satu ajaran baru bernama hadhari mula diperkenalkan.

Apa pun, Anwar Ibrahim tetap menjadi seorang yang tidak mudah dilupakan oleh rakyat Malaysia. Cerita buruk dan baiknya akan menjadi kisah. Samada, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, itu bukanlah penghalang untuk rakyat terus bercerita pasalnya. Rakyat pasti mengenangnya sebagai seorang pemimpin yang penuh cabaran; difitnah, ditangkap, dipenjara dan disiksa.

http://terunamelayu.********.com
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Anak Desa, August 03, 2008 00:55:36
Pak Lah said the Govt ( Barisan Govt ) does not fear DSAI and would contest the by-election but these politicians fools would shit in their pants if DSAI enters Parliament. So they will do all in their means to stifle DSAI progress to the Parliament..... Heros dies once ....cowards dies many times..!!!!
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM