A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Anwar dijangka cuba ditahan dalam tempoh 48 jam

Anwar dijangka cuba ditahan dalam tempoh 48 jam PDF Print
Posted by admin   
Friday, 01 August 2008 08:36

(Harakah) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan ditahan dalam tempoh 48 jam berhubung kes dakwaan meliwat bagi menyekat beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata KeADILan tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," kata Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil," tegasnya.

Hari ini, polis telah melengkapkan siasatan dakwaan liwat Anwar Ibrahim dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu, pada jam tiga petang tadi isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi itu.

Wan Azizah bagaimanapun memberitahu beliau kekal sebagai Presiden KeADILan dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya jam 3 petang tadi, Wan Azizah juga memberitahu beliau telah menghantar surat perletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Pada pilihan raya baru-baru ini, Wan Azizah mendapat majoriti sebanyak 13,388 di Permatang Pauh menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang hanya memperolehi 16,950 undi.

Beberapa hari lalu, Anwar disebut-sebut akan bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru, Kedah, selain beberapa kerusi di Lembah Klang termasuk Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Gombak.

Comments (3)Add Comment
...
written by Jitra Boy, August 01, 2008 18:34:13
If it is worth fighting, this may be my last chance to fight, defend and uphold justice. Let us hand in hand stop the POLICE from arresting Anwar....
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by MrHot, August 01, 2008 20:44:53
LET ALL MALAYSIAN WHO LOVE JUSTICE TO STOP FOR A DAY OF WORKS TO SHOW YOUR SUPPORT TO DSAI BY GOING TO THE STREET TO PROTEST THIS F**KING "EVIL" UMNO'S INTENTION !!!! THOUGH I'M NOT A MEMBER OF PKR I WILL B THE FIRST ONE TO VOLUNTEER TO SHOW MY PROTEST ON THIS F**KING ACT OF THE UMNO/BN GOMEN !!!

HIDUP RPK !!!
HIDUP DSAI !!!
HIDUP PR !!!
HIDUP RAKYAT MALAYSIA !!!

report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Richy, August 01, 2008 21:30:18
I thinks it's time for them to lose their left over honour and integrity. I guess it's Anwar golden opportunity to whack them back for what they did to him in 1998.
It will be their ring, their call but ultimate winner is Anwar Ibrahim.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM