|
Tok Guru Nik Aziz syor, bubar Umno, bubar PAS tubuh parti baru! |
|
|
|
Sunday, 27 July 2008 15:05 |
APAKAH cadangan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat itu suatu sindiran atau syor untuk mengatasi kemelut yang ada. Barangkali juga, Tok Guru sudah terbaca laporan akhbar di Utusan Malaysia, "PAS sedia terus bermuzakarah - Hadi".
Banyak pihak menyifatkan kenyataan MB Kelantan itu berbau sinis. Muqabalah yang diputuskan akhirnya terus menjadi muzakarah. Dua istilah yang berbeza maksud.
Kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, muzakarah sesuatu perbincangan yang serius dan ada keputusan. Sementara muqabalah adalah pertemuan santai yang tidak membawa apa-apa keputusan. Sekadar sembang kosong, katanya kepada saya tengah malam tadi apabila kami berdua minum di Kopitiam, Hulu Klang.
Utusan hari ini melaporkan, PAS bersedia meneruskan muzakarah dengan Umno jika pertemuan antara kedua-dua parti itu yang mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara.
"Kita akan tengok dulu, yang baik kita ikut, yang baik insya-allah kita terusnkan," katanya pada Utusan, di Masjid Rusila, Marang semalam.
Tengahari tadi, Tok Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam. Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini
Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.
"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.
|
good idea ! bubarkan rejim umno buat selama-lamanya ! umno tak mati, rakyat & negaranya akan mati