A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow Al-Kesah Kerbau Jantan

Al-Kesah Kerbau Jantan PDF Print
Tuesday, 22 July 2008 14:25

Image 

Kesah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kesah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah kita dapat pula membaca cerita yang sama. 

Hishammudin Rais

CERITANYA : Ada seorang Anak Muda yang telah di pilih olih orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.

Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini di miliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan olih arwah suami perempuan ini.

Bila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.

Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga merasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru.

Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga merasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam, itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.

Kemudian di hadapan orang-orang kampung Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan itu sampai dapat.

Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam, itik, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.

Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin - semua habis dikebasnya. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini di simpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang alik ke pulau itu.

Satu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.

Mengikut yang empunya ceritanya Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung yang lain. Bila si suami telah berpindah maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu. Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.

Orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.

Al-kesah punya kesah – orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.

Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu di simpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan.

Cerita kerbau jantan yang hilang ini adalah perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang untuk memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan maka pastilah dia tidak akan di angkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.

Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.

Apabila orang kampung mendengar jeritan ini mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang sama melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.

Ketika semua ini berlaku Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali maka mereka merasa senang hati dan berundur pulang.

Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.

Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu lalang di hadapan rumah ini mereka tidak melihat kerbau jantan itu.

Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah di temui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.

Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya. Dengan serta merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak di lantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini di tangkap dan di pasong untuk di sula.

Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk di sula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring : "Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?"

Bila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil menggangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal. Macam mana kerbau boleh naik tangga. Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.

Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan. Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang pukang meninggalkan kampung.

Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampong hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun temurun yang disampaikan olih nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit.

Walah hu alam bisawab.

Comments (21)Add Comment
...
written by CitizenBodohland, July 22, 2008 14:46:09
Kah Kah Kah

Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya.

Cuma bezanya senario sekarang ialah:

1. Penduduk kampung masih belum bangun dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama.
2. Penduduk kampung sebenarnya masih bersabar dan sedang mengumpulkan penduduk daripada kampung-kampung lain.
3. Anak Tok Penghulu Lama melihat penduduk kampung berdiam diri dan merasakan penduduk kampung yang bodoh ini percaya dengan ceritanya.
4. Apa yang Anak Tok Penghulu Lama tidak tahu, penduduk kampung sebenarnya sedang mengumpul lebih ramai lagi orang dari kampung-kampung lain untuk membelasah beliau.
5. Apa yang Anak Tok Penghulu Lama tidak tahu ialah sebenarnya penduduk kampung semuanya lebih pandai daripada dia.
report abuse
disagree 1
agree 85
...
written by me_in, July 22, 2008 14:50:31
Macam terkena anak si Razak
Wahai anak Razak, bukat semua orang di Malaysia ini bodoh.
report abuse
disagree 1
agree 49
...
written by Flex65, July 22, 2008 15:06:17
cili ini memang pedas, yang tak makan pun boleh rasa
report abuse
disagree 1
agree 32
...
written by rayden chan, July 22, 2008 15:14:51
Bah kata orang cina "Belum Sampai Masa saja"...
report abuse
disagree 1
agree 32
...
written by manic_annie, July 22, 2008 15:22:14
Ouch! So pedas...

Penduduk kampung will not be stupid forever.
Time to turn the tables on the PM-in-waiting.

Let's go, folks! It's our turn to change our destiny and the future of our kampung!
report abuse
disagree 2
agree 29
...
written by bluesky, July 22, 2008 16:13:49
great one...and very true story...harap2 semua org baca dan faham...dan ambik tindakan halau lembu dan kerbau yg kurang ajar tue, walaupun anak perdana menteri...syaitan!!
report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by MinahManja, July 22, 2008 16:29:03
I read with bated breath when I reached the part about the kerbau on the katil....I thought the bakal Tok Penghulu Baru was going to be accused of sodomizing the kerbau smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 45
...
written by apanama, July 22, 2008 17:32:42
ANAK PENGHULU LAMA TU NAMPAK MACAM KERBAU.
DAHI DIA PUN AGAK LICIN JUGAK.
AGAKNYA DIA PUN ADA GUNDEK KAT MONGOLIA.
DIA ADA BANYAK `AYAM' ITIK JUGAK.
BOM TAHI KERBAU PUN BERLAMBAK.




report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by zanie, July 22, 2008 17:52:45
Kelakarnya... smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif

Kesimpulannya, drama itu tadi dilakonkan oleh;

Najib Tun Razak sebagai anak tuk penghulu lama
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anak muda penghulu baru (walaupun dah 61 thn)
Saiful Bukhari Azlan sebagai kerbau (siannya..berlakon sebagai kerbau jer..)
Musa Hassan budak suruhan 1
Gani Patail Budak suruhan 2
orang kampung..kite sume
report abuse
disagree 0
agree 74
...
written by Pangkis Pangazou, July 22, 2008 19:27:34
Yang kesian si kerbau... dia tidak tau pun dia dipermainkan dan diperalatkan oleh anak Tok Penghulu Lama. Orang kampung semakin hilang kesabaran nie... Naikkan saja Anak Muda Penghulu Baru.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by MalaysiaBaru, July 22, 2008 19:42:32
Pak Rais memang hebat bercerita. Tapi ceritanya belum habis....

...Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang pukang meninggalkan kampung. Tetapi orang kampung mengejarnya dan ternampak dia dan kuncu-kuncunya bersembunyi di satu Pekan di Pahang. Orang kampung pun mengumpul najis dari semua penduduk dan buangkan najis busuk di atas muka anak Tok Penghulu Lama yang suka memperkosa anak dara atau isteri orang yang berdahi licin.

Semenjak hari itu, anak Tok Penghulu Lama pun dipanggil Najis smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif

Ka Ka Ka! Padan muka Najis!
report abuse
disagree 0
agree 24
...
written by kerplunk, July 22, 2008 20:24:39
klu btul la kerbau jantan tu dpt naik tangga and tidur ats katil,msti kerbau jantan tu gay...tp bdk suruhan 3 ckp kerbau jantan tu bkn gay...aishh...pening la drama ni...
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by shan, July 22, 2008 20:43:24
report abuse
disagree 6
agree 15
...
written by arazak, July 22, 2008 20:43:41
Kalau Musang Hassan jadi budak suruhan Anak Penghulu Lama, sudah tentu dia angkut tilam tu untuk di jadikan bahan bukti.

Sudah tentu juga dia mati-matian minta Anak Muda Penghulu baru serahkan sampel DNA dia. Kemudian Musan Hassan akan renjis-renjiskan sampel DNA tu atas tilam dan dakwa Anak Muda Penghulu baru tu sudah meliwat lembu tu!!! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by arazak, July 22, 2008 20:46:26
Maksud saya "kerbau jantan" bukan "Lembu"!
smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by shan, July 22, 2008 20:55:14
report abuse
disagree 3
agree 16
...
written by glock17, July 22, 2008 21:43:38
Lembu=Saipool
Janda=Losmak
Anak Penghulu Lama-Najis
2 Budak Suruhan = Moses dan Pak Tani
Gundek = Aminah
Arwah Ayah= bekas PM
Bekas suami janda = pak arab look alike in public tv

Hero = DSAI

G17


report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by Yacob, July 22, 2008 21:44:20
Agak-agak Najib dan Pak Lah fahamkah cerita ini. Saiful taraf dia hanya seekor kerbau ? Malulah ! Manakah tidak, kemaluan kerbau kan asyik terdedah dan bontotnya juga sentiasa tersadai. Kotor punya cerita. Tetapi, pelakun-pelakun yang seumpamanya nampaknya lagi kotor. Cukup menjelik kan.
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by glock17, July 22, 2008 21:44:43
Dear Rais...I got 'A' in sastera kampung...hehehe. Good writing, keep it up.
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by zul4kulim, July 22, 2008 21:45:11
Maklumat kalau anda diliwat...http://1426.********.com/2008/...tabie.html
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by educationist, July 23, 2008 06:40:45
Kah! Kah! Kah!
Syabas!
The wisdom of the ancient applicable to our political intrigues.
Let's hope the 'orang ramai' of the modern era are as wise of those bygone times.
report abuse
disagree 1
agree 8

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM