A+ | A- | Reset
Home

Hadi: PAS setia bersama Pakatan PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 17 July 2008 17:45

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan terus bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.

Dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, katanya.

"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibacakan timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang juga ahli parlimen Bachok, dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Turut serta setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaffar, bendahari Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Kamarudin dan Dr Hatta masing-masing ahli parlimen Tumpat dan Kuala Krai.

Menurut laporan Harakahdaily.net, PAS menyifatkan BN gagal menangani isu-isu rakyat seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.

"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," kata Abdul Hadi, juga ahli parlimen Marang.

Abdul Hadi, yang mengalami masalah kesihatan, tidak hadir. Beliau baru-baru ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara.

Kenyataan ini dipercayai mengulas ura-ura rundingan parti itu dengan Umno dan dakwaan keretakan dalam Pakatan - termasuk ulasannya dalam satu wawancara minggu lepas - seperti dilaporkan media.

Dalam wawancara panjangnya mengulas pelbagai isu semasa yang diterbitkan media rasmi parti itu Jumaat lepas, Abdul Hadi berkata:

"Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri.

"Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau mahkamah sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke mahkamah syariah."

Abdul Hadi mengulas isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesannya kepada kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Pada Isnin, Malaysiakini melaporkan dengan memetik satu sumber dalaman pergerakan Pemuda PAS yang menyifatkan pandangan Abdul Hadi sebagai "isyarat" kritikan terhadap Anwar dan dua lagi parti Pakatan "agar tidak menimbulkan masalah kepada PAS."

Abdul Hadi hari ini berkata PAS melahirkan rasa kesalnya terhadap penahanan Anwar semalam yang dibuat oleh unit khas, termasuk anggota polis bertopeng, tidak jauh dari rumahnya di Segambut Dalam.

Parti itu juga mengalu-alukan pembebasan tokoh PKR itu yang telah dibenarkan diikat jamin pagi tadi. - Malaysiakini
Comments (18)Add Comment
...
written by PeacefulMalaysia, July 17, 2008 17:58:08
Bravo PAS

At least you have the balls to team up
and please dont fall into BN's trap - money
ALLAH is watching
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by kent chong, July 17, 2008 18:03:19
All this while local media tried to flip fliop among DAP/PAS and Keadialan.DOnt get easy believe news from STar/Sin Chew/TV3/RTM/Utusan.....
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by opisboi, July 17, 2008 18:04:23
saya berharap sangat dgn pemimpin atasan pas jgn ada yg terpikir nak bermuzakarah dengan parti bangsat iaitu ameno, parti itu adalah sebuah parti yg sungguh licik penuh dengan penipu, penyamun. saya adalah salah seorang penyokong akar umbi yg setia jgn ada yg terpikir nak buat rundingan tak kira apa hal pun, mereka sebenarnya bukan nakkan survival melayu @ islam yg mereka nak ialah survival perut boroi & buncit utk memenuhi nafsu serakah rasuah mereka. tapi tak taulah kalau ada pemimpin PAS yg nak jadi pemimpin yg di laknat olih allah..sekiranya ada kami beramai-ramai akan keluar dari parti ini.mereka ini tak lebih macam anjing tersepit bila kita lepas nanti kita akan di kita balik.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by shissun, July 17, 2008 18:06:20
Good!!! We support PAS! But there are too much of irresponsible and opportunists try to make up the stories. So, i wish all PR leaders be smart and avoid open confrontation. Don't give these dogs a chance to split PR.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by kl_wong, July 17, 2008 18:16:25
Stay healthy TOK GURU and Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kami sokong PAS. Pas dan Islam tidak ada masaalah tetapi pemimpin pemimpin BN yang suka Korek korek korek, Korupt dan kelentong rakyat, selalu menggunakan Islam untuk memperbodohkan rakyat Muslim. Gua memang benci bila ugama disalah gunakan.

report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Sribayu, July 17, 2008 18:21:07
PAS jangan lupa bahawa kemenangan besar dlm PRU yg lalu atas undi Cina & India (selain undi Melayu) utk jahanamkan BN...

Rakyat tidak percaya pada PAS dan bukan BN lagi (jika PAS masuk BN)
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by bodohland_citizen, July 17, 2008 18:47:46
Nampaknya UMNO terlalu syok sendiri sampai keluar dalam berita dan suratkhabar mengatakan yang PAS bersedia untuk berbincang dengan mereka. Mereka juga menganggap yang PAS amat tertarik dengan perjuangan Hadhari UMNO. Boleh blahlah brader.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by mgeo, July 17, 2008 20:03:08
Hadi says one thing but the party secretary merely said the party was surprised.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by asguard, July 17, 2008 21:01:41
Jangan bAGI umno(untuk monyet nakal tiada otak) untuk mengunakan alasan untuk mendekati PAS... tujuan untuk terpesong ...untuk kepentingan sendiri (umno) oleh ITUkena jaga-jaga dan berawas tipu muslihat UMNO...
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by binarytan, July 17, 2008 21:37:24
Negotiate with UMNO is just sleeping with enemy, you are right PAS. PR will back you up.

Stop speaking to MSM which are BN controlled, and ask your people to be very careful.

- Killer suspect can be future PM.
- Good man can be sodomy maniac.
-
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by binarytan, July 17, 2008 21:38:24
- police could beat citizen
- money could be taken from nation and go inside own pocket
- Mongolian ladies could be blown to death using C4

smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Tom n Jerry, July 17, 2008 21:50:19
In this lawless nation ther is no way you can seek fair judgement other than taking the law into your own hands;thats why we see too often people blowing themselves up for no apparent reason;a nation where murder is quite legal if you are VVIP,but consensual sodomy can land you 20 years in prison;how pathetic! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by SeriousLy, July 17, 2008 22:57:38
I SMELLED A RAT IN THIS ISSUE! NO! NO! WAIT! IT SMELL LIKE A JOB OF THE GUY WITH 2 MUHAMMAD IN HIS NAME! NO! NO! IT SMELL LIKE BALAK YOU KNOW LOGS IN SABAH & SARAWAK I THINK HE'S ASSIGNED TO DO THIS! smilies/cry.gif
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Mag M, July 17, 2008 23:35:33
Great job PAS ! This is the way to go. We supported you in the elections without looking at race nor religion because we do not want UMNO anymore. Don't betray us by joining them. Stay strong with Pakatan and make it strong. Help save DSAI.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Daryl, July 18, 2008 00:52:12
Dear
PAS and UMNO you guys can have all the dialog all you want after UMNO get rid of its racist way. Even the chinese MCA and so call chinese DAP came to terms when it is about the chinese culture and education.
The only thing that make it "racist" is because of certain faction in UMNO making it that way. So, the only way is get rid of BN and than UMNO and gang regroup and do away with "racist" politic. Let the racist out and form their own party if they want too. Only after that rakyat can tolerate PAS and UMNO discussion about how to help preserve Malay culture, help poor Malay and educate them to be independent. Let the government help the poor Malay as well as others. PAS and UMNO can request Federal help or private donation in the other area to enhance Malay community but never again using the rakyats money for poor quality of service of just stealing them.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by MalaysianUnited, July 18, 2008 01:53:19
Daryl,

bukan mempertahankan sekolah berasaskan suatu kaum pun 'racist' ker dan merencatkan soal membina perpaduan di kalangan rakyat jelata yang berbilang kaum? smilies/smiley.gif

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Naha, July 18, 2008 06:37:06
YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, the people are keenly observing what is happening within PAS. Jangan pisang berbuah dua kali. In this moment of crisis, don't even think that the non-partisan people who gave your party their votes will ever forgive you if the rumours are true.

I couldn't give a toss to political party groupies, go on, get worked up. What matters is the future of Malaysia, not the future of any political party, not for racism veiled in nationalism, not for questionable ideology. I rejoice if politicians do or say meaningful things, but will turn around with an axe as soon as they they renege.

Why did Harakahdaily.net and the PAS website disappear from the internet for a couple of days? Got hacked or DDOS-attacked? Whatever, I don't need to know the details of any internecine struggle within PAS, but time will tell if words are followed by action.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by macaufan, July 18, 2008 18:01:15
umno talk with PAS again? but how come MCA, MIC & GERAKAN diam je.....?
wat if MCA, MIC & GERAKAN talk to DAP or PKR? do u think umno will do d same... diam je....?
kakakakakakakakaaa.....
Pemuda umno will 'sedia kubur' for MCA, MIC & GERAKAN ! Umno will shout "cina balik tong san & indian balik india!" bakar chinese town hall & robohkan kuil !"

MCA, MIC & GERAKAN.... do u understand wat is ur situation now with umno?
u guys r treated worse than animal by umno ! smilies/angry.gif smilies/tongue.gif smilies/cry.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM